Have an account?

Saturday, January 30



Moga kita trgolong dari golongan yg mngambil iktibar..InsyaAllah..


p/s-trtarik dgn klip video ini stelah melihatnya dari blog seorang teman seperjuangan..

InsyaAllah..

'Sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita'

Friday, January 29

Alhamdulillah! Kita Terpilih


Bahan Renungan Untuk Saya dan Anda, Sahabatku, yang mungkin terlalu sibuk bersuka-ria,lalai dipukul ombak keduniaan...
Luangkanlah waktu sejenak untuk membaca dan merenungkan pesan ini...


3 Tanda2 hati yg hidup:

1. Ma'rifatullah
2. Mentaati Allah
3. Mencintai Allah


==================================================

"KISAH YANG MUNGKIN NYATA"

Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas
penat.

Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat.Sementara anak2 & isteri sedang
berkumpul diruang tengah.

Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya sesuatu yang menghembus tepat di muka ku. Selang
beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri
di depan mata.

Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu. Sebelum sempat bertanya..... siapa dia... tiba2
aku merasa dada ku sesak... sukar untuk bernafas.... namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti
biasa.Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku...... terus berjalan.....
ke kerongkongku....sakittttttttt........ sakit...... rasanya. Keluar airmataku menahan rasa sakitnya,....

Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku.....Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi
terus memaksa untuk keluar dari tubuhku... kkhh......... khhhh..... kerongkonganku berbunyi.
Sakit..... Seolah tak mampu aku menahan benda tadi...Badanku gementar... peluh keringat meluncur
deras....mataku terbelalak..... air mataku seolah tak berhenti.Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda
itu meninggalkan aku. Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu... pergi...berlalu begitu
saja.... hilang dari pandangan.

Namun setelah itu......... aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat, segar, cerah... tidak seperti biasanya.
Aku heran...isteri & anak2 ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan
kearahku.... Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang
kududuki tadi. Badannya dingin kulitnya membiru.


Siapa dia???????...Mengapa anak2 & isteriku memeluknya sambil menangis...mereka menjerit...

histeria ...
lebih teruk isteriku seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi...Siapa dia.............???????? Betapa terkejutnya aku ketika
wajahnya dibalikkan. Dia........ dia....... dia mirip dengan aku.... ada apa ini Tuhan...????????

Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu.....
Aku cuba pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku. Aku
cuba jelaskan kalau aku ada di sini..Aku mulai berteriak..... tapi mereka seolah tak mendengarkan
aku. Seolah mereka tak melihatku... Dan mereka terus-menerus menangis....aku sedar.. aku sedar bahawa
lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku. Aku telah mati... aku telah mati. Aku telah
meninggalkan mereka. tak kuasa aku menangis.... berteriak......Aku tak kuat melihat mereka menangisi
mayatku.

Dalam hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah
kulakukan untuk membimbing mereka. Tapi waktuku telah habis....... masaku telah terlewat........ aku sudah
dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja.Sungguh, bila aku tahu aku akan
mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.

Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum sholat. Oh Tuhan, JIKA kau
inginkan keadaanku masih hidup dan masih bisa membaca Kisah ini sungguh aku amat sangat bahagia.
Karena aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh,mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila
maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.


Sebarkan kisah dakwah ini kepada orang terdekat Anda,dan mintalah mereka untuk melakukan hal yangnsama. ! Jika Anda lakukandengan ikhlas insyaAllah Anda akan menuai kebaikannya..

Friday, January 22

Moga2 dpt Menimbulkan Keinsafan kpd kita Semua..


Luasnya Neraka

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua
ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang
Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun
tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah
dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....

.: Luasnya Neraka :.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang
kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan
berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat
kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di
saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka
tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu
benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk
bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."



Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan
selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu
tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia
hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg
mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum
nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli
neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati
penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau
dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam
Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke
bawah bumi yg ke tujuh.


Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung
barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung
timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan
perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan
pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang
tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu
rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000
tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota
kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)


Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail:


"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan
orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa
a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama
Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:
"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg
sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu,
sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya
sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya
Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada
seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"
Jawabnya:
"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi
s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk
sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila
sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")


Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat
sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.


Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi
lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.

Wallahua'lam.


Sunday, January 17

Dimanakah Kasih sayang kita...?


Assalamualaikum w.b.t..

Salam perjuangan ducapkan kpd sahabat sahabiah sekalian,moga antum antunna sekalian sntiasa berada di bawah wilayah dan naugan Allah s.w.t...InsyaAllah pada kali ini ana akn berkongsi sedikit ilmu melalui persoalan Dimanakah Kasih Sayang kita?

