Have an account?

Sunday, June 20

"Nikmat itu Umpama Binatang Buas Hendaklah Diikat Dengan Tali Syukur"

Setiap Muslim nescaya yakin sepenuhnya bahawa kurnia Allah yang terbesar di dunia ini adalah agama Islam. Seorang Muslim akan sentiasa bersyukur kepada Allah, yang telah memasukkannya ke dalam kelompok umat Muhammad Rasulullah saw, dan yang telah memberikan kepadanya kurnia Islam. Allah sendiri telah menyatakan Islam sebagai kurniaNya yang terbesar yang diberikanNya kepada hamba-hambaNya, sebagaimana disebutkan dalam al-Qur'an:

... Pada hari ini, telah Ku-sempurnakan untuk kamu agama-mu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah , Ku-redhai Islam itu agama bagimu ..."
(Al-Quran al-Maidah, 5 :3 )


KENAPA SEORANG MUSLIM BERBEZA DARI SEORANG KAFIR?

Saudara-saudara sesama Muslim. Setiap Muslim percaya bahawa seorang Muslim lebih tinggi darjatnya daripada seorang kafir. Allah senang terhadap seorang Muslim dan benci kepada orang kafir.Seorang Muslim akan memperoleh keselamatan dari Allah, sedangkan seorang kafir tidak. Seorang Muslim akan, masuk ke Syurga, dan seorang kafir akan masuk ke neraka. Marilah kita fikirkan sedalam-dalamnya, mengapa ada perbezaan yang begitu besar antara seorang Muslim dan seorang kafir. Padahal seorang kafir juga adalah dari keturunan Adam, seperti kita semua. la juga seorang manusia, seperti kita semua. la juga punya tangan,.kaki, mata dan tangan, seperti kita semua. Dan sebagaimana kita semua, ia pun bernafas dengan udara yang sama, minum air yang sama, dan hidup di bumi yang sama. Allah yang menciptakan kita, adalah PenciptaNya juga. Maka,kenapakah darjatnya rendah dan darjat kita tinggi? Mengapa kita semua nanti akan masuk syurga dan dia masuk neraka?

Monday, June 14

Keduniaan yang Merugikan Akhirat


Bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana melahirkan kita ke alam dunia yang fana ini. Kita dihidupkan dan insyaAllah akan dimatikan dengan izinNya. Kita dipinjamkan jasad dan nyawa untuk beberapa ketika yang diizinkan yang kita sendiri tidak mengetahui kecuali diriNya. Hidup kita mengikut apa yang disabdakan oleh Baginda Rasul sebagai seorang pengembara yang sedang dalam perjalanan ke suatu destinasi yang jauh dan memerlukan banyak bekalan. Tentunya dalam perjalanan itu banyak halangan dan gangguan yang boleh menjejaskan matlamat untuk ke destinasi. Pengembara yang bijak tidak akan terpengaruh dengan keseronokan dan kebahagiaan sementara yang ditempuh dalam perjalanan kerana dia tahu bahawa dia sebenarnya adalah warga satu alam lagi. Manakala pengembara yang lupa daratan akan menikmati sepuas-puasnya apa sahaja yang ditempuh; seolah-olah iniah dunianya sehingga terlupa matlamat asal untuk menuju ke dunianya yang sebenar. Mereka terpedaya dengan kemanisan dunia dan menyangkakan apa yang dipungut itulah BEKALAN. 

Monday, June 7

~Kembara mencari Iman~




Beriman kepada Allah taala ertinya beri'tikad dengan tegasnya bahawa Allah ialah "رب"  yang memiliki dan menciptakan segalanya-galanya. Dialah tuhan yang berhak diibadatkan dengan ikhlas seperti melakukan ibadah solat, puasa, doa, mengharap rahmatnya, takut kepada azabNYA, menyerah diri kepadaNYA dan DIAlah tuhan yg bersifat dengan segala sifat kesempurnaan dan suci bersih daripada segalan kekotoran.




Beriman kepada Allah mengandungi 3 bahagian tauhid :
1) Tauhid Rububiah.
2) Tauhid Uluhiah.
3) Tauhid Asma' dan Sifat.
Pengertian beriman kepada ketiga-tiga bahagian tauhid ini ialah beri'tikad dengan keesaan Allah taala pada rububiahNYA, Uluhiah dan sifat2NYA yg sempurna dan nama2NYA yg sempurna. Seorang hamba tidak menjadi mu'min sehingga dia beri'tikad bahawa Allah adalah tuhannya, pembela dan pengurus bagi segala sesuatu, bukan yang lain drpdNYA. Dialah tuhan yg berhak disembah, Maha Sempurna pada sifat2 dan nama2NYA.
Tidak kira beriman jika bertasdiq pada Allah pada masa yang sama bertasdiq pada benda lain( taghut ).




Related Posts with Thumbnails