Have an account?

Tuesday, December 7

~Hijrah~

MUHARAM 

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Doa akhir tahun:

: dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. 

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:  "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun." 

Friday, November 26

Terjatuh lagii~

Assalamualaikum w.b.t.. Apa khabar kawan2 sekalian..??Moga kita sntiasa berada di dalam lindungan,peliharaan dan rahmat Allah s.w.t, InsyaAllah..

Sudah lama sy tidak mgupdate blog ini, sejak kebelakangan ini.. Suasana persekitaran bnyk mngajar saya erti dan hakikat kehidupan yg sebenar.. Smoga kita semua sntiasa merasai dan yakin bahawa kita ini adalah seorang hamba yg semakin hampir menuju kepadaNYA..

 "Ya Tuhanku, ampunilah aku dan saudaraku dan masukkanlah kami ke dalam rahmat Engkau, dan Engkau adalah Maha Penyayang di antara para penyayang."




Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia  sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud  tertentu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian  samada secara langsung dari Allah atau melalui orang  lain,  kita mula melatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan  orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam  dan mudah buruk sangka. Yang dahsyatnya ialah kalau  hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian  itu.
        

Friday, August 13

"Salam Ramadhan Kareem"

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan  ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (al-Baqarah,183) 

            Ramadhan merupakn bulan diturunkan al-Quran padanya dan telah dibuka kepada para pentaubat pintu-pintuNYA. Tiada doa yang dimohon di dalamnya melainkan didengariNYA, tiada amalan yang dilakukan melainkan ianya diangkat dan tiada kebaikan yang dilaksanakan melainkan ianya digandakan olehNYA. Bulan dimana kejahatan-kejahatan di dalamnya diampunkan bagi mereka yang bertaubat dan rahmat Allah kepada sesiapa yang memintanya.

Bulan dimana masjid-masjid diimarahkan dan bulan yang dipilih oleh Allah bagi umat Nabi Muhammad s.a.w. dan menjadikannya penyuluh kepada manusia keseluruhannya. Maka bertaqwalah hanya pada Allah, lazimilah untuk solat berjemaah di masjid, perbanyakkanlah bacaan al-Quran, zikir, qiam, tahajjud, sedekah dan hubungkanlah silaturrahim sesama jiran tetangga dan masyarakat lain keseluruhannya.



Monday, July 19

~Sekilas dipagi yang sunyi~

Assalamualaikum...

Kepada sahabat sahabat semua kita tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan kita jugk tidak boleh mengelakkan diri kita dari melakukan kebaikan...apa yang saya nak bawakan di sini ialah sifat ihsan ..yang mana ia adalah wajib ada pada diri kita semua...adakah kita terlupa kepada mafhum hadith yang mana malaikat jibril berpakaian putih datang kepada rasulullah dan bertanyakan tentang islam, iman dan ihsan....dan lupakah kita tentang sejarah rasulullah berdakwah selama 3 tahun secara sembunyi hanya untuk menerangkan tentang akidah dan ihsan itu sendiri, jadi perkara ini bukan lah satu perkara yang mudah dan enteng bagi kita..

Renungkan lah sedikit madu, semoga ia dapat memaniskan segumpal hati yang masih pahit dengan dosa-dosa, Ku lakukan ini kerana untuk berwasiat kepada diriku dan kepada sahabat-sahabat semua. SEBAIK PEKERJAAN AHLI IHSAN  Sesungguhnya darjat ihsan di dalam ketaqwaan dan pekerjaan dapat meningkatkan masyarakat kesatu darjat yang tinggi dan kami (omar hasim di dalam artikelnya di akhbar ahram.) merumuskan bagi ahli ihsan sebaik pekerjaan mereka ialah:  

Wednesday, July 14

~Kepimpinan dalam Kehidupan~





Pemimpin pada pandangan Islam adalah bukan sahaja mereka yang bertanggunggjawab menjalankan urusan pentadbiran seharian dengan baik dan cemerlang tetapi ia adalah manusia contoh kepada orang lainserta simbol kepada organisasi di dalam semua gerak-gerinya, perkataan, perbuatan dan tindakan sentiasa menjadi perhatian kepada pengikut dan lawan.
Kepimpinan adalah seni muamalah yang bertabiatkan kemanusiaan yang mampu mempengaruhi manusia ke arah matlamat yang di halakan, oleh yang yang demikian ianya boleh membentuk serta mewarnakan suatu kepatuhan, kepercayaan dan penghormatan yang sejati terhadap kepimpinan. Namun begitu potensi-potensi yang lain mestilah di ambil kira untuk melengkapkan dan menyempurnakan lagi sifat-sifat kepimpinan yang telah tersedia seumpama kelengkapan dan persediaan kerohanian, jasmani, akhlak, peribadi serta berkemampuan dari sudut organisasi.




