Have an account?

Friday, August 13

"Salam Ramadhan Kareem"

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan  ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (al-Baqarah,183) 

            Ramadhan merupakn bulan diturunkan al-Quran padanya dan telah dibuka kepada para pentaubat pintu-pintuNYA. Tiada doa yang dimohon di dalamnya melainkan didengariNYA, tiada amalan yang dilakukan melainkan ianya diangkat dan tiada kebaikan yang dilaksanakan melainkan ianya digandakan olehNYA. Bulan dimana kejahatan-kejahatan di dalamnya diampunkan bagi mereka yang bertaubat dan rahmat Allah kepada sesiapa yang memintanya.

Bulan dimana masjid-masjid diimarahkan dan bulan yang dipilih oleh Allah bagi umat Nabi Muhammad s.a.w. dan menjadikannya penyuluh kepada manusia keseluruhannya. Maka bertaqwalah hanya pada Allah, lazimilah untuk solat berjemaah di masjid, perbanyakkanlah bacaan al-Quran, zikir, qiam, tahajjud, sedekah dan hubungkanlah silaturrahim sesama jiran tetangga dan masyarakat lain keseluruhannya.




Hudair r.a (sahabat)


Nabi telah mengutuskan Hudair r.a utk menyertai pasukan tenteranya dan ketika itu merupakan tahun yang amat panas. Nabi telah memberikan kepada setiap tenteranya sedikit daripada tamar dan terlupa untuk memberikannya kepada Hudair r.a. Maka berjalanlah Hudair dengan kesabaran, muhasabah diri dan sentiasa mengulangi zikir ( Subahanallah walhamdulillah walaailahailla Allah wa Allahu akhbar walaahaulawala quwwata illa billah ).

Maka telah datang Jibril kepada nabi s.a.w dan berkata kepadanya : "Sesungguhnya Allah telah mengutuskan aku kepadamu untuk mengkhabarkan bahawa kamu telah memberikan tamar kepada sahabat-sahabatmu dan kamu telah terlupa untuk memberikannya kepada Hudair yang berada dibarisan terakhir" dan berkata Rasulullah s.a.w. : ( Subhanallah..... ) lalu memanggil seorang lelaki dan memberikannya tamar untuk diberikan kepada Hudair r.a. Nabi s.a.w telah berpesan kepada lelaki tersebut apabila tiba di tempat tersebut supaya menjaga apa yang telah diucapkan oleh Hudair r.a dan apabila diberikan tamar tersebut supaya menjaga apa yang telah diucapkan Hudair r.a.

Ketika lelaki itu tiba, dia mendapati Hudair r.a masih mengulangi zikir tersebut dan lelaki itu telah berkata kepadanya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w mengucapkan salam kepadamu dan telah mengutuskan aku kepadamu tamar dan berkata kepadamu : Sesungguhnya aku terlupa akan kamu dan telah diutuskan kepadaku Jibril dari langit untuk mengingatkan aku tentang kamu.

Hudair r.a bersyukur kepada Allah, memujiNYA dan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w seraya berkata : Alhamdulillah tuhan sekalian alam, tuhanku telah mengingatiku dari atas 7 lapis langit dan dari atas ArasyhNYA dan merahmatiku yang lapar dan dhaif, wahai tuhan yang tidak akan pernah melupai Hudair maka jadikanlah Hudair seorang yang tidak akn pernah melupakanMU. Maka baliklah sahabat tersebut kepada Rasulullah s.a.w dan memberitahu apa yang telah didengarnya dan berkata Rasulullah s.a.w :
(( Sekiranya kamu mendongak kepalamu ke langit, kamu akan melihat cahaya kalimahNYA yang cerah di antara langit dan bumi )).


~Jika kita beramal kerana Ramadhan, Ramadhan akan meninggalkan kita. Beramallah kerana Allah, Allah tidak akan pernah meninggalkan kita.~

1 Tinggalan Kata-kata:

LASKAR said...

aslamkum,wr.wb
salam kenal dari indonesia

Related Posts with Thumbnails