Apakah pndangan kita,perasaan kita,tindakan kita usaha kita apabila..??:-

-melihat tabung2 derma diedarkan di masjid2
-melihat insan2 duduk dan berdiri di tangga2 masjid utk mmohon bantuan
-melihat si Ibu mendukung anak kecilnya di tangga2 masjid utk mmohon bantuan
-melihat insan2 tua duduk di pinggir2 jalan dalam mndukung anak,mnjual mkanan2 ringan demi utk mencari sesuap rezeki
-melihat si Ibu tua duduk memeluk tubuh kesejukan di malam hari di pinggir2 jalan menjual roti demi mencari sesuap gandum
-melihat gadis2 muda berada di tepi2 jalan dalam keadaan sejuk untk mminta sedekah
-melihat seorang ibu mencari makanan di tong2 sampah smbil mendukung anak yg kudung kedua2 belah kakinya
-melihat kesayuan dan keperitan hidup dalam kesusahan

Mari sama2 kita b'fikir dimanakah Kasih sayang kita,keprihatinan kita trhadap golongan trsebut?
"Sesungguhnya orang yang paling mulia disisi Allah adalah orang yg bertaqwa"

Apakah perasaan kita apabila melihat golongan2 susah mengecapi kebahagian dan kesenangan di akhirat dan golongan2 senang merasai kesusahan di akhirat kelak..Sesungguhnya kebahagiaan dan kesenangan dunia dunia tidak menjamin ketenangan kita di akhirat kelak.

Falsafah Sedekah


إِنَّ الصَّدَقَةَ لَهَا أَرْبَعَةَ حُرُوْفٍ:
ص : تَصُوْنُ صَاحِبُهَا عَنْ مَكَارِهِ الدُّنْيَا وَ الْآخِرَةِ
د : تَكُوْنُ دَلِيْلَهُ عَلىَ طَرِيْقِ الجَنَّةِ غَدَا عِنْدَ تَمْيِيْزِ الخَلْقِ
ق : لِلْقَرَابَةِ, تَقَرَّبَ صَاحِبُهَا إِلىَ اللهِ تَعَالىَ
ه : لِلْهِدَايَةِ, يَهْدِى اللهُ صَاحِبَهَا لِلْأَعْمَالِ الصَّالِحَةِ يَسْتَوْجِبُ بِهَا رِضْوَانَ الْأَكْبَرِ

Sesungguhnya sedekah mempunyai empat huruf:

Shod : Shounah; sedekah akan melindungi orang yang bersedekah dari ketidakenakan dunia dan akhirat
Dal : Dalil; Menjadi penunjuk jalan ke syurga nanti pada saat banyak manusia tersesat di hari kiamat
Qof : Qorobah; mendekatkan orang yang bersedekah kepada Allah ta’ala
Ha : Hidayah; Allah akan memberikan petunjuk (hidayah) kepada orang yang bersedekah agar senantiasa beramal shaleh yang dengannya akan diperoleh keridhoan yang besar.

: إِنَّ الصَّدَقَةَ تُطْفِئُ غَضْبَ الرَّبِّ وَتَدْفَعُ مَيْتَةَ السُّوْءِ ( رواه الترميذ و حسنه)وَ قَالَ
Sesungguhnya sedekah akan meredam kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian su’ul khotimah

وَ قَالَ e:
إِنَّ الصَّدَقَةَ تُطْفِئُ غَضْبَ الرَّبِّ وَتَدْفَعُ مَيْتَةَ السُّوْءِ . رواه الترميذ و حسنه

Sesungguhnya sedekah seorang muslim akan menambah umur, menghindarkan dari kematian su’ul khotimah dan Allah akan menghilangkan kesombongan dan kekaguman dalam dirinya.
رُوِىَ كَذَالِكَ : أَنَّ رَسُوْلَ الله
قَالَ: إِنَّ صَدَقَةَ الْمُسْلِمِ تَزِيْدُ فىِ الْعُمْرِ وَ تَمْنَعُ مَيْتَةَ السُّوْءِ وَ يُذْهِبُ اللهُ بِهَا الْكِبَرَ وَ الْفَخْرَ.

Sesungguhnya sedekah seorang muslim akan menambah umur, menghindarkan dari kematian su’ul khotimah dan Allah akan menghilangkan kesombongan dan kekaguman dalam dirinya.

أن رسول الله
 قال: داووا مرضاكم بالصدقة (رواه أبوداود)

Ubatilah penyakitmu dengan sedekah

"Ya Allah,bantulah saudara2 kami yang berada di dalam kesusahan"
"Ya Allah,keluarkanlah kami dari golongan yang bakhil dan sombong"

Sesungguhnya engkau Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang..

Wassalam..

