Assalamualaikum..skali lagi ana ingin berkongsi cerita dengan kalian berkenaan sikap tawadu' salah seorang sahabat Rasulullah yg betul2 mengabdikan dan menghambakan diri kepada Allah Taala iaitu Abu Bakar as-Siddiq.. Ini menunjukkan kepada kita semua bahawa, betapa berjayanya didikan, bimbingan dan pentarbiahan Rasulullah kepada sahabat2 baginda.. Sama2 kita membaca dan merenungi cerita ini..
Abu Bakar adalah salah seorang daripada empat sahabat Nabi Muhammad yg paling akrab. Pada suatu hari, beliau jatuh sakit dan merasakan saat kematiannya hampir tiba. Aisyah, anak perempuannya sentiasa menemaninya dan menjaganya.
"Ayah, biar saya panggilkan tabib, ya?" tanya Aisyah kebimbangan.
Abu Bakar senyum sahaja mendengar kata2 anak kesayangannya itu. "Tidak payahlah, ayah sudah berjumpa doktor," jawab Abu Bakar.
"Apa katanya, ayah?" tanya Aisyah.
Abu Bakar menjawab, "Kata doktor itu: 'Aku akn lakukan apa sahaja yg aku inginkan.'"
Aisyah mengangguk tanda mengerti 'doktor' yg dimaksudkan oleh ayahnya itu adalah tuhan. Aisyah juga mengerti ayahnya pasti akan pergi buat selamanya. Aisyah berasa begitu sedih.
"Ayah, dengan kain apa harus saya balut tubuh ayah nanti?" tanya Aisyah tersekat2 menahan sebak..
Abu Bakar merenung lemah kearah anaknya dengan matanya berkaca berlinang air mata. "Aisyah, tutuplah badanku dengan bajuku ini yg selalu aku pakai semasa aku bersolat bersama Rasulullah."
"Tetapi baju itu sudah buruk, ayah. Biarlah saya belikan yg baru."
Abu Bakar menggeleng2kan kepalanya tanda tidak setuju. "Jangan, Aisyah. Baju yg baru lebih layak bagi org yg hidup daripada dipakai oleh org yg mati."
Begitulah pesan Abu Bakar kepada anaknya itu, Aisyah. Beliau lebih menyukai baju buruknya itu daripada dibelikan yg baru, sebab baju itu pernah sentiasa dipakai semasa hidupnya bersama Nabi Muhammad. "Akhirnya, Abu Bakar menghambuskan nafasnya yg terakhir. Beliau meninggal dunia pada umur 63 tahun.
wassalam
Sabar Dan Teruskanlah
4 weeks ago