Have an account?

Thursday, April 29

Jawapannya tentu ada dalam diri kita masing-masing

Pernah seorang kawan bertanya :  pernahkah kita menjaga diri kita dari dosa selama 1 jam ? “ pertanyaan tersebut disampaikan secara main-main, tetapi maknanya cukup dalam.

Kita bayangkan sejak bangun tidur pagi sampai mau tidur malam siaran telivisi dirumah sudah menayangkan gambar-gambar yang mempertontonkan aurat baik pria maupun wanita, begitu keluar rumah kita banyak melihat wanita dijalan yang sengaja tidak menutup aurat dengan sempurna alias berpakaian sangat minim, bahkan kalau kita sedang mengendarai kendaraan tidak mungkin kita berpaling.

Padahal kita tahu bahwa mempertontonkan dan melihat aurat yang bukan muhrimnya sangat dilarang oleh agama, dan Allah Subhana Wa Ta’ala telah menurunkan firmannya, antara lain :




Tuesday, April 27

Dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang

Di dalam kitab at-Tibyan fi adabi hamlatil Quran, susunan Imam an-Nawawi, beliau ada menukilkan kata-kata seorang ahli ma’rifat bernama Ibrahim Khawwash. Katanya penawar hati itu ada 5 :

1) Membaca al-Quran dengan meneliti maksudnya

2) Mengosongkan perut

3) Bangun bersolat malam

4) Bertadharruk (memohon doa) kepada Allah pada waktu sahur

5) Duduk di majlis orang-orang soleh.



Pertama : Ramai juga orang yang baca al-Quran. Tapi biasanya membaca tanpa memerhati maksud ayat yang dibaca. Sebab itulah bagi saya ramai di kalangan umat Islam yang melanggar hukum agama, iaitu kerana tidak memahami apa yang dibaca.




Saturday, April 24

Menyusuri kehidupan mencari sebutir permata “iman”

Biar kepahitan itu pergi, agar kemanisan mengisi,
Biarkan kekecewaan berlalu, agar kegembiraan mewarnai,
Biarkan kegelisahan lenyap, jangan kita hilang semangat,
Biar penderitaan itu menyapa, agar kekuatan kita jana semula,
agar aku sedar kesengsaraan ini,
tak sama bahkan hanya secebis,
dari penderitaan Rasulullah saw,
Tuhan sesekali tidak menzalimi hamba-Nya,
tetapi manusia menzalimi diri mereka sendiri,
cahaya kelam pahala dosa,
berupaya memilihnya,
walau kadang kala tersasar lantaran
pautan nafsu,

Wednesday, April 21

“Apakah yang terpanjang , yang terpendek dan tersangat perlahan."

   Barangkali kita pernah mendengar pepatah ini “Apakah yang terpanjang , yang terpendek dan tersangat perlahan." Kita semua tidak mengendahkannya , tetapi selepas itu kita semua menyesalinya ? Tiada apapun yang dapat dilakukan tanpanya . Ia menelan segala  yang membina segala yang besar? Itulah masa !

 Masa adalah yang terpanjang kerana masa adalah ukuran keabadian. Masa adalah yang tersingkat kerana tiada seorang pun di antara kita yang mempunyai masa yang cukup untuk menyiapkan atau menyempurnakan tugas kehidupan. Tiada apapun yang dapat dilakukan tanpanya, kerana masa adalah satu-satunya tugas kehidupan kita. Masa adalah unsur asas bagi pembentukan kehidupan ! Masa menelan semua yang tidak berfaedah daripada generasi dalam bentuk kelalaian dan mengekalkan semua yang hebat dan berharga.

Thursday, April 15

Cemerlang Dengan Membaca dan Meneliti Quran

 “Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu iaitu 
   al-Kitab (Quran) dan dirikanlah solat.” (Al-Ankabut, 45) 

  SUMBER ILMU TERPENTING bagi umat Islam adalah Quran. Kecemerlangan tidak dapat dipisahkan daripada Quran kerana Quran adalah petunjuk. Tanpa petunjuk, manusia akan sesat dan terbabas. Tuhan menjelaskan dalam surah  al-Israk ayat 9 yang bermaksud, “Sesungguhnya Quran ini 
  memberi petunjuk kepada jalan yang lebih lurus (aqwam) dan memberi khabar gembira kepada orang-orang mukmin  yang mengerjakan amal salih bahawa bagi mereka ada pahala yang besar.”

