al-Kitab (Quran) dan dirikanlah solat.” (Al-Ankabut, 45)
SUMBER ILMU TERPENTING bagi umat Islam adalah Quran. Kecemerlangan tidak dapat dipisahkan daripada Quran kerana Quran adalah petunjuk. Tanpa petunjuk, manusia akan sesat dan terbabas. Tuhan menjelaskan dalam surah al-Israk ayat 9 yang bermaksud, “Sesungguhnya Quran ini
memberi petunjuk kepada jalan yang lebih lurus (aqwam) dan memberi khabar gembira kepada orang-orang mukmin yang mengerjakan amal salih bahawa bagi mereka ada pahala yang besar.”
Tuhan menyifatkan Quran sebagai petunjuk yang aqwam.
Berhubung dengan ini, di dalam al-Jamik li ahkam
al-Quran, Imam Qartubi berkata, “Kalimat aqwam bermaksud
jalan yang paling benar, paling adil dan paling tepat.”
Justeru, mereka yang menjadikan Quran sebagai sumber
rujukan, kesejahteraan dan ketenangan akan menaungi
mereka.
Quran adalah Peta
Jalan kecemerlangan memerlukan peta. Peta yang umat
Islam perlukan adalah Quran kerana ia adalah peta yang
lengkap lagi selamat. Tidak terdapat se-barang bengkang
bengkok di dalamnya. Tuhan menyatakan dalam surah
al-Kahfi ayat 1 yang bermaksud, “Segala puji bagi Allah
yang telah menurunkan kepada hambanya al-Kitab (Quran)
dan Dia tidak mengadakan sesuatu yang bengkok di
dalamnya.”
Bagi memahami peta ini, umat Islam perlu membaca dan
memahami isi-isi Quran. Dalam surah an-Nisa' ayat 82,
Tuhan menyatakan yang bermaksud, “Apakah mereka tidak
tadabur Quran? Sekiranya Quran itu bukan dari sisi Allah
tentulah mereka akan mendapati percanggahan yang banyak
di dalamnya.”
Berhubung dengan ayat ini, Imam Ibn Kathir di dalam
Tafsir al-Quran al-Azim berkata, “Allah mengarahkan
mereka agar mengamati isi-isi Quran dan melarang mereka
dari berpaling daripadanya. Allah juga mengarah mereka
agar memahami maksud ayat-ayat Quran yang begitu halus
lafaznya serta dipenuhi kebijaksanaan.”
Pada hari ini, sebahagian besar umat Islam menjadikan
Quran sebagai 'kitab berkat'. Mereka hanya membaca Quran
bagi mendapat berkat, tidak lebih daripada itu. Sikap
seperti ini ditegur Tuhan dalam surah al-Baqarah ayat
121. Tuhan menyatakan, “Dan mereka yang telah Kami
berikan Kitab kemudian mereka membacanya dengan bacaan
yang se-benarnya, mereka itulah yang beriman dengannya.
Barang siapa yang ingkar terhadapnya mereka itulah
orang-orang yang rugi.”
Berhubung dengan kalimat 'membaca Kitab dengan bacaan
yang sebenarnya', sahabat Abdullah bin Masud berkata,
“Demi Allah, maksud membaca Kitab dengan bacaan yang
sebenarnya ialah menghalalkan apa yang dihalalkannya,
mengharamkan apa yang diharamkannya, membaca seperti
mana ia diturunkan Allah, tidak mengubah kalam Tuhan
dari tempatnya dan tidak mentakwilkan ayat-ayatnya
secara yang tidak betul.” Perkara ini disebutkan di
dalam al-Asas fit Tafsir oleh Said Hawa.
Antara sebab yang menutup atau menghijabkan hati
individu daripada memahami Quran adalah:
1.Terlampau memberi tumpuan pada huruf, sebutan dan
makhraj.
2.Fanatik terhadap suatu pegangan dan pendapat yang
pernah didengarnya sehingga tertutup hatinya daripada
kefahaman yang lebih mendalam berkenaan Quran.
3.Kekal berada dalam dosa sehingga hatinya menjadi gelap
dan berkarat.
Perkara ini disebutkan oleh Imam Ghazali di dalam kitab
Ihya Ulumuddin.
Fisiologi Quran
Tuhan menjelaskan dalam surah al-Isra' ayat 82 yang
bermaksud, “(Quran) merupakan penawar (syifa) dan rahmat
bagi mereka yang beriman.” Di dalam al-Asas fit Tafsir
oleh Said Hawa disebutkan, “Syifa bermaksud (Quran
adalah penawar) yang dapat menghilangkan syak, nifak,
penyelewengan, kelemahan dan penyakit dalam hati. Quran
juga adalah rahmat yang dapat menghasilkan iman, hikmat
dan kebahagiaan.”
Abdullah bin Masud berkata, “Sesiapa yang menghendaki
ilmu pengetahuan maka hendaklah dia membaca Quran. Di
dalamnya terdapat ilmu orang-orang terdahulu dan yang
kemudian.”
Sahabat Abu Hurairah pula berkata, “Sesungguhnya akan
lapanglah penghuni rumah yang dibaca di dalamnya Quran,
dan akan banyaklah kebajikan di dalam rumah itu dan akan
datanglah para malaikat ke rumah itu dan akan keluarlah
syaitan daripadanya. Sebaliknya, rumah yang tidak dibaca
di dalamnya Quran akan mendatangkan kesempitan kepada
penghuni-penghuninya. Di samping itu, kebajikan akan
berkurangan, para malaikat akan keluar dan syaitan akan
memasuki rumah itu.”
