Have an account?

Monday, July 19

~Sekilas dipagi yang sunyi~

Assalamualaikum...

Kepada sahabat sahabat semua kita tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan kita jugk tidak boleh mengelakkan diri kita dari melakukan kebaikan...apa yang saya nak bawakan di sini ialah sifat ihsan ..yang mana ia adalah wajib ada pada diri kita semua...adakah kita terlupa kepada mafhum hadith yang mana malaikat jibril berpakaian putih datang kepada rasulullah dan bertanyakan tentang islam, iman dan ihsan....dan lupakah kita tentang sejarah rasulullah berdakwah selama 3 tahun secara sembunyi hanya untuk menerangkan tentang akidah dan ihsan itu sendiri, jadi perkara ini bukan lah satu perkara yang mudah dan enteng bagi kita..

Renungkan lah sedikit madu, semoga ia dapat memaniskan segumpal hati yang masih pahit dengan dosa-dosa, Ku lakukan ini kerana untuk berwasiat kepada diriku dan kepada sahabat-sahabat semua. SEBAIK PEKERJAAN AHLI IHSAN  Sesungguhnya darjat ihsan di dalam ketaqwaan dan pekerjaan dapat meningkatkan masyarakat kesatu darjat yang tinggi dan kami (omar hasim di dalam artikelnya di akhbar ahram.) merumuskan bagi ahli ihsan sebaik pekerjaan mereka ialah:  

Wednesday, July 14

~Kepimpinan dalam Kehidupan~





Pemimpin pada pandangan Islam adalah bukan sahaja mereka yang bertanggunggjawab menjalankan urusan pentadbiran seharian dengan baik dan cemerlang tetapi ia adalah manusia contoh kepada orang lainserta simbol kepada organisasi di dalam semua gerak-gerinya, perkataan, perbuatan dan tindakan sentiasa menjadi perhatian kepada pengikut dan lawan.
Kepimpinan adalah seni muamalah yang bertabiatkan kemanusiaan yang mampu mempengaruhi manusia ke arah matlamat yang di halakan, oleh yang yang demikian ianya boleh membentuk serta mewarnakan suatu kepatuhan, kepercayaan dan penghormatan yang sejati terhadap kepimpinan. Namun begitu potensi-potensi yang lain mestilah di ambil kira untuk melengkapkan dan menyempurnakan lagi sifat-sifat kepimpinan yang telah tersedia seumpama kelengkapan dan persediaan kerohanian, jasmani, akhlak, peribadi serta berkemampuan dari sudut organisasi.




Friday, July 9

27 Rejab : Memanusiakan Manusia

“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambanya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami telah berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkannya sebahagian daripada ayat-ayat Kami, sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (Al-Isra’ : 1)

Perkataan post-mortem sering dikatikan dengan sesuatu yang telah berlaku. Sebagai umat Islam, kita semua maklum bahawa tarikh 27 Rejab mengingatkan kepada satu peristiwa penting dalam sejarah Islam. Satu peristiwa yang kebenarannya tidak perlu diragui dan kelogikannya tidak perlu disoal-selidik. Sebagaimana Saidina Abu Bakar menjadi orang pertama yang mempercayai dan membenarkannya sebaik sahaja selepas berlakunya peristiwa tersebut walaupun tidak mengetahui secara terperinci pada awalnya, apatah lagi kita yang seolah-olah telah hafal dengan setiap inci perjalanan peristiwa tersebut apabila telah didedahkan sedari kecil lagi..

Sekadar memperingati peristiwa ini begitu sahaja tidak akan berguna jika tidak diambil apa yang tersirat disebalik isyarat-isyarat yang Allah tunjukkan sepanjang perjalanan israk dan mikraj Nabi Muhamad SAW ini. Jadi kita akan cuba menjalankan post-mortem bagi memfokuskan kepada satu falsafah besar yang terkandung dalam peristiwa ini iaitu memanusiakan manusia. Ianya juga merupakan matlamat diutuskan para nabi dan ditanzilkan Al-Quran. Terdapat banyak isyarat yang Allah perlihatkan untuk menunjukkan kemuliaan manusia agar manusia itu sendiri terus kekal dengan fitrahnya sebagai manusia.

Friday, July 2

Penyakit jiwa Manusia

Penyakit-penyakit yang biasa terdapat dalam jiwa manusia adalah seperti berikut:

1.  Mensyirikkan Allah SWT.
2.  Melakukan amalan yang berdosa kepada Allah SWT.
3.  Lalai terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan Allah SWT kepada hamba yang Muslim.
4. Menghina dan memandang kecil kepada orang yang dikasihi dan disokong Allah SWT.
5.  Meninggalkan keputusan Allah SWT dalam kehidupan, sebaliknya mengambil keputusan yang lain.

Dalam realiti kini, segala ketentuan dan ketetapan Allah SWT dipandang tidak baik dan tidak diredhai oleh manusia. Manusia tidak memberi harga dan nilai kepada kehendak Allah SWT. Manusia memandang sepi terhadap ketetapan Allah SWT.

Mungkin terdapat segelintir manusia daripada umat ini yang memandang berat, mulia, tinggi dan agung dengan keputusan Allah SWT. Tetapi umumnya apabila dikemukakan keputusan Allah SWT maka dirasakan menjatuhkan maruah, seterusnya bersikap tidak mempedulikan dan tidak mengendahkan keputusan tersebut. Inilah penyakit jiwa.

Related Posts with Thumbnails