Have an account?

Monday, August 31

POCO2!! boleh ke x??

ARTIKEL INI DIAMBIL DARI BULETIN OLEH SAHABAT..

KEPADA SESIAPA YG ADA PENDAPAT INFO TERKINI BERKAITAN POCO-POCO INI, BERITAHULAH SEGERA. AGAR KITA TERSELAMAT DARI PERKARA YG MENJAUHKAN KITA DARI LIMPAH RAHMAT ALLAH S.W.T..

Salam...pada kali ini penulis ingin kongsikan kepada anda tentang sesuatu yang menggemparkan kerana penulis sendiri pernah buat(masa dalam PLKN,secara paksa rela).Iaitu tarian Poco-poco. Secara jujurnya penulis tidak pernah tahu dan ambil tahu tentang tarian ini,asal-usulnya dan motif tarian ini.Namun segalaya berubah apabila satu kiriman emel daripada sahabat penulis,membuatkan penulis tersentak dan kaget sebentar. Mari sama-sama baca emel ini

"Assalammualaikum.

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerak anny a, yg membentuk salib.

Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan."

Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua.

Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.
Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kes anny a kepada akidah Umat islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.

WALLAHUALAM. ...
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

**************************************************************************************************************************saranan :

pesanan: kaji dulu baru buat...

Sunday, August 30

KEBERSIHAN JIWA DAN ROHANI

Assalamualaikum..

Antara sifat terpenting yang perlu ada pada pemimpin muslimin ialah kebersihan jiwa dan ruh. Ia perlu merasakan amanah yang dipikul adalah berat dan dia adalah orang yang sepatutnya menunaikannya. Meskipun, segala tanggungjawab kepimpinan dan segala kewajipannya terhadap masyarakat umum banyak dan besar, ia tidak seharusnya menjadi penghalang untuk memuhasabah diri dan menyelidiki serta memeriksa segala keaiban dan kekurangannya. Janganlah dia tertipu dengan kerjanya yang tidak kehabisan, sehingga boleh menghilangkan unsur-unsur keikhlasan, kerana tanpa keikhlasan segala kerja itu hanya akan menjadi abu yang dihembus angin di sisi Allah. s.w.t. Allah tidak akan menerima sesuatu amalan itu melainkan yang suci (ikhlas) dan baik sahaja sebagaimana firman-Nya:

[1]وقدمنا الى ما عملوا من عمل فجعلناه هباء منثورا

Maksudnya : “ Dan Kami perhatikan amalan yang telah mereka kerjakan, lalu
Kami jadikan sebagai debu yang berterbangan “.


Pemimpin hendaklah sentiasa mengingati Allah dan sentiasa memikirkan tentang mati, kubur, syurga dan neraka. Hendaklah ia memperbaiki ibadahnya serta memperbanyakkan amalan-amalan sunat, tidak meninggalkan sembahyang-sembahyang tahajjud, qiamullail dan sebagainya. Firman Allah s.w.t :

[2]ان ناشئة الليل هى أشد وطأ وأقوم قيل

Maksudnya : “ Bahawa mendirikan sembahyang di sepertiga malam itu adalah sangat dalam kesannya di dalam perasaan serta lebih betul sebutan (bacaan).

[1]Surah Al-Furqan : 23
26Surah Al-Muzammil : 6

Monday, August 24

APAKAH KEPIMPINAN

Kepimpinan ialah sejenis seni hubungan perilaku manusia, pengaruh gaya tindakan serta hala-tuju ke arah matlamat yang tertentu dengan cara yang boleh menjamin kepatuhan, kepercayaan dan penghormatannya.

Kejayaan pemimpin (dalam fungsi ini) adalah terletak pada sejauh manakah keistimewaan dan ciri-ciri utama yang dimilikinya. Adalah dimaklumi bahawa di sana terdapat sesetengah sifat semulajadinya yang mungkin boleh membantu dan memperkembangkan bakat-bakat kepimpinannya, tetapi ianya hanya terbatas pada kadar yang tertentu sahaja. Maka untuk menyempurnakan watak kepimpinan itu, perlulah ia disertakan dengan potensi-potensi lain seperti kerohanian, jasmani, keorganisasian, akhlak dan peribadi.

Status pemimpin dalam apa jua pergerakan dan keadaan adalah status yang amat sensitif. Selagi dirinya tidak memenuhi ciri-ciri kepimpinan yang diperlukan, maka status kepimpinannya akan terus bergoyang dan tidak tenteram, walaupun ia mempunyai pengetahuan yang luas serta memiliki kemampuan berpidato. Dakwah Islamiah adalah satu organ pergerakan berbentuk persatuan. Oleh kerana itu, segala gerak-geri, perjalanan dan sentimen hanya dapat dikawal dan ditentukan arahnya oleh lojika perorganisasian, perencanaan dan pengawalan.
Wassalam..


Wednesday, August 12

Ke Manakah Umat Islam Sekarang??

الجمدلله رب العالمين و الصلاة و السلام على سيدنا مجمد و على اله و اصحابه اجمعين

Islam tidak merelakan ummahnya menyerah kepada keadaan dan realiti serta terus lemah dan berdiam diri, akan tetapi ianya mengarahkan ummahnya untuk terus bangun, bergerak dan mengorbankan seluruh jiwa, harta dan masa demi untuk memastikan supaya agama Allah ini berterusan di muka bumi bahkan lebih dri itu iaitu menegakkan daulah Islamiah yang melaksanakan syariatnya serta mengembalikan khilafah Islamiah di bumi ini di atas asas yag teguh mengikut proses penyatuan pemikiran, amal dan gerakan melalui harakah Islamiah.

قال تعالى : حتى لا تكون فتنة و يكون الدين كله لله

Harakah Islamiah ataupun mana-mana jemaah sekalipun yang memenuhi medan masa kini haruslah mempunyai serta menghayati beberapa syarat untuk mencapai tujuan dan matlamat sebagaimana yang telah digariskan, di antara syarat-syarat tersebut :

1. mempunyai manhaj yang jelas
2. mempunyai pemimpin yang bijaksana
3. mempunyai anggota yang patuh


Dalam memperkatakan tentang qiadah atau pimpinan, khususnya kepimpinan dalam gerakan atau jemaah Islamiah maka unsur-unsur yang berkait rapat dengan pemimpin Islam ialah bentuk pemilihan , tanggunggjawab, sifat-sifat dan pengarahan yang perlu ada kepada seorang pemimpin mestilah jelas dan bertetapan.

Sabda Rasulullah SAW:

اذا وسد الامر الى غير اصله فانتظر الساعه

Wassalam..
Related Posts with Thumbnails