Setiap gerak kerja di dalam jemaah atau organisasi mestilah diarah dan dijuruskan kepada pembentukan peribadi dan tarbiah anggots.Ianya hanya dapat dilaksanakan dengan jayanya apabila kepimpinan gerakan memahami dengan baik tentang permasalahan tarbiah. Adalah diharapkan mereka sendiri adalah keluaran daripada madrasah dakwah dan tarbiah ini.
Kepentingan tarbiah
Kita menyakini bahawa untuk membangunkan semula 'ummah Islamiyyah' tidak hanya sekadar dengan ucapan-ucapan, khutbah, tulisan-tulisan, muktamar-muktamar dan sebagainya, tetapi lebih daripada itu ialah mencetak jiwa dan fikrah Islamiyyah yang tulin,mendidik generasi ini dengan akhlak, penderitaan dan pengorbanan. Kerana itulah, meletakkan sistem tarbiah yang mengikat mukmin dengan tuntutan dan kewajipan ini adalah suatu yang begitu wajar dan amat perlu.
Noktah penting mengenai tarbiah.
Tarbiah yang merupakan intipati bagi setiap kerja organisasi atau persatuan hendaklah merangkumi di dalam beberapa noktah penting sebagai manhaj kepada tarbiah Islamiyyah itu sendiri.
Noktah-noktah tersebut ialah:
1 ) Menghidupkan hati dan jiwa.
Kita amat berhajat dan memerlukan para pekerja dan anggota yang memiliki hati dan jiwa yang hidup serta mempunyai iman yang mantap. Oleh itu, merupakan suatu kewajipan menyedia dan mengetengahkan tarbiah ruhiyyah kepada anggota.
2 ) Pembentukan akhlak.
Menghala dan menjuruskan tarbiah ke arah pembentukan akhlak yang mulia adalah tugas yang tidak boleh dipandang ringan. Ia adalah tugas berat yang mesti ditanggung dengan penuh keazaman dan kesungguhan. Akhlak mulia yang dimaksudkan adalah yang terpancar daripada ibadah dan ketaatan kepada Allah yang merupakan hasil daripada aqidah yang sohihah.
3 ) Marhalah tarbiah.
Setiap peribadi yang berkembang tanpa proses atau marhalah tarbiyah ataupun dengan kata lain meningkat tanpa terlebih dahulu dibina dari bawah. Sesungguhnya akan menjadi beban dan tanggungan yang berat kepada jamaah. Bahkan ia akan mengakibatkan kemudharatan kepada jamaah dan organisasi perjuangan.
4 ) Dasar yang positif.
Manhaj tarbiah mestilah dibina di atas dasar yang bersikap positif dan tidak merugikan. Dasar yang bersifat positif lebih membantu ke arah ketenangan dan merupakan sumber kekuatan dan kecergasan dalam bekerja.
5 Menjauhi Pandangan Negatif
Kerja yang berterusan,menlazimi kerja yang bersifat jihad dan pengorbanan yang tinggi berupaya mengelak timbulnya pandangan negatif terhadap kerja-kerja organisasi dan merupakan erti yang sungguh bermakna serta memadai sebagai sumber hidaya manusia kepada amal Islami yang kita perjuangkan.
Wassalam..
"SALAM PERJUANGAN, SALAM PENGORBANAN"
Sabar Dan Teruskanlah
1 month ago
1 Tinggalan Kata-kata:
Betul tu,tarbiyah sangat2 penting untuk membangunkan ummah..dgn tarbiyahlah kesedaran2 dipupuk.smoga kita berada dalam golongan yang turut sama membangunkan kegemilangan islam.
Post a Comment