Have an account?

Sunday, June 20

"Nikmat itu Umpama Binatang Buas Hendaklah Diikat Dengan Tali Syukur"

Setiap Muslim nescaya yakin sepenuhnya bahawa kurnia Allah yang terbesar di dunia ini adalah agama Islam. Seorang Muslim akan sentiasa bersyukur kepada Allah, yang telah memasukkannya ke dalam kelompok umat Muhammad Rasulullah saw, dan yang telah memberikan kepadanya kurnia Islam. Allah sendiri telah menyatakan Islam sebagai kurniaNya yang terbesar yang diberikanNya kepada hamba-hambaNya, sebagaimana disebutkan dalam al-Qur'an:

... Pada hari ini, telah Ku-sempurnakan untuk kamu agama-mu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah , Ku-redhai Islam itu agama bagimu ..."
(Al-Quran al-Maidah, 5 :3 )


KENAPA SEORANG MUSLIM BERBEZA DARI SEORANG KAFIR?

Saudara-saudara sesama Muslim. Setiap Muslim percaya bahawa seorang Muslim lebih tinggi darjatnya daripada seorang kafir. Allah senang terhadap seorang Muslim dan benci kepada orang kafir.Seorang Muslim akan memperoleh keselamatan dari Allah, sedangkan seorang kafir tidak. Seorang Muslim akan, masuk ke Syurga, dan seorang kafir akan masuk ke neraka. Marilah kita fikirkan sedalam-dalamnya, mengapa ada perbezaan yang begitu besar antara seorang Muslim dan seorang kafir. Padahal seorang kafir juga adalah dari keturunan Adam, seperti kita semua. la juga seorang manusia, seperti kita semua. la juga punya tangan,.kaki, mata dan tangan, seperti kita semua. Dan sebagaimana kita semua, ia pun bernafas dengan udara yang sama, minum air yang sama, dan hidup di bumi yang sama. Allah yang menciptakan kita, adalah PenciptaNya juga. Maka,kenapakah darjatnya rendah dan darjat kita tinggi? Mengapa kita semua nanti akan masuk syurga dan dia masuk neraka?


APAKAH PERBEZAANNYA HANYA SOAL NAMA SAHAJA?

Ini adalah suatu masalah yang harus kita fikirkan secara mendalam. Perbezaan yang begitu besar antara seorang Muslim dan seorangkafir, tidak mungkin disebabkan yang seorang benama Abdullah dan Abdurrahman, sedang yang lain bernama Joni dan Robertson; atau kerana yang seorang dikhatan dan yang lain tidak; atau kerana yang seorang tidak memakan daging babi dan yang lain memakannya. Allah Yang Maha Kuasa, yang telah menciptakan alam seluruh manusia dan memberinya rezeki, tidak mungkin bertindak sedemikian kejam, mendiskriminasikan antara makhlukNya, hanya kerana soal-soal kecil seperti itu dan memasukkan hambaNya yang satu ke syurga sedang yang lain ke neraka.

PERBEZAAN ISLAM DAN KUFUR YANG SEBENARNYA

Apabila, memang, perbezaan yang besar dalam kedudukan seorang Muslim dengan seorang kafir bukanlah kerana soal nama, khatan dan daging babi. Kalau begitu, apakah perbezaan yang sebenarnya antara keduanya? Jawapannya hanyalah satu, yakni kerana Islam dan kufur. Islam bererti kepatuhan kepada Allah sedangkan kufur bererti ketidakpatuhan kepada Allah. Orang Muslim dan orang kafir kedua-duanya adalah manusia, kedua-duanya adalah hamba Allah. Tetapi yang satu, berkedudukan mulia kerana ia mengakui Allah, dan mematuhi perintah-perintahNya. Yang satu takut akan hukuman yang akan diberikanNya bila ia tidak mematuhi perintah-perintahNya.

Sedangkan yang satu lagi terperosok dari kedudukan yang tinggi itu kerana ia tidak mengakui Allah dan tidak mahu melaksanakan perintahNya. Inilah sebabnya mengapaAllah senang kepada orang-orang Muslim dan benci kepada orang-orang kafir. Allah menjanjikan kurnia syurga bagi orang-orang Muslim, dan memperingatkan orang-orang kafir bahawa mereka akan dimasukkan ke dalam neraka.

SEBAB PERBEZAAN: PENGETAHUAN DAN PERBUATAN

Dari huraian di atas jelaslah bahawa ada dua perkara yang membezakan seorang Muslim dengan seorang kafir. Yang pertama adalah pengetahuan dan yang kedua perbuatan. Pengetahuan bererti bahawa seorang Muslim harus tahu siapa TuhanNya, apa perintah-perintahNya, bagaimana cara-cara untuk menuruti kehendakNya, perbuatan-perbuatan mana yang disukaiNya dan mana yang tidak disukaiNya.

