Have an account?

Wednesday, April 21

“Apakah yang terpanjang , yang terpendek dan tersangat perlahan."

   Barangkali kita pernah mendengar pepatah ini “Apakah yang terpanjang , yang terpendek dan tersangat perlahan." Kita semua tidak mengendahkannya , tetapi selepas itu kita semua menyesalinya ? Tiada apapun yang dapat dilakukan tanpanya . Ia menelan segala  yang membina segala yang besar? Itulah masa !

 Masa adalah yang terpanjang kerana masa adalah ukuran keabadian. Masa adalah yang tersingkat kerana tiada seorang pun di antara kita yang mempunyai masa yang cukup untuk menyiapkan atau menyempurnakan tugas kehidupan. Tiada apapun yang dapat dilakukan tanpanya, kerana masa adalah satu-satunya tugas kehidupan kita. Masa adalah unsur asas bagi pembentukan kehidupan ! Masa menelan semua yang tidak berfaedah daripada generasi dalam bentuk kelalaian dan mengekalkan semua yang hebat dan berharga.

Pertama :
  Manusia yang malang , yang murung atau pasif yang selalu melakukan sesuatu memulakan sesuatu pada keesokannya atau dengan perkataan lain suka bertangguh.
  
Kedua    : 
  Kumpulan manusia yang hebat dan bersedia melakukan sesuatu yang berfaedah dengan segera. Bagi mereka tiada hari esok.

    Membuang masa bukan hanya satu jenayah biasa. Sebaliknya satu pembunuhan kejam !! Jika kita mesti membuang masa mengapa tidak kita berkata “Saya tidak ada masa’’ Samalah maknanya berkata “Ada perkara lain yang lebih penting bagi saya ’’

     Pengertian masa bagi sebahagian manusia ialah ketika peluang datang mencurah-curah. Mereka sangat menekankan jangkaan masa yang baik. Bagi setengah manusia lain masa hanyalah ukuran  atau pengukur saat samada pada jam ataupun kalendar, mereka hanya mempunyai satu demensi satu jangkamasa yang tertentu iaitu konsep masa yang cetek. Tidak ada sebarang penemuan agung dicipta oleh mereka yang menekankan konsep ini. Konsep tersebut adalah suatu tragedi pemusnahan inisiatif, melemahkan dorongan kreatif dan tidak meninggalkan apa-apapun untuk mengisi masa yang diberikan padanya. Jika dia diberi masa satu minggu untuk menyempurnakan satu tugas, ia akan mengambil masa selama satu minggu. Jika ia diberi masa sepuluh hari untuk menyiapkannya,ia akan mengambil masa selama sepuluh hari jua. 

     Akhir sekali kita mempunyai individu-individu yang memahami makna kehidupan dengan memberikan kualiti yang tinggi dan mendalam pada masa. Bagi mereka konsep masa tidak lagi terpenjara oleh jam dinding atau dibelenggu oleh kalender. Penyermpurnaan tanggungjawab mereka ditentukan oleh semangat dedikasi dan minat yang mendalam, bukan oleh jam atau minggu. Mereka bersegera menuju ke matlamat kejayaan dengan semangat yang kuat dan tidak terikat pada kongkongan masa. Hati mereka bertanggungjawab pada amanah dan tugas yang mereka cintai dan kerja mereka adalah suatu tugas yang dilakukan oleh dorongan yang kuat ke arah mencapai matlamat.

I   - Gunakan masa untuk berfikir, masa adalah sumber kekuatan.
Ii  - Gunakan masa untuk beriman, masa adalah tangki bekalan untuk sentisa kelihatan muda dan sihat.
Iii – Gunakan masa untuk membaca, masa adalah asas kebijaksanaan.
Iv – Gunakan masa untuk mendirikan solat, masa merupakan kekuatan yang besar di muka bumi ini.
V  - Gunakan masa untuk mengasihi dan dikasihi. Kemanan adalah kasih sayang dan.
Vi  - Gunakan masa untuk menjalinkan persaudaraan, masa adalah jalan menuju kebahagiaan.
Vii – Gunakan masa untuk bersedekah, hidup adalah terlalu singkat untuk membentuk diri sebagai seorang yang kedekut.

Wassalam...



2 Tinggalan Kata-kata:

Anonymous said...

apa yg dimaksodkan dgn masa itu sgt perlahan?

Ridzuan said...

salam..bagi ana..masa itu sangat perlahan bg mrk yg sntiasa mngisi dan memenuhi masanya dgn perkara2 yg lalai dan tidak brfaedah..shinggakan mereka tidak sedar akn apa yg mrk lakukan..masa disangka bredar dgn cepat bg mrk2 yg beriman..mrk mrasakan masa bgitu laju utk mereka melakukan amal kpd Allah..sbb itu ada hadis mnyebut..Umat Islam akn dmasukkan dlm hati2 mrk..sifat "Al-wahnu"..iaitu cintakan dunia dan takutkan mati..manusia skrang klau boleh nk prlahan kan masa..dan hidup lebih lama di dunia ini..mrk lebih cintakan dunia dri kehidupan sebenar di Akhirat..stakat ini jwapan dri hamba yg fakir~..Wassalam..ada nk tmbah pape bgtau ya..

Related Posts with Thumbnails