  Tuhan menyifatkan Quran sebagai petunjuk yang aqwam. 
   Berhubung dengan ini, di dalam al-Jamik li ahkam 
   al-Quran, Imam Qartubi berkata, “Kalimat aqwam bermaksud 
   jalan yang paling benar, paling adil dan paling tepat.” 
  Justeru, mereka yang menjadikan Quran sebagai sumber 
   rujukan, kesejahteraan dan ketenangan akan menaungi 
   mereka.

Monday, April 12

Dii mana Allah dalam hati kita

                        Sesekali kita perlu merenung jauh ungkapan “ Dii mana 
                        Allah dalam hati kita,” agar kita dibayangi kasih saying 
                        Allah dengan apa yang kita lakukan, dalam kehidupan 
                        harian yang banyak menjurus kepada habuan duniawi lebih 
                        daripada mengingati Allah.

                        Kita perlu meletakkan dalam minda beberapa persoalan 
                        untuk dijawab, di mana ia boleh membantu meningkatkan 
                        iman,hubungan serta keupayaan untuk majudalam 
                        pelaksanaan ibadat yang sangat-sangat dituntut oleh 
                        Islam.
                        Persoalan seperti-adakah kita telah mengagungkan Allah 
                        dalam perkara yang patut diagungkan? Bagaimana pula 
                        keagungan terhadap Allah menyerap masuk dalam sanubari 
                        kita?

Thursday, April 8

Sabar amat pahit dirasai tetapi hasilnya manis sekali

Sabar merupakan satu ungkapan yang mudah disebut tetapi sukar
dilaksanakan. Namun demikian sabar boleh dilatih dan diajar pada jiwa yang agresif, keluh kesah dan pemarah dengan mengingati Allah dan berzikir selalu.

Firman Allah:
‘Sesungguhnya dengan mengingati Allah itu dapat menenangkan hati.’
(Surah Al-Ra'dhu: 28)

Dari hati yang tenang akan menjadikan seseorang itu sabar. Firman Allah:
‘Maka sabar olehmu bahawa kesabaran merupakan suatu yang indah.’
(Surah Al-Maarij: 5)

Pada ayat yang lain Allah berfirman:
‘Dan sekiranya kamu bersifat sabar itulah kebaikan bagi orang-orang yang
bersabar.’
(Surah Al-Nahl: 126)


Saturday, April 3

~Kami mencintai Ilmu~




 Dua patah prkataan yang amat memberi memberi makna mndalam kepada kita..
BUKU boleh menjadi pendorong motivasi dengan syarat ia dibaca kerana Allah dan penuh penghayatan.Ilmuwan Islam perlu jadi ejen pembaharuan corak pemikiran ummah selari nilai al-Quran, hadis. BUKU adalah khazanah ilmu. Sebuah buku boleh membuat pembacanya menangis, menguatkan azam yang hampir padam, mencerahkan pemikiran
dan menghanyutkan perasaan ke satu muara yang bernama kepuasan ilmu.

Thursday, April 1

~Diriku tidak pernah sedar~

Assalamualaikum..
hidup memerlukan pengorbanan
Saya sentiasa alpa, lupa, ego dan sombong dengan pengaruh syaitan. Merasakan diri sudah berjaya mengatasi pengaruh syaitan dan nafsu. Sedangkan orang mukmin itu mesti merasakan rasa berdosa sepanjang masa dan takut akan masa hadapan yang belum pasti. Tiada siapa dapat berikan jaminan. Kerana Rasulullah saw telah lama pergi meninggalkan kita.
Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan .Nyaring berkumandang menyaring segala suara yang menyapa telinga ibu.Lonjak hatinya memuncak gembira penawar sakit dan lesu. Lalu bermulalah sebuah kehidupan yang mewarnai bumi berpenakan hati, berdakwatkan air mata.
Air mata adakalanya penyubur hati,penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan yang menyempit perasaan , menyesak kehidupan. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor diperlimpahan. Namun setitis air mata kerana takutkan ALLAH persis permata indahnya gemerlapan. Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak dukacitanya di dunia.

Related Posts with Thumbnails