Have an account?

Monday, July 19

~Sekilas dipagi yang sunyi~

Assalamualaikum...

Kepada sahabat sahabat semua kita tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan kita jugk tidak boleh mengelakkan diri kita dari melakukan kebaikan...apa yang saya nak bawakan di sini ialah sifat ihsan ..yang mana ia adalah wajib ada pada diri kita semua...adakah kita terlupa kepada mafhum hadith yang mana malaikat jibril berpakaian putih datang kepada rasulullah dan bertanyakan tentang islam, iman dan ihsan....dan lupakah kita tentang sejarah rasulullah berdakwah selama 3 tahun secara sembunyi hanya untuk menerangkan tentang akidah dan ihsan itu sendiri, jadi perkara ini bukan lah satu perkara yang mudah dan enteng bagi kita..

Renungkan lah sedikit madu, semoga ia dapat memaniskan segumpal hati yang masih pahit dengan dosa-dosa, Ku lakukan ini kerana untuk berwasiat kepada diriku dan kepada sahabat-sahabat semua. SEBAIK PEKERJAAN AHLI IHSAN  Sesungguhnya darjat ihsan di dalam ketaqwaan dan pekerjaan dapat meningkatkan masyarakat kesatu darjat yang tinggi dan kami (omar hasim di dalam artikelnya di akhbar ahram.) merumuskan bagi ahli ihsan sebaik pekerjaan mereka ialah:  

1)BANGUN MALAM :

Firman allah swt surah sajadah ayat 16: lambung mereka jauh dari tempat tidurnya ( mereka tidak tidur di waktu biasanya orang tidur untuk mengerjakan solat malam) sedang mereka berdoa kpada tuhannya dengan rasa takut dan harap dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepda mereka. sesungguhnya mereka mengorbankan sedikit masa malam mereka dengan ibadah dan mengurangkan kenyenyakan dan menbanyakkan bangun malam dan beristigfar. ini dapat melembutkan hati mereka yang ego dan kufur nikmat akan rahmat yang allah kurniakan kepada mereka,...malah dapat mendekat kan diri lagi kepada pencipta . 

2) ISTIGHFAR:

Firman allah didalam surah nuh ayat (10-12) :Maka aku katakan kepada mereka mohonlah kempunan kepada tuhanmu, ssesungguhnya Dia maha pengampun. Nescaya dia akan mengirimkan hujan kepada mu dengan yang lebat.Dan allah membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan kebun-kebun dan mengadakan di dalamnya pula untukmu sungai-sungai. dan sabda nabi saw.: Barangsiapa melazimi istighfar. Allah menjadikan baginya daripada setiap kesempitan itu jalan keluar dan melimpahkan rezeki di luar jangkaan manusia. 

3)BERUSAHA DAN BERSEDEKAH KE JALAN ALLAH SWT.

            Selepas mana bangun malam dan beristighfar mereka menginfakkan harta mereka, inilah DALIL menunjukkan ketaatan dan kebenaran iman mereka dan quran telah menerangkan bahagian bangun malam di dalam ayatnya seperti di atas dalam firman allah. Sabda nabi junjungan besar telah menekankan di dalam hadithnya.: Aku (Allah) telah menyediakn bagi hamba yang soleh apa yg tidak penah di lihat oleh mata dan tidak penah di dengar oleh telinga dan tak pernah terlintas di hati manusia. Sabda nya lagi: Sesungguhnya malaikat daripada pintu langit berkata: barangsiapa yang beri hutang (bersedekah) akan dibayar di esok hari(akhirat).. dan maikat lain pulak berkata : berilah orang yang membelanjakan harta ke jalan mu itu ganjaran dan balasan......  

Tiga faktor utama ihsan ini yang menjadikan tajuk masyarakat contoh yang mana masayarakat itu sendiri bertaqwa kepada allah dan berbuat ihsan di dalam muamalat mereka.  namun suka saya membawa kalam dari imam al hafiz al iraqi: Tujuan daripada menuntut ilmu adalah untuk menambahkan hidayah dan menanam keikhlasan berdasarkan hadith rasulullah.: barangsiapa yang bertambah ilmunya tidak bertambah hidayahnya ( amalannnya) maka tidak ditambah daripada allah melainkan hanya jauh daripadaNya.  Apa yang baik itu dapriada allah dan yang buruk dan kurang itu daripada diri saya sendiri. Adakah kita lebih meneliti adakah hati kita dapat memperjuangkan utk melawan nafsu...yang masih lena didalam hati kita...???? 

0 Tinggalan Kata-kata:

Related Posts with Thumbnails