Have an account?

Friday, September 25

Alhamdulillah..

Dengan nama Allah yang pemurah lagi mengasihani.Segala puji tentunya bagi Allah, dan sejahtera keatas seluruh hambaNya yang terpilih.

Sebelum saya masuk kepada tajuk yang hendak saya sampaikan kepada saudara-saudara,sukalah saya melahirkan perasaan gembira yang tersemat di hati saya. Apa yang saya lihat di seluruh universiti dan pusat-pusat pengajian di dunia Islam, bahkan di setengah-setengah dunia bukan Islam, wujudnya kumpulan pemuda Islam yang beriman penuh dengan 'akidah Islam, menyedari tanggungjawab mereka sebagai orang Islam dan sanggup mengorbankan sepenuh tenaga mereka untuk menegakkan semangat Islam di pusat-pusat pengajian tinggi tersebut.

Gejala ini patut sangatlah mendapat sanjungan,penghargaan dan sambutan dari orang yang mempunyai perasaan tulus ikhlas kepada dunia Islam, kerana Allah dengan kemurahanNya telah mengurniakan kepada umatnya yang lemah ini pemuda-pemuda yang tahu akan tanggungjawab.

Mereka ini menunaikan tanggungjawab itu secara aktif dengan penuh kesedaran di pusat-pusat pengajian tinggi dalam semua bidang pendidikan,sekalipun sistem pendidikan di seluruh dunia Islam sekarang ini dikuasai oleh cara berfikir dan tradisi barat.

Pelajar-pelajar yang sedang berada di universiti-universiti dan fakultifakulti tentulah sudah besar,matang,mempunyai kesedaran dan boleh membezakan di antara buruk dan baik.Begitu juga pelajaran yang diterimanya membolehkan mereka mengetahui identiti mereka jika mereka mahu dan juga membolehkan mereka maju ke hadapan jika mereka bergerak.

Segala kerumitan dalam hal ini bukanlah menjadi beban kerajaan sematamata,bahkan menjadi tanggungjawab pelajar-pelajar juga.Pelajar-pelajar adalah muda-muda belaka.Mereka hendaklah menyedari secara sungguh-sungguh bahawa mereka adalah orang Islam yang dijemput untuk hidup di atas muka bumi ini dengan cara hidup yang bercorak Islam.

Hal ini memastikan diri mereka bersemarak dengan api cinta untuk mengetahui apakah sistem yang menjamin hidup mati mereka dan apakah sifat-sifat nyata yang membezakan umat Islam,iaitu sifat-sifat yang mesti ada untuk hidup mati identiti Islam.

Kulluam Waantum Bikhair..
Maasalaamah..

Wassalam..

Saturday, September 19

Sahabatku, Jalan ini Bukan Mudah. Aku Bersamamu



Sahabat..

Aku mencintaimu kerna Rasulullah memerintahkan aku mencintaimu. Ya,tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.


Sahabatku yang sangat aku cintai..

Sungguh,jalan yang kita lalui ini bukan jalan yang indah dan mudah. Jalan ini matlamatnya cantik dan mengkagumkan.Tapi, sungguh tidak dapat aku janjikan kepadamu jalan ini akan senang kau lalui. Bukankah sejarah membuktikannya, haq yang ingin dibawa tentu sekali akan ditentang.


Sahabat..

Bukankah dalam kita berdiskusi, seringkali kita ingatkan pejuang yang telah lama terkorban dulu? Sheikh Hassan Al Banna,ditembak di pasar. Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq! Syed Qutb,nyawanya tercabut menemui Rabb nya di tiang gantung? Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq. Sheikh Ahmad Yassin dibunuh dengan misil yahudi laknatullah di hadapan masjid di subuh yang hening. Kerna apa? Kerna dia juga membawa yang haq!


