Have an account?

Thursday, February 25

“Menanti penuh kerinduan"


Salam dan selawat buatmu duhai kekasih Allah
12 Rabiulawal - Maulidurrasul

***************


Mama, kenapa baba tak pergi kerja?

Hari ini cuti sayang.

Kenapa cuti mama? Hari ini hari Jumaat kan?

Ya, hari ni hari Jumaat. Tetapi hari ini cuti sambutan Maulidurrasul.

Maulidur... maulidusul...?? apa tu mama?

Maulidurrasul sayang. Maulidurrasul tu hari kelahiran nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW. Iman ingat lagi mama pernah cerita kisah Nabi Muhammad?

Nabi Muhammad al-Amin, ya mama?

Ya.

Ooo.. Nabi Muhammad al-Amin yang lahir pada tahun gajah ye mama? Nabi Muhammad lahir tanpa baba dan mama dia kan. Dia anak yatim yang mulia kan mama?

Ya, sayang. Nabi lahir pada 12 rabiulawal tahun gajah. Hari ini adalah 12 rabiulawal mengikut kalender hijrah. Hari ini kita patut banyakkan selawat kepada nabi kita. Banyakkan mengingati baginda dan ajaran-ajaran yang baginda ajarkan kepada kita. Apa yang nabi ajar kita, sayang?

Hmmmmm.... Nabi ajar kita sayang mama dan baba kan? Nabi ajar makan dengan tangan kanan dan baca bismillah. Nabi ajar hormatkan orang yang lebih tua macam atuk dan uwan. Nabi ajar baca doa sebelum tidur. Lagi.... banyak lah mama... Haa! Satu lagi, nabi ajar jadi anak yang soleh dan taat pada Allah, Rasul dan ibu bapa.

Pandai anak mama..! Iman ingat macamana nak selawat kepada nabi?

Tak ingatlah mama...


Sunday, February 21

"Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut"


"Assalamualaikum w.b.t..


Semoga kita insaf dan menjadi ia satu pengajaran. InsyaAllah...

Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku ditempatkan di sini.

Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah, lalu bertembung dengan lori balak.Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.


Pandanganku kabur. Tidak dapat kupastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dadaku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh. Nafasku sesak.



Tiba-tiba tanganku dipegang kuat. "Mengucap sayang.... mengucap........ Asyhaduallailahaillallah........." Ucapan itu dibisikkan ke telingaku disertai dengan tangisan. Itu suara ibu. Manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu. Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai. "Tenat", jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang, jangan berserah kepada takdir sahaja. Kita perlu usaha."

Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah? Datanglah ke sini, aku ingin berbicara denganmu. datanglah..... Tapi mataku.......semakin gelap. Adakah aku sudah buta? Tidak!!!! Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik, banyak-banyak ingatkan Allah." Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan,abang. Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku. "Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara doktor.!

Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu,kau hanya mampu menangis saja dan bila tiba saatnya, kita akan berpisah. Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu,selamatkanlah daku. "Yassin......".bacaan yassin terngiang-ngiang di telingaku. Aku tahu itu suara abang. Tetapi kenapa aku diperdengarkan dengan suara itu???
Apakah aku sudah menghampiri maut??????? Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut. "Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut".
Tapi rintihan ku tidak dipedulikan. Apa mereka semua sudah pekak? Aku dilambung resah, gelisah dan penuh kesah.! Keluhan dan rintihan "Panas, dahaga,haus, panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli.

Nenekku datang, "Nenek...........". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".

"Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya." Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi."

"Ayah.......kau datang ayah......." "Matilah dalam agama yahudi anakku. Matilah dalam agama nasrani. Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga".

"Mengucap sayang,mengucap. Asyhaduallailahaillallah......". Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu. Tapi lidahku sudah menjadi kelu. Manusia-manusia berjubah hitam datang. "Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau, katanya "Mari ikut kami". Cahaya putih datang.

Datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning. Cahaya merah datang. "Apa ini, apa ini? Akulah sakaratul maut.......!!!!!!".

Kedinginan menjalar, merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku diselimuti sejuk dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan Allah......." Aku tersentak. Roh kuberselerak di dalam tubuhku.Lalu, nnalillahi wainnailaihi rajiuun....
Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya. Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku, seperti bau sampah yang amat busuk.

"Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini? Ah, busuknya, hanyirnya, hancingnya......". "Assalamualaikum......" "Siapa yang memberi salam itu?" "Aku" "Kau siapa wahai pemuda???"

Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku. Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh, sekotor dan sebusuknya di dunia ini. Rambutnya yang tidak terurus, baju yang dipakai berlumut hijau, kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi, dari lubang hidung, telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar. Tanpa dipedulikannya...... jijik, loya, aku rasa........teramat loya melihatnya.

"Kau tak kenal aku?" "Tidak," jawabku tegas. Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini. "Aku sahabatmu, kau yang membuat aku hari-hari." "Bohong!" Aku menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni wad ini mendengarnya. "Aku tak kenal engkau! Lebih baik kau pergi dari sini." "Akulah amalanmu yang keji.........."
Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi. Ya! aku teringat kini, semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan dijelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh..Tuhan,aku banyak dosa. Aku memang lalai, cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan. Solatku kerana kawan, dan bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulanku bebas, tak kenal muhrim ataupun tidak. Tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat. Apa yang aku harus lakukan!!!!!

Surah yassin yang abang pegang diletakkan di atas dahiku. Aku melihat kak long dan kak ngah menangis. Aku juga lihat mata abah bengkak.Tiba-tiba badanku di sirami air. Air apa ini????? "Tolong....sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus. "Tolong jangan tekan perutku dengan kuat, sakit!!!!" Kenapa ramai orang melihat aku??? "Aku malu.....malu.....malu......!!!!!!". Aku diusung ke suatu ruang. Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu. Kapas dibubuh di celah-celah badanku. Lalu aku dibungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti, tunggu!! Jangan bungkus aku. Kenapa kalian semua buat aku macam ini? Tolong... rimas.... panas........"

Kemudian aku diletakkan di suatu sudut. Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama. Tapi kenapa aku disembahyangkan? Bukankah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir, ruku', sujud dan tahiyyat.

Aku diangkat perlahan-lahan kemudian diletakkan di dalam kotak kayu. "Kotak apa ini?" Aku diusung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. Aku diusung setapak demi setapak. "Al-Fatihah!" Kedengaran suara tok imam. Kelihatan ibu, kak long, kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang tapi ke mana dibawanya aku?..

Nun jauh di sana, kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya? Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan, kelihatan satu liang yang bersaiz dengan jasadku. Beberapa tangan memegangku dan aku diturunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan", aku terdengar suara tok imam memberitahu. "Tolong keluarkan aku dari sini! Aku seram!!!"

Kini aku berada di dalam liang sedalam enam kaki. Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku. "Tanah apa ini?" "Aduh sakitnya badanku ditimbusi tanah". "Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita kembali".

Kedengaran bacaan talkin dari tok imam. "Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar, siratul mustaqim itu benar, syurga dan neraka itu juga benar........".
Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin, tetapi makin lama makin hilang. Pandanganku makin lama makin kabur dan terus tidak kelihatan. Tubuhku terasa telah ditimbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang dilemparkan ke atas ku. Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan....... (T_T)


Wassalam...


Sunday, February 14

VALENTINE DAY

~A PRISON FOR OUR MIND~

Paderi St. Valentino merupakan seorang paderi utama yang hidup pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dan merupakan antara orang terpenting yang menjatuhkan dan menzalimi umat Islam Cordova, Sepanyol pada zaman lampau.

