Have an account?

Sunday, July 26

ILMU DAN KEPIMPINAN ISLAM (ULAMA’)

Assalamualaikum sahabat dan sahabiah yg sntiasa brjuang dlm mmbawa Islam pd kdudukan yg tinggi.. Ana baru brkesempatan utk mmbuka dan masukkan entry trbaru stelah selesai mnguruskan kmasukan ana ke IPGM Kampus Perlis.. Doakan ana menjadi seorng pendidik yg soleh dan mndapat keredaan Allah.. Amin.. InsyaAllah pada ksempatan yg ada ini,ana akn brkongsi tntg kpentingan Ilmu rohani dan jasmani dan kperluan yg patut dilakukan dlm mnyemarakkan prjuangan Islam..

Ilmu pengetahuan yang mendalam menjadi salah satu ciri yang terpenting dalam kepimpinan Islam. Ini kerana ia adalah merupakan cahaya yang menyuluh akal dan hati bagi mengenal Allah dan segala tuntutan-Nya.

Saidina Umar pernah berpesan :

تفقهوا قبل أن تسودوا

Berkata Imam Syafie:

تفقه قبل ان تراس فاذا راست فلا سبيل الي التفقه

Setelah kita mengetahui ketinggian ilmu dan akhlak yang menjadi tuntutan itu, harus kita fahami bahawa kita sebenarnya tidak dapat lari dari tugas menyampaikan kepada orang lain . Ini sesuai dengan apa yang telah difirmankan oleh Allah SWT dalam surah At-Taubah ayat 122:

Ayat di atas jelas membuktikan kepada kita, bahawa kita bukan sahaja dituntut untuk berilmu, bahkan berfungsi untuk memberi inzar (peringatan) kepada manusia dengan ilmu yang telah dipelajari. Kelahiran golongan ulama’ yang sebegini iaitu ulama’ yang bukan sekadar mewarisi ilmu dan akhlak bahkan juga mewarisi kerja para rasul a.s. dalam menyampaikan Islam secara amanah dan meyakinkan adalah suatu hal yang sangat tinggi di sisi Allah SWT. Adalah menjadi tanggungjawab ummat untuk menjadikan para ulama’ hak sebagai pemimpin dan petunjuk mereka semasa mengharungi lautan kehidupan ini.

Keperluan ummat kepada peranan ulama sebagai penyelamat kepada kekalutan hidup ini adalah merupakan satu keperluan yang mendesak. Dunia perlu kepada ciri kepimpinan yang mampu menundukkan manusia kepada sifat atau fitrahnya yang sebenar iaitu hamba kepada Tuhannya bukan teori–teori khayal, wawasan kebendaan dan sebagainya.

Di saat umat Islam ketandusan pimpinan ulama’ seperti ini, kita sepatutnya merasa terpanggil untuk menampung kekurangan-kekurangan ini dan berusaha ke arah itu. Untuk merialisasikan tujuan dan amanah yang maha berat ini (tugas dakwah di jalan Allah), tidak ada cara dan jalan yang lebih sempurna melainkan dengan menggabungkan diri dalam JAMAAH ISLAM atau ORGANISASI yang kemas dan teratur.

Kita semua perlu mengetauhui bahawa jamaah yg sebenar adalah yg menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sbg dasar prjuangan, mutakhir ini ramai pemuda pemudi yg tersilap langkah dlm mmperjuangkan agama. Hal ini kerana, kejahilan yg mnguasai diri yg mmerlukan prubahan yg segera utk melayakkan diri dlm medan prtempuran yg sebenar..

Thursday, July 9

Renungan Buat Aktivis Dakwah

Tuesday, July 7

KUATNYA UJIAN DALAM MEMBAWA AGAMAMU YA ALLAH..
YA ALLAH,BERIKANLAH DAN KURNIAKANLAH KEKUATAN KEPADAKU UTK MENEMPUHINYA..TABAHKANLAH HATIKU DALAM MENGHARUNGI SEGALA DUGAAN YANG MENDATANG
..AMIN..