Amanah ini untuk kita,sahabatku.Amanah ini untuk orang seperti kalian. Bukanlah aku ingin menggoyahkan semangat wajamu dan bahkan tidak sesekali. Tetapi sahabat,yang pasti ingin aku ingatkan janji Allah terhadap orang yang menolong agamanya, Allah pasti akan membantu urusannya. Aku ingin ingatkanmu kasih sayangNya dan rahmatNya terhadap hamba yang diredhai Nya. Bukankah senang nanti bila Allah tanyakan kepada kita: Apa yang kau gunakan masa mudamu dan aku dan kau serentak menjawab :Ya Tuhanku, Ya Rabb, masa mudaku dan masa tuaku adalah aku letakkan pada jalanMu. Adalah untuk Kau. Hanya untuk hidup dalam redhaMu walau kami ditekan. Untuk hidup dalam cinta kami kepada Mu.

Sahabat...

Peluru, tali gantung, pedang yang tajam, bahkan tekanan yang kuat dari pengalaman kehidupan sememangnya boleh melemahkan sesiapa sahaja. Tapi bukan engkau. Engkau dibina dengan tarbiyah. Dihiasi keindahan akhlak. Dilahirkan sebagai pendukung agama ini. Biar siapa sahaja pun engkau, biar apa sahaja kata orang,kau terus menguatkan langkah menyusur jalan in. Aku yakin,kerna kau sahabatku.


Sahabatku yang dikasihi..

Tidak dapat aku janjikan kesenangan dan kemewahan mengikut jalan ini. Tidak dapat aku berikan nama dan pangkat. Tapi akan ku tawarkan yang lebih baik dari segala itu. Akan kuberikan doaku semoga kau teguh dalam jalan ini .Akan ku bersama kau melangkah membawa haq dalam jalan ini. Akan aku luka dan berdarah bersama kau. Kerana kita saudara yang saling mencintai kerna Nya.


Sungguh aku bersama mu.


Tulus,

Sahabatmu..

Wednesday, September 16

Aku Malu Untuk Menegur Perkara Mungkar



Ramai orang mengatakan belum cukup ilmu apabila ditanyakan mengapa tidak menegur orang yang berbuat salah. Tidak kurang juga yang mengatakan diri sendiri belum baik, mengapa perlu menegur orang lain. Bahkan ada juga yang mengatakan perlu apa menjaga tepi kain orang, tak perlu jadi 'busy body'. Adakah kita semakin menjadi manusia yang individualistik? Amat mementingkan diri sendiri? Dan banyak lagi alasan lain untuk tidak menegur.Barangkali sifat merendah diri atau memikirkan kelemahan dan kekurangan diri menjadikan kita tidak yakin dan akhirnya meninggalkan usaha mengajak kebaikan.



Persepsi Diri Yang Salah


Ada di antara kita yang memandang zaman ini menegur orang biarlah kepada mereka yang ber'authoriti'. Serahkan sahaja pada pak imam, ustaz atau ustazah. Ada yang berpendapat untuk menegur orang lain diri perlu menjadi maksum seperti nabi Muhammad s.a.w. Malu dengan latar belakang keluarga yang tidak sempurna didikan agama.


Kewajipan Nasihat Menasihati Bukanlah Untuk Orang Tertentu


Sudilah memberi teguran yang baik dan berhikmah, kerana tanpanya manusia akan selalu terbabas. Fitrah manusia yang selalu lupa dan terburu-buru, seringkali diruntun oleh gelodak nafsu. Berbanggalah diri sebagai seorang Islam, menjadikan kita ini sebahagian dari masyarakat yang membentuk manusia dari dalam dan luaran. Jika berdiam sahaja melihat buasnya dunia meladeni manusia, alamat kita sedang menuju kehancuran. Bukan sahaja melibatkan perhubungan sesama manusia, bahkan menyebarkan barah kepada bidang ekonomi, politik, pendidikan dan akhirnya diri sendiri. Terlalu mengharapkan orang lain kadangkala hanya meninggalkan harapan sahaja. Allah memberitahu di dalam al Quran yang bererti, hendaklah ada sebahagian dari golongan yang menyeru kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran. Mereka itulah orang yang berjaya. (Surah Ali Imran : 104)