Rasulullah lahir pada 12 Rabiulawal manakala tarikh kejayaan St. Valentino dan konco-konconya menawan Cordova daripada umat Islam ialah pada 14 Februari. Tetapi apa yang peliknya terutama di kalangan umat Islam sendiri, tarikh 14 Februari lebih senang untuk diingati berbanding 12 Rabiul Awal itu sendiri.

Setiap tahun 14 Februari diingati sebagai Hari Kekasih yang di kalangan sesetengah umat Islam amat rugi jika dilupakan. Hari ini ia disambut lagi dengan pelbagai acara yang dianggap oleh pasangan kekasih paling istimewa. Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga dan sebagainya. Ada pula yang berpendapat, Hari Mengingati Kekasih juga adalah untuk mengingati orang lain yang dikasihi selain kekasih seperti ibu bapa dan sebagainya.

Misalnya, di Sarawak, media-media tempatannya juga tidak terkecuali. Tanpa mengira sama ada sidang pengarangnya terdiri daripada umat Islam atau tidak, ada media yang mengucapkan Selamat Hari Valentine, menganjurkan Pertandingan Hari Valentine malah ada juga media Melayu tempatan yang menganggap Hari Valentine sebagai legenda pada tajuk salah satu rencananya. Malah ada juga media elektronik yang mewujudkan satu program hiburan sempena Hari Valentine.

Siapakah sebenarnya orang yang bernama Valentine ini sehingga diangkat begitu agung sekali dan di kalangan umat Islam sendiri popularitinya melebihi Rasulullah.

Pensyarah Perbandingan Agama, Akademi Islam, Universiti Malaya, Khadijah Mohd. Hambali berkata, Valentine atau nama sebenarnya St. Valentino merupakan seorang paderi paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Pope. Kaitannya dengan Hari Valentine yang disambut oleh masyarakat dunia hari ini termasuk di kalangan umat Islam sendiri mempunyai dua versi.

Versi pertama ialah dia merupakan orang terpenting Ratu Isabella yang berperanan menumpaskan kerajaan Islam Cordova, Sepanyol. Jasanya itu dianggap oleh Ratu Isabella sebagai amat bermakna sehingga Valentino dianggap kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum di samping hari untuk merayakan kemenangan tersebut setiap tahun sekaligus mengenangnya sebagai mengingati St. Valentino sebagai rakyat Cordova.

Sehingga ke hari ini, peristiwa kemenangan St. Valentino tersebut terus diingati dan rakyat Cordova mengingatinya semula dengan melakon semula kejayaan tentera Ratu Cordova Isabella itu. Menurut versi kedua pula, St. Valentino sebelum kejayaan itu dikatakan mempunyai dua orang kekasih.

Kekasih pertama dikatakan beragama Islam manakala yang kedua beragama Kristian berfahaman Protestan. Oleh kerana lain agama, St. Valentino terpaksa melupakan kekasih pertama dan menumpukan perhatian kepada kekasih kedua. Apabila ditanya Ratu Isabella apakah bentuk ganjaran yang boleh dikurniakan berikutan kejayaannya mengalahkan umat Islam, St. Valentino terus menyatakan yang dia ingin berkahwin dengan kekasih keduanya itu.

Ini terus menimbulkan kegemparan di kalangan rakyat Cordova sendiri kerana Valentino merupakan paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan sementelahan lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Ratu Isabella pula dikatakan murka dengan hasrat St. Valentino lantas memenjara sementara paderinya itu. Begitupun, baginda tetap mahu cuba mengingati jasa paderinya itu dengan menetapkan 14 Februari sebagai Hari Mengingati Kekasih yang diuntukkan khas untuk St. Valentino sendiri.

Berdasarkan kedua-dua versi itu, apakah asas yang kukuh sehingga umat Islam sendiri menganggap Hari Valentine itu begitu istimewa lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan yang mulia yang telah pun berlalu. Atau pun, kita hanya mengikut budaya Barat secara membuta tuli sedangkan tidak mengetahui siapakah sebenarnya St. Valentino itu. Jika pun ingin mengingati seseorang yang dikasihi (isteri, bukan kekasih) atau orang-orang yang disayangi yang lain, tidak semestinya ia disambut pada setiap 14 Februari sahaja, malahan tiap-tiap hari dalam setahun.