Monday, July 6

Niat dan Ilmu

Imam Burhanuddin Az-Zarnuji menjelaskan bahawa niat yang ikhlas itu adalah mesti
(tidak boleh tidak) dalam menuntut ilmu. Sebab ia adalah pokok bagi setiap amal sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW:

انما الأعمال بالنيات
(9)

Jika dilihat perbandingan di antara ilmu dan amal, maka kita akan mengatakan bahawa ilmulah yang lebih utama. Sebab tanpa ilmu bagaimana mungkin kita boleh beramal. Jadi kiranya amal membutuhkan niat yang ikhlas maka apatah lagi dengan menuntut ilmu.

Beliau juga menegaskan bahawa:

Hendaklah setiap penuntut meniatkan bahawa tujuan sebenarnya ia menuntut ilmu bukanlah untuk mengejar kepentingan dunia, sijil dan pangkat, tetapi hendaklah diniatkan kerana mencari redha Allah dan hari akhirat, menghapuskan kejahilan dalam dirinya dan menghidupkan agama serta berazam untuk mengembalikan keagungan Islam. Sebab kekalnya keagungan Islam hanyalah melalui ilmu pengetahuan.(10)

Sabda Rasulullah SAW:

من طلب العلم ليجازى به العلماء أو ليمارى به السفهاء أو يصرف به وجوه الناس اليه ادخله الله النار
(11)

Friday, July 3

Taubat Nasuha

Thursday, July 2

Mahasiswa Perlu Bersedia..

Dunia Islam pada abad-abad mutakhir ini rata-rata sedang dilanda gejala riddah. Demikianlah kesimpulan yang telah dibuat oleh beberapa tokoh Islam masa kini seperti Al-Marhum Ustaz Said Hawa dan Abu Hassan Ali An-Nadawi. Dalam pembuktiannya terhadap kewujudan gejala tersebut Ustaz Sayid Hawa telah menyenaraikan beberapa ciri riddah yang terdapat dalam kehidupan masyarakat dunia Islam kini. (1) Antaranya termasuklah sifat mentaati golongan yang tidak senang dengan ajaran Allah, tidak mahu melaksanakan hukum-hukum Allah, tidak mahu mencari penyelesaian dari kitab Allah apabila berlaku pertikaian di kalangan mereka. Selain itu, beliau juga berhujjah telah berlaku perkara-perkara yang membatalkan syahadah. (2) Sementara itu, Abu Hassan Ali An-Nadawi pula membuktikannya dengan gejala penyerapan falsafah barat yang bersifat Ilhad ke dalam masyarakat Islam. Keadaan tersebut berlaku dengan berleluasa di tengah-tengah kelemahan ummat Islam kini yang disifatkan sebagai generasi paling buruk dalam sejarah. (3)

Ternyata bahawa umat Islam kini mengalami keadaan gawat dan genting yang memanggil tenaga-tenaga penyelamat untuk menangani masalah ini. Situasi kini yang penuh dengan tipu helah, sepak terajang dan taktik jahat musuh menghendaki bahawa hanya golongan yang benar-benar berwibawa sahaja yang berjaya melawan arus keruntuhan ini. Manakala mereka yang kurang persiapan mempunyai kemungkinan untuk sama-sama hanyut dan larut sebelum matlamat suci yang ingin diperjuangkan tercapai.

Menyedari hakikat inilah maka usaha-usaha yang gigih perlu diambil untuk memperlengkapkan diri sebagai bakal ulama', dai’ dan tempat rujuk masyarakat dengan bekalan-bekalan yang perlu supaya kita dapat berperanan dengan lebih berkesan apabila terjun ke arena dakwah nanti. Antara persiapan terpenting ialah persiapan dari sudut keilmuan dan perorganisasian. Di samping itu, kita juga hendaklah menjadi seorang mahasiswa yang bermisi dan bervisi (berwawasan).

Wassalam..
Related Posts with Thumbnails