Have an account?

Tuesday, March 16

~(T_T)nilai kasih seorang Ibu~


Sekadar perkongsian kesyukuran~

-------------------------------------------

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron, menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu :
Tolong pergi kedai RM1.00
Tolong jaga adik RM2.00
Tolong buang sampah RM1.00
Tolong kemas bilik RM2.00
Tolong siram bunga RM2.00
Tolong sapu sampah RM2.00



JUMLAH RM15.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berligar-ligar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen, dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - Percuma
Kos berjaga malam kerana menjagamu - Percuma
Kos air mata yang menitis keranamu - Percuma
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - Percuma
Kos menyediakan makan minum, pakaian dan keperluanmu - Percuma

JUMLAH KESELURUHAN NILAI KASIHKU - Percuma

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya sayangkan ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'TELAH DIBAYAR' pada mukasurat yang ditulisnya.

Diriwayatkan seseorang telah bertemu Rasulallah SAW dan bertanya, 'Wahai Rasulallah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dari ku?"Rasulallah menjawab, "Ibu mu (dan diulang sebanyak tiga kali), kemudianayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."

* Dan janganlah kita merasakan bahawa kita telah membalas jasa ibu walaupun kita telah melakukan pelbagai kebaikan kepadanya. Sesungguhnya jasa ibu tidak boleh terbalas oleh kita, sekiranya kita merasakan demikian kita adalah anak yang kurang bersyukur."

Tiada yang lebih gembira bagi ibu bapa melainkan melihat anak2 mereka menjadi anak yang soleh,anak yang sentiasa berakhlak mulia,anak yg santiasa mendoakan mereka,anak yang sentiasa baik dengan kenalan2 mereka,anak yang sentiasa menolong orang lain dan anak yang dapat menyembahyang jenazah mereka nanti..

Al-Fatihah buat ibu2 yang telah kembali kepadaNya.

Wassalam..

2 Tinggalan Kata-kata:

Anonymous said...

post yg menarik..
kisahnye~menarik perhatian..

NuMeeQah said...

terharu membaca huhuhu

Related Posts with Thumbnails