Sambutan boleh juga dijalankan pada setiap kali tibanya hari kelahiran orang-orang yang disayangi melalui acara-acara yang lebih diredai seperti berkenduri doa selamat atau sebagainya. Bukankah Rasulullah sepatutnya lebih diingati setiap tahun kerana bagindalah manusia yang paling mencintai umatnya dan akan memberikan kepada kita semua 'Syafaat' di hari kemudian.


~Minda kita telah dikuasai oleh golongan elit yang berhati syaitan~


~BEBASKAN MINDA KITA~


Thursday, February 11

Indahnya kalamMu Ya Allah..

video

Dari Abu Musa al-Asy'ari r.a., bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda padanya:
"Sesungguhnya engkau telah dikarunia - oleh Allah - mizmar -yakni seruling - dari mizmar-mizmarnya keluarga Dawud."* (Muttafaq 'alaih)

Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda padanya:
"Alangkah gembiranya hatimu, jikalau engkau melihat bahwa saya mendengarkan bacaanmu - akan al-Quran - tadi malam."

Imam as-Syafi'i rahimahullah berkata:Artinya bertaghanni ialah memperbaguskan suara dan melemah-lembutkannya - atau mengiramakan bacaan al-Quran itu." Uraian sedemikian ini disaksikan pula dengan Hadis lain, yaitu:

- yakni: Hiasilah al-Quran itu dengan suara-suaramu. Menurut bangsa Arab, setiap orang yang mengeraskan suaranya dan mengiramakannya, maka suaranya itu dapat disebut ghina'.

Maksudnya bahwa bacaan Abu Musa r.a. itu amat indah dan baik sekali. Kata mizmar atau seruling dijadikan sebagai perumpamaan untuk bagusnya suara dan kemanisan iramanya, jadi diserupakan dengan suara seruling. Dawud adalah seorang Nabi 'alaihis-salam dan beliau ini adalah sebagai puncak dalam ke-bagusan suaranya di dalam membaca.


Sekadar perkongsian..(^_^)

Dari al-Bara' bin 'Azib r.a., katanya: "Ada seorang lelaki membaca surat al-Kahfi dan ia mempunyai seekor kuda yang diikat dengan dua utas tali, kemudian tampaklah awan menutupinya. Awan tadi mendekat dan kuda itu lari dari awan tersebut. Setelah pagi menjelma, orang itu mendatangi Nabi s.a.w. menyebutkan apa yang terjadi atas dirinya itu. Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Itu adalah sakinah* - ketenangan yang disertai oleh malaikat - yang turun untuk mendengarkan bacaan al-Quran itu." (Muttafaq 'alaih)


Wassalam..

Monday, February 8

Terima Kasih Allah

video


Apa yang memang menjadi hak kita di dunia, pasti akan Allah tunaikan. Namun apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan mungkin kita miliki, walaupun ia mungkin telah menghampiri kita, walaupun kita telah bermati-matian mengusahakannya. Seorang mukmin tidak akan bersedih ketika ditimpa musibah, malapetaka, dan sebagainya. Tetapi dia bersyukur kepada Allah dan menjadikan musibah itu sebagai peringatan dari Allah terhadap dirinya.

Oleh itu, bila seorang mukmin merasa sedih ketika ditimpa musibah, maka dia bukan mukmin sejati. Sebab, apa pun musibah yang menimpa seorang mukmin, selalu menguntungkan dirinya, sebagaimana sabda Rasulullah dalam sebuah hadis: Sungguh menakjubkan! Urusan orang mukmin selalu menjadi hal yang menguntungkan bagi dirinya. Dan yang demikian itu hanyalah dialami oleh seorang mukmin.

