Have an account?

Wednesday, July 14

~Kepimpinan dalam Kehidupan~





Pemimpin pada pandangan Islam adalah bukan sahaja mereka yang bertanggunggjawab menjalankan urusan pentadbiran seharian dengan baik dan cemerlang tetapi ia adalah manusia contoh kepada orang lainserta simbol kepada organisasi di dalam semua gerak-gerinya, perkataan, perbuatan dan tindakan sentiasa menjadi perhatian kepada pengikut dan lawan.
Kepimpinan adalah seni muamalah yang bertabiatkan kemanusiaan yang mampu mempengaruhi manusia ke arah matlamat yang di halakan, oleh yang yang demikian ianya boleh membentuk serta mewarnakan suatu kepatuhan, kepercayaan dan penghormatan yang sejati terhadap kepimpinan. Namun begitu potensi-potensi yang lain mestilah di ambil kira untuk melengkapkan dan menyempurnakan lagi sifat-sifat kepimpinan yang telah tersedia seumpama kelengkapan dan persediaan kerohanian, jasmani, akhlak, peribadi serta berkemampuan dari sudut organisasi.




Sifat-sifat Utama Seorang Pemimpin


1. Mengenali Dakwah

Pengenalan yang tulin terhadap dakwah membolehkan pemimpin tersebut bergerak cergas mengurus urusan-urusan persatuan, membuat pengarahan dan teliti dalm setiap kerja dan tindakannya. Jaminan terhadap kejayaan setiap pemimpin ialah apabila mereka dapat bersebati dengan manhaj dakwahnya serta anggota-anggota gerakannya tidak terpisah dan terpencil.

Firman Allah swt.:





قل هذه سبيلى ادعو الى الله على بصيرة أنا و من اتبعنى

2.  Ikhlas kepada Allah swt.

Pemimpin yang mempunyai keikhlasan sejati kepada Allah swt. Akan bertahan lebih lama dalam menghadapi cabaran, mehnah dan petaka. Mereka mestilah mempunyai hati yang sejahtera dari penyakit yang boleh merosakkan zat amalan.


3Memberi perhatian kepada perpaduan dan anggota

Pemimpin berkewajipan memberi perhatian kepad anggota-anggotanya benar-benar mengenali pemimpin mereka (dari sudut peribadi atau umum) bersama-sama di waktu suka dan duka serta cuba menyelesaikan permasalahan mereka. Ini dapat membantu ke arah pengawalan yang baik terhadap mereka seterusnya pemimpin dapat mengambil manfaat daripada tenaga dan kemampuan mereka. Cara yang demikian, akan dapat mengekalkan perpaduan organisasi dengan berterusan.

قال تعالى :  لقد جاءكم رسول من انفسكم عزيز عليه ما غنمتم حريص عليكم بالمؤمنين رؤف الرحيم                    

(التوبة127)
4. Mempunyai pandangan yang tajam.

Kemampuan pimpinan dalam membaca sesuatu isu atau permasalahan dan dapat membuat penilaian dengan cepat dan tepat serta mampu mengambil keputusan yang tegas dalam pelbagai situasi dengan ini akan melahirkan kepercayaan serta penghargaan anggota persatuan kepada pimpinannya. Sebaliknya sikap teragak-agak,celaru, kaget dan tepinga-pinga akan melemahkan organisasi dan akan hilang kepercayaan daripada anggota.


5. Mengenali diri

Diantara kewajipan pemimpin ialah mengetahui sudut-sudut kekuatan dan kelemahan yang ada pada dirinya. Jika tidak ianya boleh menyebabkan berlakunya pelbagai permasalahan dan pelbagai kemudharatan di dalam persatuan. Pemimpin hendaklah mengetahui kelemahan dirinya dan berusaha untuk mengatasinya dan meneliti sudut-sudut kekuatan terbentuk di dalam dirinya serta berusaha mempertingkatkannya juga berusaha menambah pengetahuan am, tumpuan dan perhatian di dalam kehidupan harian.


6. Tauladan yang baik

Setiap individu persatuan sentiasa mendongak memerhati kepada pimpinannya sebagai contoh yang terbaik untuk diteladani. Maka setiap tingkah laku pimpinan mempunyai pengaruh dan kesannya yang amat besar kepada persatuan, di mana Rasulullah adalah sebaik-baik contoh kepada umat Islam keseluruhannya.

7. Memiliki daya tarikan

Ia adalah satu sifat tabie' yang sekiranya ia ada pada diri pemimpin, dapat menarik manusia (mad'u) kepada Islam tanpa usaha yang terlalu banyak. Sesungguhnya ia adalah unsur pembentukan keperibadian pimpinan yang paling kuat.



Di atas kemampuan dan kesedaran pemimpinlah maka setiap persatuan akan bergerak, bekerja dan seterusnya menghasilkan natijah. Sebaliknya kelemahan, kecuaian, dan sikap negatif larut dalam diri pemimpin maka ia akan mengheret persatuan keseluruhannya ke arah kemunduran dan akhirnya hancur lenyap.

1 Tinggalan Kata-kata:

Nunady said...

Salam . Pemimpin sekarang tak macam dulu pada zaman Nabi . Di mana , Rasulullah sebagai pemimpin yang sangat jarang2 ditemui pd zaman kini dan pada zaman khalifah Abu Bakar , Uthman , Ali ,Umar ... mereka sangat profesional ..kini , pemimpin banyak merebut status dan kuasa untuk 'menakluk'.

Related Posts with Thumbnails