Satu kajian dilakukan oleh Dr. Ahmed el-Kadi dari Klinik
Akbar di Panama City, Florida, “Berhubung kesan
men-dengar bacaan Quran ke atas denyutan jantung,
tekanan darah, tekanan saraf dan otot... Beliau
mendapati, mereka yang mendengar bacaan Quran, termasuk
daripada ka-langan bukan Muslim dan bukan Arab,
mengalami perubahan fisiologi positif di dalam diri
mereka.” Kajian ini dimuatkan dalam Islamic Perspectives
In Medicine oleh Dr. Shahid Athar.
Benarlah sahabat Ali bin Abi Talib apabila beliau
berkata, “Tiga perkara menambahkan kesejahteraan badan
dan menghilangkan kahak iaitu bersugi, berpuasa dan
membaca Quran.”
Quran Hebat
Quran tidak hanya dikagumi oleh orang Islam. Ia juga
dikagumi oleh orang bukan Islam. Sebahagian daripada
mereka yang bukan Islam ini sudah memeluk agama Islam
selepas meneliti dan memahami maksud ayat-ayat Quran.
Dr. Gary Miller adalah pakar matematik di samping
seorang tokoh dalam bidang ilmu teologi Kristian. Pada
tahun 1978, beliau dihadiahkan dengan sebuah Quran
terjemahan dalam bahasa Inggeris. Selepas membaca
ter-jemahan Quran itu, beliau memeluk Islam. Dalam
tulisannya yang bertajuk The Amazing Quran beliau
berkata, “Seperkara yang mengejutkan golongan bukan
Islam selepas mereka mengkaji Quran adalah ia tidak
seperti apa yang mereka jangkakan. Bagi mereka, Quran
adalah sebuah kitab tua yang datang dari padang pasir
Arab dan berumur lebih kurang 14 abad. Justeru mereka
menjangkakan, isi-isinya pasti juga tua lagi kuno
seperti umurnya. Sebahagian daripada mereka pula
menjangkakan, oleh kerana ia datang dari padang pasir,
ia pasti banyak bercerita tentang padang pasir.
Tiba-tiba mereka menyedari bahawa ia tidak seperti
itu....”
Beliau menyambung lagi, “Quran boleh dikaji secara
saintifik kerana ia mengutarakan sesuatu yang tidak
di-utarakan oleh kitab-kitab agama lain secara amnya.
Malah Quran mampu menyahut cabaran ahli-ahli sains.
Konsep sains pada hari ini adalah konsep yang memerlukan
bukti. Apabila seseorang mengutarakan suatu teori,
pakar-pakar sains tidak akan mempedulikannya melainkan
apabila ia disertakan dengan bukti dan sanggup melalui
beberapa ujian saintifik. Quran sebenarnya sanggup
diperlakukan seperti itu bagi membuktikan ia adalah
benar. Seribu empat ratus tahun sudah berlalu dan tidak
ada sesiapa pun yang mampu membuktikan kepalsuan Quran,
justeru Quran adalah se-buah kitab yang hak lagi benar.”
Demikian juga dengan Dr. Maurice Bucaille. Beliau adalah
seorang pakar bedah terkenal di Perancis. Di samping
itu, beliau juga penulis yang hebat. Antara buku beliau
yang terkenal bertajuk La Bible, Le Coran et la Science.
Semasa membicarakan berkenaan Quran dan Bible dalam
konteks ilmu astrofizik, beliau berkata, “Tidak terdapat
sebarang percanggahan antara Quran dan ilmu-ilmu moden
berhubung asal usul kejadian alam. Hal ini perlu
ditegaskan kerana apabila dibandingkan Quran dengan
Kitab Perjanjian Lama atau Old Testament,
kenyataan-kenyataan yang terdapat di dalam Kitab
Perjanjian Lama berhubung isu yang sama adalah tidak
saintifik. Terdapat tuduhan yang mengatakan Muhammad
mencedok dan meniru isi-isi Bible. Tuduhan ini adalah
tidak berasas sama sekali terutamanya apabila berbicara
berkenaan kejadian alam. Tidak mungkin wujud seorang
manusia yang hidup 1400 tahun dahulu dengan sendirinya
mampu membetulkan pandangan-pandangan yang tidak
saintifik pada masa itu dan kemudian membuat
kenyataan-kenyataan yang hanya baru difahami dan dapat
disahkan pada zaman moden ini. (Tambahan dari itu)
kenyataan Quran berkenaan kejadian alam adalah amat
berbeza daripada Bible.”
Pada hari ini, terdapat golongan tertentu di barat yang
ingin menyesatkan umat Islam daripada Quran. Mengikut
Harian Metro bertarikh 26 Januari 2005, terdapat sebuah
kitab bertajuk The True Furqan yang diterbitkan di
Amerika cuba menyaingi kitab suci Quran. Ia bertujuan
memperdayakan umat Islam. Ia mempunyai 77 surah.
Antaranya surah al-Mahabbah, al-Maseeh, al-Salib dan
al-Injil. Perbezaan besar antara kitab ini dengan Quran
adalah, Quran adalah wahyu yang diturunkan melalui
Jibril kepada Nabi Muhammad sebelum ia ditulis.
Sedangkan kitab The True Furqan adalah tulisan manusia
biasa yang bernama Saffe, Mahdy, al-Saffee dan al-Mahdy.
1 Tinggalan Kata-kata:
info menarik...syukran.
Post a Comment