Thursday, January 14

KAKTUS PERSAHABATAN

Kutinggalkan kaktus ini khusus untukmu
Dengan pesanan: ia mudah hidup
Biarpun berhari-hari kau biarkan tuntas
Ia tetap akan besar dan bercambah
Kerana ia belajar bernafas dari gersang tanah
Asalkan setiap kali kau melintasi lemparkan senyumanmu disini
Tahulah aku, kau sayang padanya
Kuhadiahkan kaktus yang masih kecil ini kepadamu
Peliharalah dengan kemanjaan dan perhatian
Berilah ia pasu baru bila waktu
Ia akan remaja dan dewasa
Tajam durinya lambang kemurnian hatimu
Sahabat
Jika kaktus itu aku
Sudikah kau tersenyum dan tukarkan pasu
Sedangkan kau tahu durinya akan melukakan jarimu
Lalu tidak lagi kurasakan sentuhan
Yang tinggal mungkinlah perhatian
Yang menjadi baja menyuburkan ingatan

Petikan syair Saidina Ali bin Abi Talib

“Saudaramu yang sebenar ialah orang yang berada besertamu dan orang itu mengorbankan dirinya sendiri dalam bahagia, semata-mata untuk manfaat dirimu. Itulah sahabatmu, apabila kamu dalam keadaan bimbang, ia sentiasa menyatakan secara terus-terang kepadamu, serta rela mencurahkan tenaga dan kekuatannya semata-mata untuk berkumpul denganmu.”

Friday, January 8

Ampunilah Dosa2 Kami Ya Allah...(T_T)

Wahai Tuhanku Yang Esa…
Bila terkenangkan Qahar-Mu
Rasa gerun dihatiku kerana takutkan siksa-Mu
Hamba-Mu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika…

Tika mengenangkan Ghafar-Mu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali
Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup ku meneruskan perjuanganku
Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
mengganti hukuman-Mu di akhirat…

Di waktu mengenang Rahmat-Mu
Terasa diri kurang bersyukur
Pada-Mu ku harus memohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya mendidik nafsuku
Yang tidak melihat kebenaran-Mu


Ya Allah Tuhanku bantulah hamba-Mu
Dalam mendidik jiwa ini…

Wednesday, January 6

TITISAN AIR MATA KETIKA MUSIBAH DATANG MELANDA

Assalamualaikum..klik sini...

Kita hanya manusia biasa tidak lepas dari bermain dengan perasaan. Ketika riang kita akan ketawa namun bila kesedihan melanda kita akan menangis. Tangisan ditimpa musibah akibat kematian seseorang yang disayangi adalah disebabkan oleh perasaan belas kasihan dari hati seorang hamba. Namun Rasulullah SAW melarang kita menangisi akan kematian/pemergian seseorang itu. Dalam hadith lain Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya mayat itu terseksa di sebabkan oleh tangisan keluarganya ke atasnya." (HR. Bukhari & Muslim)

Namun ada tangisan yang dibenarkan iaitu tangisan menginsafi akan kematian itu sendiri. Ianya membuatkan kita ingat akan mati itu. Akan tetapi setelah orang itu meninggal dunia maka ia adalah menjadi urusan Allah SWT. kita tidak boleh mempertikaikannya. Dunia ini sebagai pinjaman, yang hidup akan mati. Ya! kita akan merasakan kematian...ianya akan datang tanpa diundang. Namun ia tetap akan datang dan dikala itu tiada guna lagi penyesalan.

Sebagai manusia biasa juga kita tidak lepas dari sifat belas kasihan dan saling menyayangi diantara satu sama lain. Pasti air mata akan mengalir ketika didatangi musibah seperti ini "KEMATIAN"..

Kesimpulannya, tangisan yang hanya mengalirkan air mata kerana kesedihan dan belas kasih, hukumnya sunat untuk menginsafi diri sendiri yang dilarang keras oleh baginda ialah tangisan yang disertai dengan jeritan sepertimana yang dilakukan oleh orang-orang Arab Jahiliyah. Firman Allah dalam Al-Quran maksudnya: "Setiap yang bernyawa pasti akan mengalami kematian." (Al-Imran:185) Perasaan terkejut pada waktu ditimpa musibah memang tidak dapat dielakkan, kerana yang demikian adalah kebiasaan manusia. Namun Agama kita memandang berat akan persoalan ini. Yang dilarang oleh agama ialah menangisi pemergian itu dengan jeritan sambil mengoyak-ngoyakkan baju. Pada muslimah baginda mewasiatkan semoga tidak meniru akan gaya wanita dizaman jahiliyah sepertimana sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: "Tangisan yang memekik-mekik atas mayat adalah perbuatan orang-orang jayiliyah, bagi orang yang berbuat demikian dan ia mati sebelum bertaubat maka pada hari kiamat nanti akan diberi minuman dari cairan besi panas, diberi pakaian dari besi dan dia dimasukkan ke dalam neraka." (HR. IBN Majah) Mengapakah dihumban kedalam neraka kerana ianya mencabar kekuasaan Allah. Tidak meredhai dengan ketentuannya. Tangisan tidak sedikitpun memberi kemanfaatan kepada simati. Akan tetapi yang bermanfaat baginya dalah amal. Rasulullah bersabda maksudnya: "Apabila mati anak Adam maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu: a. Sedekah jariahnya b. Ilmu yang bermanfaat c. Anak yang soleh yang akan mendoakannya." (HR. Muslim) Jelaslah sangat bahawa dengan tangisan tidak sedikitpun memberi manfaat kepada orang yang telah meninggal dunia.

Sekian wassalam ...

"Kuatkanlah Hati Hamba2Mu Ya Allah"
Related Posts with Thumbnails