Bila ia sudah tahu akan hal-hal tersebut, maka langkah yang kedua ialah bahawa ia harus menjadikan dirinya sebagai budak dari Tuhannya, melaksanakan kehendak-kehendakNya, dan mengabaikan kemahuan-kemahuannya sendiri. Bila hatinya ingin melakukan sesuatu perbuatan, tetapi perbuatan itu bertentangan dengan perintah Tuhannya, maka ia harus melepaskan keinginannya sendiri dan melaksanakan perintah Tuhannya. 

Apabila suatu perbuatan kelihatan mulia di matanya, tetapi Tuhannya mengatakan bahawa perbuatan itu hina, maka ia harus memandangnya hina pula. Sebaliknya, bila suatu perbuatan nampak hina dimatanya, tetapi Tuhannya mengatakan mulia, maka ia harus memandangnya mulia pula. Apabila ia melihat bahawa sesuatu pekerjaan mengandung bahaya, tetapi TuhanNya mengatakan bahawa pekerjaan itu harus dilakukan, maka bagaimanapun juga ia mesti mengerjakannya, walaupun ia mungkin akan kehilangan harta benda bahkan
nyawanya. Sebaliknya, apabila ia memandang bahawa sesuatu pekerjaan akan mendatangkan keuntungan baginya, tetapi Tuhannya melarang pekerjaan tersebut, maka ia harus meninggalkannya, walaupun pekerjaan tersebut boleh mendatangkan keuntungan sebanyak harta benda yang ada di seluruh dunia ini.

lnilah pengetahuan dan perbuatan yang menjadikan seorang Muslim sebagai hamba Allah yang sejati, yang mendapat limpahan rahmatNya serta kedudukan yang luhur mulia. Sebaliknya, kerana seorang kafir tidak memiliki pengetahuan ini, ia dimasukkan ke dalam golongan hamba Allah yang membangkang dan tidak mendapat limpahan rahmatNya.

Sekarang, seandainya ada seseorang yang menyatakan dirinya seorang Muslim, tetapi ia sama bodohnya tentang Islam dengan seorang kafir, dan sama pula pembangkangnya kepada Allah, dapatkah kita mengatakan dengan menggunakan pertimbangan yang adil, bahawa kedudukannya lebih tinggi daripada seorang kafir, semata-mata kerana ia memiliki nama yang berbeza, memakai pakaian yang berbeza dan memakan makanan yang berbeza dengan orang kafir tersebut? Dan apa pula alasannya untuk mengatakan
bahawa ia berhak memperoleh rahmat Allah di dunia dan di akhirat? 

Islam bukanlah sesuatu yang bersifat kebangsaan, kekeluargaan atau persaudaraan yang secara langsung diwarisi oleh orangtua kepada anak dan dari anak kepada cucu. Kedudukan sebagai seorang Muslim tidaklah diperoleh kerana keturunan sebagaimana halnya kasta, di mana anak seorang Brahmana akan tetap memperoleh kedudukan yang tinggi, walaupun betapa bodoh dan jahat perangainya, kerana ia memang lahir dalam keluarga Brahmana yang berkedudukan tinggi. Sementara itu, anak dari orangtua berkasta rendah akan tetap berkedudukan rendah, kerana memang ia lahir di tengah-tengah keluarga yang berkasta rendah. Dalam hal ini Allah telah menyatakan dalam KitabNya:

... Sesungguhnya orang yang paling mulia di antaramu di sisi Allah ialah orang yang
paling bertaqwa di antara kamu... " (Al-Quran, al-Hujrat, 49:13)

Ertinya, semakin banyak orang mengetahui tentang Allah dan semakin mentaati perintahNya, maka akan semakin tinggi pulalah kedudukannya di mata Allah. Nabi Ibrahim alaihissalam dilahirkan di tengah-tengah keluarga seorang penyembah berhala, tetapi beliau mengenal Allah dan mentaati perintahNya. Itulah sebabnya Allah mengangkatnya sebagai imam seluruh dunia. Anak Nabi Nuh dilahirkan dalam keluarga seorang nabi, tetapi ia tidak mengerti tentang Allah dan tidak mentaati perintahNya. Itulah sebabnya mengapa Allah menghukumnya sedemikian rupa tanpa mempedulikan keluarganya, hingga kisahnya menjadi contoh bagi seluruh dunia. 

Kerana itu marilah kita fahami benar-benar bahawa apa pun perbezaan yang ada diantara seorang manusia dengan manusia yang lain, dalam pandangan Allah hal itu berhubungan erat dengan pengetahuan dan perbuatan. Baik di dunia ini mahupun di akhirat nanti, rahmat Allah dilimpahkan kepada mereka yang mengerti akan Allah, tahu jalan yang benar yang ditunjukkanNya, dan melaksanakan perintah-perintahNya.

0 Tinggalan Kata-kata:

Related Posts with Thumbnails