Friday, July 9

27 Rejab : Memanusiakan Manusia

“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambanya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami telah berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkannya sebahagian daripada ayat-ayat Kami, sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (Al-Isra’ : 1)

Perkataan post-mortem sering dikatikan dengan sesuatu yang telah berlaku. Sebagai umat Islam, kita semua maklum bahawa tarikh 27 Rejab mengingatkan kepada satu peristiwa penting dalam sejarah Islam. Satu peristiwa yang kebenarannya tidak perlu diragui dan kelogikannya tidak perlu disoal-selidik. Sebagaimana Saidina Abu Bakar menjadi orang pertama yang mempercayai dan membenarkannya sebaik sahaja selepas berlakunya peristiwa tersebut walaupun tidak mengetahui secara terperinci pada awalnya, apatah lagi kita yang seolah-olah telah hafal dengan setiap inci perjalanan peristiwa tersebut apabila telah didedahkan sedari kecil lagi..

Sekadar memperingati peristiwa ini begitu sahaja tidak akan berguna jika tidak diambil apa yang tersirat disebalik isyarat-isyarat yang Allah tunjukkan sepanjang perjalanan israk dan mikraj Nabi Muhamad SAW ini. Jadi kita akan cuba menjalankan post-mortem bagi memfokuskan kepada satu falsafah besar yang terkandung dalam peristiwa ini iaitu memanusiakan manusia. Ianya juga merupakan matlamat diutuskan para nabi dan ditanzilkan Al-Quran. Terdapat banyak isyarat yang Allah perlihatkan untuk menunjukkan kemuliaan manusia agar manusia itu sendiri terus kekal dengan fitrahnya sebagai manusia.

Friday, July 2

Penyakit jiwa Manusia

Penyakit-penyakit yang biasa terdapat dalam jiwa manusia adalah seperti berikut:

1.  Mensyirikkan Allah SWT.
2.  Melakukan amalan yang berdosa kepada Allah SWT.
3.  Lalai terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan Allah SWT kepada hamba yang Muslim.
4. Menghina dan memandang kecil kepada orang yang dikasihi dan disokong Allah SWT.
5.  Meninggalkan keputusan Allah SWT dalam kehidupan, sebaliknya mengambil keputusan yang lain.

Dalam realiti kini, segala ketentuan dan ketetapan Allah SWT dipandang tidak baik dan tidak diredhai oleh manusia. Manusia tidak memberi harga dan nilai kepada kehendak Allah SWT. Manusia memandang sepi terhadap ketetapan Allah SWT.

Mungkin terdapat segelintir manusia daripada umat ini yang memandang berat, mulia, tinggi dan agung dengan keputusan Allah SWT. Tetapi umumnya apabila dikemukakan keputusan Allah SWT maka dirasakan menjatuhkan maruah, seterusnya bersikap tidak mempedulikan dan tidak mengendahkan keputusan tersebut. Inilah penyakit jiwa.

Sunday, June 20

"Nikmat itu Umpama Binatang Buas Hendaklah Diikat Dengan Tali Syukur"

Setiap Muslim nescaya yakin sepenuhnya bahawa kurnia Allah yang terbesar di dunia ini adalah agama Islam. Seorang Muslim akan sentiasa bersyukur kepada Allah, yang telah memasukkannya ke dalam kelompok umat Muhammad Rasulullah saw, dan yang telah memberikan kepadanya kurnia Islam. Allah sendiri telah menyatakan Islam sebagai kurniaNya yang terbesar yang diberikanNya kepada hamba-hambaNya, sebagaimana disebutkan dalam al-Qur'an:

... Pada hari ini, telah Ku-sempurnakan untuk kamu agama-mu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah , Ku-redhai Islam itu agama bagimu ..."
(Al-Quran al-Maidah, 5 :3 )


KENAPA SEORANG MUSLIM BERBEZA DARI SEORANG KAFIR?