Golongan yang disebutkan menurut Dr Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya Usul Ad-Dakwah; adalah orang Islam itu sendiri. Kita adalah umat yang terbaik yang lahir dari kelompok manusia wajib untuk mengajak kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran. Hukumnya sudah menjadi wajib pada masa kini kerana golongan yang menegur itu semakin mengecil jumlahnya. Menasihati bukan satu cara sahaja. Mereka yang rugi antaranya adalah yang tidak mahu berpesan-pesan kepada perkara kesabaran dan kebenaran. Tidak perlu dengan mengeluarkan hadith atau ayat al Quran yang kadangkala mad's(orang yang ditegur/didakwah) pun tidak tercapai akalnya hendak menerima kerana mereka sendiri jahil mengenainya.


Wassalam..

Thursday, September 10

Wanita..

Wanita dewasa ini, merupakan elemen terpenting dalam pola masyarakat dunia. Di dalam masyarakat mereka merupakan kelompok yang dominan. Keupayaan dan fitrah semulajadi mereka sekiranya dimanfaatkan semaksima mungkin mampu menggegarkan dunia moden.

Oleh itu, peranan dan tanggungjawab siswi (generasi intelektual) sebagai agen perubah masyarakat dalam sesebuah organisasi adalah sama pentingnya sebagaimana yang dilaksanakan oleh golongan cendiakawan Islam. Firman Allah s.w.t :


[1]المؤمنون والمؤمنات بعضهم أولياء بعض يأمرون بالمغروف وينهون عن المنكر


Maksudnya : “ Dan orang-orang lelaki yang mukmin dan orang-orang perempuan yang
mukminah menjadi penolong antara satu sama lain, mereka menyeru kepada perkara-perkara kebaikan dan menegah perkara-pekara kemungkaran “.

Sabda Rasulullah s.a.w :


النساء شقائق الرجال


Bermaksud : “ Wanita adalah sebahagian dari lelaki “.
[1] Surah At-Taubah : 71


Wassalam..

Sunday, September 6

Carilah Kebenaran Wahai Sahabat dan Sahabiah sekalian..

Dalam menjalani kehidupan harian seorang penda’ie yang meletakkan intima’ sepenuhnya harakah Islamiah, kita sering berhadapan dengan banyak perkembangan pemikiran yang semuanya seakan sama menjurus ke arah untuk mendaulatkan Syariah Islamiah. Setiap gerakan mendakwa bahawa gerakan merekalah yang mampu membawa umat ke jalan yang betul dan mampu mengislah masyarakat. Persoalan tarbiah, ekonomi dan seumpamanya menjadi dasar dalam agenda untuk memastikan kejayaan menegakkan Daulah Islamiah. Kekadang mereka tidak berpuas hati dengan gerakan awal yang memperjuangkan Islam lantaran beralasan tidak punya tarbiah dan seumpamanya. Lantaran itu mereka menubuhkan gerakan lain yang jelas penubuhannya membawa kepada perpecahan.

Allah berfirman dalam Surah al-Isra’ ayat 71:

يَوْمَ نَدْعُو كُلَّ أُنَاسٍ بِإِمَامِهِمْ فَمَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ فَأُوْلَئِكَ يَقْرَءُونَ كِتَابَهُمْ وَلَا يُظْلَمُونَ فَتِيلًا(71)

"Pada hari kiamat kelak Kami menyeru setiap golongan manusia berdasarkan (jenis) pemimpin mereka, maka sesiapa yang diberikan catitan amalnya dari sebelah tangan kanannya maka mereka itu membacanya ( dengan penuh rela) sedang mereka sedikitpun tidak dizalimi."

Wassalam..

Facebook!!!

