Have an account?

Sunday, August 30

KEBERSIHAN JIWA DAN ROHANI

Assalamualaikum..

Antara sifat terpenting yang perlu ada pada pemimpin muslimin ialah kebersihan jiwa dan ruh. Ia perlu merasakan amanah yang dipikul adalah berat dan dia adalah orang yang sepatutnya menunaikannya. Meskipun, segala tanggungjawab kepimpinan dan segala kewajipannya terhadap masyarakat umum banyak dan besar, ia tidak seharusnya menjadi penghalang untuk memuhasabah diri dan menyelidiki serta memeriksa segala keaiban dan kekurangannya. Janganlah dia tertipu dengan kerjanya yang tidak kehabisan, sehingga boleh menghilangkan unsur-unsur keikhlasan, kerana tanpa keikhlasan segala kerja itu hanya akan menjadi abu yang dihembus angin di sisi Allah. s.w.t. Allah tidak akan menerima sesuatu amalan itu melainkan yang suci (ikhlas) dan baik sahaja sebagaimana firman-Nya:

[1]وقدمنا الى ما عملوا من عمل فجعلناه هباء منثورا

Maksudnya : “ Dan Kami perhatikan amalan yang telah mereka kerjakan, lalu
Kami jadikan sebagai debu yang berterbangan “.


Pemimpin hendaklah sentiasa mengingati Allah dan sentiasa memikirkan tentang mati, kubur, syurga dan neraka. Hendaklah ia memperbaiki ibadahnya serta memperbanyakkan amalan-amalan sunat, tidak meninggalkan sembahyang-sembahyang tahajjud, qiamullail dan sebagainya. Firman Allah s.w.t :

[2]ان ناشئة الليل هى أشد وطأ وأقوم قيل

Maksudnya : “ Bahawa mendirikan sembahyang di sepertiga malam itu adalah sangat dalam kesannya di dalam perasaan serta lebih betul sebutan (bacaan).

[1]Surah Al-Furqan : 23
26Surah Al-Muzammil : 6

0 Tinggalan Kata-kata:

Related Posts with Thumbnails