Have an account?

Friday, March 19

Siapakah Yang Akan Menyambut Seruan Kesedaran?



Firman Allah S.W.T.:
Kebenaran itu dari Tuhanmu, oleh itu janganlah kamu termasuk golongan yang ragu-ragu."-Surah al-Baqarah: ayat 47.

Asas keimanan yang kukuh mesti dibina semula untuk menolak semua serangan yang cuba menguasai hawa nafsu. Iman mestilah dilatih agar mengawasi hawa nafsu. Iman mestilah dididik untuk menuju ke arah kesedaran dan kecintaan Ilmu. Jangan biarkan hawa nafsu menguasai Iman dan menggadaikannya. Penguasaan hawa nafsu bakal membawa kepada kesesatan.
Firman Allah S.W.T.:
Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat pertunjuk daripada Allah sedikit pun. Sesungguhnya Allah tidak memberi pertunjuk kepada orang-orang yang zalim. - Surah al-Qashash: ayat 50.

InsyaAllah di sana sini masih ada insan yang ikhlas dan merasai keperluan untuk bertindak segera. Mereka perlu dikumpulkan dan dibimbing agar keikhlasan mereka berada di bawah telunjuk syara. Begitu juga kembali kepada Allah S.W.T. mestilah mengikut cara yang betul dan diredhaiNya.
Dai perlu keluar mencari jiwa-jiwa yang merasai kehilangan Rahmat Allah S.W.T. dan yang mencari serta ingin menyahut seruan Allah S.W.T. Fitrah Insaniah untuk kembali kepada fungsi tauhid sebenar sememangnya ada. Ada yang sanggup melalui proses, ada yang sedang melalui proses dan ada yang telah melalui proses. Ada juga yang lambat melaui proses.
Dasarnya adalah firman Allah S.W.T. yang bermaksud'
"Wahai Nabi cukuplah Allah bagimu dan yang mengikuti kamu terdiri dari orang-orang yang beriman.
Juga ditegaskan bahawa dai perlu mencari dan mengumpulkan hati-hati yang merasai kehilangan Rahmat Allah S.W.T. Hati-hati yang merasai kehilangan neraca syara dalam praktik hidup umat sekarang. Hati-hati yang ingin kembali kepada hakikat hidup yang memperhambakan diri hanya kepada Allah S.W.T. dalam setiap bidang.
Hati-hati ini perlu diasuh agar menyedari kehilangan Islam sebagai ad-Din. Umat Islam bukanlah kehilangan ekonomi Islam, politik Islam atau pembangunan Islam sahaja. Umat juga bukan kehilangan masjid dan rumah-rumah ibadat. Umat sebenarnya kehilangan pokok, bukan ranting-ranting. Umat kehilangan rumah, bukan bahagian-bahagian rumah. Juga, umat bukan kehilangan kuantiti tetapi kehilangan kualiti yang ingin mengambil Islam sebagai ad-Din.
Hati-hati ini perlu diasuh agar memahami bahawa penyakit sedang menyerang umat dan merosakkan aqidah umat. Tauhid pada hati-hati umat semakin futur atau tidak berfungsi dengan betul.
Hati-hati ini perlu diasuh agar menyedari bahawa segala tindakan berpunca dari permasalahan aqidah yang mesti dirongkai terlebih dahulu. Juga, memahami makna dan fungsi Iman sebenar agar tindakan yang lahir selaras dengan tuntutan Iman. Iman kepada Allah S.W.T. adalah pemancar. Dari pemancar ini lahirlah kerja-kerja Islam.
Dai atau murabbi perlu memahami bahawa mukmin adalah natijah yang lahir daripada tarbiyyah yang menekankan keimanan kepada Allah S.W.T.
Hati ini perlu berpaksi hanyasanya kepada Allah Taala..Kesedaran jiwa, hati dan nurani itu penting dalam membawa perubahan yang besar. Membaca itu penting dalam merungkai dan membawa hati ke arah kehidupan yang sebenar..InsyaAllah..
Wassalam..

0 Tinggalan Kata-kata:

Related Posts with Thumbnails