Have an account?

Thursday, April 2

PENGAJARAN UMUM BUAT UMMAT INI.

Sirah perjalanan hidup Rasulullah sewajarnya malah wajib dijadikan ikutan ummat islam seluruhnya . Jejak-jejak risalah harus dikaji dan direnungi dengan penuh keinsafan dan kesedaran untuk kembali meneruskan perjuangan suci menegakkan addin ini. Sejarah hijrah Rasulullah yang disorot dalam bentuk umum ini hanyalah sebagai pencetus rasa dan motivasi ke arah boleh mengenali peribadi Rasulullah dan golongan yang bersama baginda di abad pertama Islam. Apatah lagi sebagai golongan yang memikul beban yang mendalami agama, kita perlu hadir dalam sirah perjuangan rasul biarpun hanya bayangan seterusnya menjadikan ianya kenyataan buat kali kedua.

Dunia Islam sedang bergolak tanpa di ketahi bila sudahnya sedang kita memandang segalanya tanpa sebarang rasa dan usaha . Sejarah hijrah hanya kita ukirkan di lembaran kertas dan bicara. Maka hari ini sewajarnyalah kita melontar segala rutin warisan itu jaun dari hidup ini .Marilah… kita membina generasi islam yang baru seperti yang telah di ajar oleh Rasulullah dan titik mula pembinaan generasi itu tentunya bermula dari kita.

Bersamalah kita membakar semangat dan pengorbanan di dalam diri dengan mengambil Al-Quran sebagai panduan , Sunnah sebagai ikutan. Jadikanlah diri kita cermin kepatuhan Al-Quran dan Sunnah yang berjalan di muka bumi ini .Seharusnya kita berhijrah dari sebarang kepincangan kepada kebaikan dan daripada kebaikan kepada yang lebih baik dan seterusnya yang terbaik. Segala sifat negatif kita gantikan dengan sifat positif, yang suka berprasangka diubah menjadi sebaliknya yang malas diubah menjadi rajin, yang tidak ikhlas diubah kepada keikhlasan yang suci dan lain-lain.Ingatlah bahawa berpegang dengan aqidah dan akhlak islamlah, persaudaraan islam dapat dicapai sebagaimana yang disaksikan di dalam sejarah.

Namun kesakitan dan goncangan perasaan perlu dirasai sebelum merasai kemanisan selepas alam hijrah. Inilah dugaan yang mesti sedia ditempuhi oleh muslim demi menguji iman , menghapus dosa dan menaikkan tarafnya di sisi Allah . Berpantang hijrah tanpa menderita kepedihan dan ingatlah semua bentuk dan rentetan ujian tu memang di rancang oleh Allah kerana beban kemenangan yang menanti terlalu besar dan hanya dapat dipikul oleh mereka yang telah melalui hijrah .

0 Tinggalan Kata-kata:

Related Posts with Thumbnails