Have an account?

Thursday, April 8

Sabar amat pahit dirasai tetapi hasilnya manis sekali

Sabar merupakan satu ungkapan yang mudah disebut tetapi sukar
dilaksanakan. Namun demikian sabar boleh dilatih dan diajar pada jiwa yang agresif, keluh kesah dan pemarah dengan mengingati Allah dan berzikir selalu.

Firman Allah:
‘Sesungguhnya dengan mengingati Allah itu dapat menenangkan hati.’
(Surah Al-Ra'dhu: 28)

Dari hati yang tenang akan menjadikan seseorang itu sabar. Firman Allah:
‘Maka sabar olehmu bahawa kesabaran merupakan suatu yang indah.’
(Surah Al-Maarij: 5)

Pada ayat yang lain Allah berfirman:
‘Dan sekiranya kamu bersifat sabar itulah kebaikan bagi orang-orang yang
bersabar.’
(Surah Al-Nahl: 126)


Sabar amat pahit dirasai tetapi hasilnya manis sekali. Itulah ungkapan
yang sering didengar saban hari, namun manusia selalu kecundang di
sebaliknya. Di sini kita perlu ingat sejarah perjuangan Rasulullah. Baginda telah membuktikan bahawa kejayaan baginda adalah berbekalkan kesabaran yang kuat sehingga golongan kafir Quraish menerima Islam kerana terpikat dengan kelembutan dan kesabaran baginda. Hal ini telah dibuktikan dalam sejarah pejuangan baginda dan kisah-kisah yang menjadi contoh kepada kita. Salah satu dari kisah tersebut adalah seperti berikut:

Sebelum memeluk agarna Islam Zaid bin Salanah telah datang menagih
hutang kepada Rasulullah secara kasar iaitu dengan memegang bahu dan
menarik baju Rasulullah serta meluahkan kata kata, "Kamu bani Abdul mutalib yang sukar membayar hutang", lantas Zaid diherdik oleh Saidina Umar dengan mengeluarkan kata-kata yang kasar. 

Rasulullah tersenyum kemudian berkata,
"Antara aku dan Zaid bukanlah cara begini kau lakukan wahai 'Umar. Sepatutnya kamu menyuruh aku supaya menjelaskan hutang dengan baik, dan kamu menasihati Zaid supaya menerima penjelasan hutangnya dengan kemudian Rasulullah menjelaskan keadaan sebenar dengan katanya,"Sesungguhnya baki dari hutang itu tiga cupak lagi", lalu Rasulullah menyuruh Umar membayar dan diganda selain dari hutang itu dua puluh cupak lagi.

Peristiwa itu meninggalkan kesan yang mendalam dijiwa Zaid serta menjadi impian untuk mendekati Rasulullah. Akhirnya impian itu menjadi satu dorongan yang membawa Zaid menerima Islam. Setelah berada dalam agama Islam, beliau menjelaskan bahawa kesabaran dan kelembutan Rasulullah itulah yang memadamkan segala api kemarahan yang akhirnya membawanya untuk bersama Rasulullah. (Rujuk Abdul Hakim Al-Sayid 'Autlah. 1984. hlm. 60)

Dari kisah di atas didapati sikap yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. itu adalah lambang kernaafan, lemah lembut, serta bejiwa damai. Seterusnya sikap tersebut menberi kesan yang besar dalam perkembangan dakwah Islam. Bagi kita sebagai umat Islam sifat tersebut adalah sebaik baik contoh untuk diteladani dan diikuti kearah pengukuhan ummah.

0 Tinggalan Kata-kata:

Related Posts with Thumbnails