Seorang mukmin bila ditimpa kesusahan, dan dia mengingat Allah, dengan jalan itulah dia akan memperoleh jalan penyelesaian yang terbaik. Dia tidak merasa tekanan batin dalam bentuk apapun, kerana penderitaan yang paling berat sekalipun, pasti ada jalan penyelesaiannya. Seorang mukmin adalah selalu mengingati Allah dalam keadaan ditimpa penderitaan yang amat sangat sekalipun, baik dengan mengucapkan tasbih, takbir, istighfar, doa mahupun dengan membaca Al-Quran, sehingga membuat jiwanya bersih, bening, perasaannya tenang dan tenteram.

Rasulullah SAW pun bersabda: “Ingat akan Allah adalah penawar kalbu,” diriwayatkan oleh Ad-Dailami oleh Anas.

Maka wahai jiwa yang sedang gundah berduka lara, dengarkan firman Allah SWT; “ Boleh jadi kalian membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian. Allah Maha Mengetahui kalian tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah 216)

Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa yang berpanjangan terhadap apa-apa yang terlepas dari genggamanmu, dari dakapanmu. Kita lihat di sekeliling kita, kemudian cerminlah diri sendiri. Andai kita tidak kenal siapa yang ada di dalam cermin itu, mulai hari ini ada baiknya kita mulakan mencari diri sendiri!

Manusia yang mulia adalah yang menyedari dengan sepenuh hati bahawa dia hanyalah hamba, benar-benar hamba, dalam pengertian hamba yang sebenar-benarnya, baik secara teori mahupun praktikal. Dia hanya berfikir bagaimana memberikan yang terbaik bagi kehidupan ini, semata-mata mengharap cintaNya, keredhaanNya, dan lebih dari itu kerana dia mencintai Allah, terpesona kepada keindahan Maha Pencipta, mabuk kepayang dengan ‘kecantikan’ Maha Pemurah.

Andai ternyata keinginannya tidak selari dengan keinginan Allah SWT, ternyata apa yang diharapkannya esok hari tidak menjadi nyata, malah yang terjadi adalah sesuatu yang sebaliknya, maka kita mesti tetap ikhlas! Kita menerima semuanya dengan senyum yang mengembang, dengan redha yang tidak terhitung. Hidupnya hanya untukNya. DIAlah tujuan hidup, sebaik-baik tujuan hidup! Sedang yang lainnya adalah wasilah, alat, bekal, modal untuk mencapai keredhaan Allah SWT.

Maka, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu! Kerana, ia memang bukan milikmu! Maka, bersihkan hatimu, ikhlaslah.. redha dengan ketentuanNya. Kerana, kita ini adalah sebenar-benar hamba! Moga kita lebih kuat dan dekat kepadaNya.

"Ya Allah,kurniakanlah kepadaku kekuatan dan ketabahan"

"Terima Kasih kak...Terima Kasih Allah"..

Wassalam..

Thursday, February 4

Mahasiswa Mendepani Perubahan


Nama mahasiswa yang berada di atas bahu para pemuda dan pemudi terpilih di seluruh tanah air merupakan suatu amanah yang tidak boleh dipandang enteng. Justeru peranan kita adalah begitu penting bagi memastikan kita mampu menjadi pemimpin generasi akan datang . Di dalam proses penerusan kepimpinan ini, ia bukanlah berlaku secara tiba-tiba tetapi ia akan menjelang melalui suatu proses pertukaran kepimpinan negara, organisasi besar dan kecil, seterusnya menjadi tokoh-tokoh yang akan menentukan halacara negara dan dunia pada masa akan datang.



Dalam proses membuat suatu perubahan, begitu banyak persediaan perlu dimantapkan dalam diri mahasiswa. Kita tidak perlu menunggu sehingga lengkap segala persediaan untuk mengatur tindakan ke arah perubahan tetapi segala persediaan perlu diperkemas setiap saat manakala dalam pada masa yang sama tindakan mengiringi.