Author: qamarunnajami Posted under:

"nabilah..ko tak de facebook ke??", kata sahabat ana
dengan bangga ana menjawab "aku dah delete da...menjaga hati dari laghah dan tak berfaedah..next week aku nak delete freienster lak..mudah-mudahan dipermudahkan"

soalan sedemikian seringkali menyinggah dikepala ana. Ada apa dengan facebook?? Kata asfahana my house8 ,ini juga merupakan satu methode untuk berdakwah. Berdakwah?? kan banyak lagi method untuk berdakwah. Mungkin bagi dia dengan cara sedemikian lebih mudah untuk dia berdakwah dengan orang lain berbanding method yang lain.

Tetapi bagaimana dengan sahabat-sahabat ana di luar sana?? Adakah anda menggunkan facebook salah satu cara untuk berdakwah?? Ramai yang menggunakan alasan untuk berdakwah tetapi sejauh manakah kata-kata itu.

"akak bukan xpercaya dengan segilintir orang yang menggunakan facebook sebagai medan dakwah. Kadang-kala apa yang kita harapkan lain lak jadinya. Ramai yang tergila-gilakan facebook sampaikan ada yang menjaja gambar sendiri di pandangan mata orang lain. Perkataan dakwah itu dah basi da...x ramai yang buat berdasarkan percakapannya..itulah salah satu dakyah orang yahudi terhadap umat islam. Kelihatan seperti tidak ada apa-apa tetapi effect begitu besar." kata-kata seorang sahabat maya

Renungkan kembali kata sahabat maya benar juga kata beliau. Berapa ramai yang menggunakan method facebook untuk berdakwah. Betul-betul untuk berdakwah tiada unsur-unsur laghah dan maksiat. Alasan lain kenapa ana menyokong kata-kata sahabat ana, facebook merupakan salah satu cara untuk mereka menyesatkan umat islam. Tidak keterlaluan mengatakan facebook merupakan salah satu bagian dari liberalisme. Susah nak percaya sebab facebook umpama nyawa kita. Is it??anda menentukan.

Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York?Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka?

Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?

Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008', iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama?Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1.5 billion.Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)?AEPi stands with Israel

Sedikit Info tentang AEPi
:1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.

2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti.

3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.

4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya.

5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel

6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B'inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life.
Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook, maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut?Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?Andai ada kebenaran bagi persoalan di atas..tepuk dada, tanyalah iman dan taqwa (IT).

Sumber: http://sejarah2u.blogspot.comlink entry: http://sejarah2u.blogspot.com/2009/01/tinta-strategis-facebook-ejen-rantaian.html

Bagaimana?adakah anda mahu mendelete facebook anda? fikir-fikirkanlah.. Kalau diikutkan hati mahu sahaja menfatwakan face book haram. Dinegara indonesia dimana tempat ana menimba ilmu, tidak silap kes ini juga pernah meletup kerna majlis ulama indonesia (MUI) disini menfatwakan facebook sebagai haram. Respon yang begitu mendadak dikalangan mahasiswa kerna tidak setuju sama sekali dengan pengharaman itu malah mendakwa MUI sebagai golongan yang ketinggalan zaman. Lawak sungguh. Golongan ulama adalah golongan ketinggalan zaman. Mereka yang membantah sebenarnya golongan ketinggalan zaman kerna tidak peka situasi yang melanda umat islam sekarang. Ada sebab kenapa pengharaman dibuat, kalau kita renung balik sebabnya pasti kita juga turut bersetuju dengan pengharamannya. Keprihatinan MUI terhadap umat islam patut dicontohi.

anda yang menetukan sejauh mana benefit facebook. Dan betulkah methode ini yang anda gunakan untuk berdakwah?? betulkan niat, ikhlaskan hati moga-moga ALLAH menunjukkan jalan yang benar..tepuk dada tnya iman. Wallhualam.. salam perjuangan..

Wassalam..
Related Posts with Thumbnails