Bentuk persediaannya adalah seperti berikut:

‌أ. Peningkatan Ilmu
Ilmu mestilah menjadi asas kepada semangat juang para mahasiswa, tanpa ilmu semangat yang berkobar-kobar mungkin sahaja boleh dipadamkan dengan ugutan, ancaman, tawaran wang dan harta benda dan sebagainya. Prinsip pegangan kita juga begitu mudah berubah mengikut peluang yang lebih menyenangkan. Ilmu bersama kejelasan matlamat Islam akan menjadi tunjang terkuat dan syarat asas kepada seluruh gerakan Dakwah Islamiyyah .

Justeru dengan ilmu serta rasa tanggungjawab penuh terhadap agama, negara dan bangsa. Mahasiswa akan mampu mendepani dan mengharungi ranjau serta onak tanpa berundur. Jikalau pun berundur berundur mereka berundur penuh perancangan dan strategi.

Sabda Baginda SAW:

Mafhumnya:
“Sesungguhnya kamu akan terus berada diatas kejelasan (kebenaran) hinggalah datang kepada kamu 2 kemabukan: Kemabukan Jahil dan mabuk cintakan dunia”

Rasulullah SAW juga bersabda:

Mafhum :
‘Saling bernasihatlah dalam ilmu serta janganlah kamu tutup ilmu itu anatra satu sama lain, kerana khianat pada ilmu itu lebih besar dosanya daripada khianat pada harta’ (Riwayat Abu Nai’m)

‌ب. Kematangan Pemikiran dan Pengalaman
Kematangan dalam menentukan tindakan yang paling tepat lagi berkesan akan dapat menghasilkan keberkesanan gerakan mahasiswa dalam mempelopori sesuatu perubahan.

Kepentingan pengamatan terhadap pengalaman terdahulu dimuatkan panduannya dalam Al-Quran sebagimana firman Allah :

Mafhumnya:
“ .. dan pada hari ini, kami kekalkan tubuh badan Fir‘aun sebagai tauladan kepada mereka yang selepas daripadanya”

Mahasiswa perlu menjadi pemerhati yang celik, pengamat yang teliti, pembaca yang tertib, perancang yang berstrategi serta pendesak yang berkesan. Untuk mencapai tahap tersebut kita tidak boleh lari daripada memperbanyakkan dialog dan perbincangan dengan para ulama’, cendiakawan, para pimpinan negara, pemimpin parti-parti alternatif, pakar-pakar, ahli profesional dan ahli masyarakat. Natijahnya dengan kefahaman itu mahasiswa akan mampu membuat keputusan yang berjejak di atas alam realiti berdasarkan pemikiran pelbagai lapisan masyarakat

Selain itu, mahasiswa harus giat mencari dan mengejar ilmu-ilmu yang diperlukan untuk menghidupkan teori yang dipelajari , usaha dan kerja keras sangat mustahak dalam proses ini. Inilah yang dikehendaki oleh Rasulullah SAW sebagaimana sabdanya :

Mafhum:
“Kebijaksanaan itu adalah barang tercicir daripada orang mukmin, maka sekiranya kamu menjumpainya kamulah paling layak untuk mengambilnya”

Ini membawa maksud Rasul mengajar kita mencari kebaikan di pelusuk alam, apabila diperolehi mesti ke atas kita mengambilnya demi untuk kebaikan dan kepentingan Islam.

‌ج. Kesatuan Pemikiran dan Tindakan Gerakan
Perpaduan antara beberapa pertubuhan mahasiswa perlu digemblengkan. Kefahaman yang jelas antara gerakan mahasiswa terutamanya yang kumpulan mahasiswa Islam sangat penting dan merupakan antara pra-syarat kepada keberkesanan gerakan dakwah. Justeru kefahaman akan tuntutan Islam antara sesama sendiri perlulah diselesaikan terlebih dahulu kerana ia akan mampu menyelasaikan cabangan-cabangan masalah lain .


Wassalam..


Related Posts with Thumbnails