Saudara-saudara sesama Muslim. Setiap Muslim percaya bahawa seorang Muslim lebih tinggi darjatnya daripada seorang kafir. Allah senang terhadap seorang Muslim dan benci kepada orang kafir.Seorang Muslim akan memperoleh keselamatan dari Allah, sedangkan seorang kafir tidak. Seorang Muslim akan, masuk ke Syurga, dan seorang kafir akan masuk ke neraka. Marilah kita fikirkan sedalam-dalamnya, mengapa ada perbezaan yang begitu besar antara seorang Muslim dan seorang kafir. Padahal seorang kafir juga adalah dari keturunan Adam, seperti kita semua. la juga seorang manusia, seperti kita semua. la juga punya tangan,.kaki, mata dan tangan, seperti kita semua. Dan sebagaimana kita semua, ia pun bernafas dengan udara yang sama, minum air yang sama, dan hidup di bumi yang sama. Allah yang menciptakan kita, adalah PenciptaNya juga. Maka,kenapakah darjatnya rendah dan darjat kita tinggi? Mengapa kita semua nanti akan masuk syurga dan dia masuk neraka?

Monday, June 14

Keduniaan yang Merugikan Akhirat


Bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana melahirkan kita ke alam dunia yang fana ini. Kita dihidupkan dan insyaAllah akan dimatikan dengan izinNya. Kita dipinjamkan jasad dan nyawa untuk beberapa ketika yang diizinkan yang kita sendiri tidak mengetahui kecuali diriNya. Hidup kita mengikut apa yang disabdakan oleh Baginda Rasul sebagai seorang pengembara yang sedang dalam perjalanan ke suatu destinasi yang jauh dan memerlukan banyak bekalan. Tentunya dalam perjalanan itu banyak halangan dan gangguan yang boleh menjejaskan matlamat untuk ke destinasi. Pengembara yang bijak tidak akan terpengaruh dengan keseronokan dan kebahagiaan sementara yang ditempuh dalam perjalanan kerana dia tahu bahawa dia sebenarnya adalah warga satu alam lagi. Manakala pengembara yang lupa daratan akan menikmati sepuas-puasnya apa sahaja yang ditempuh; seolah-olah iniah dunianya sehingga terlupa matlamat asal untuk menuju ke dunianya yang sebenar. Mereka terpedaya dengan kemanisan dunia dan menyangkakan apa yang dipungut itulah BEKALAN. 

Monday, June 7

~Kembara mencari Iman~




Beriman kepada Allah taala ertinya beri'tikad dengan tegasnya bahawa Allah ialah "رب"  yang memiliki dan menciptakan segalanya-galanya. Dialah tuhan yang berhak diibadatkan dengan ikhlas seperti melakukan ibadah solat, puasa, doa, mengharap rahmatnya, takut kepada azabNYA, menyerah diri kepadaNYA dan DIAlah tuhan yg bersifat dengan segala sifat kesempurnaan dan suci bersih daripada segalan kekotoran.




Beriman kepada Allah mengandungi 3 bahagian tauhid :
1) Tauhid Rububiah.
2) Tauhid Uluhiah.
3) Tauhid Asma' dan Sifat.
Pengertian beriman kepada ketiga-tiga bahagian tauhid ini ialah beri'tikad dengan keesaan Allah taala pada rububiahNYA, Uluhiah dan sifat2NYA yg sempurna dan nama2NYA yg sempurna. Seorang hamba tidak menjadi mu'min sehingga dia beri'tikad bahawa Allah adalah tuhannya, pembela dan pengurus bagi segala sesuatu, bukan yang lain drpdNYA. Dialah tuhan yg berhak disembah, Maha Sempurna pada sifat2 dan nama2NYA.
Tidak kira beriman jika bertasdiq pada Allah pada masa yang sama bertasdiq pada benda lain( taghut ).




Monday, May 31

~Jadilah seperti Siti Khadijah binti Khuwailid r.a~

Khadijah binti Khuwailid
---------------------------
        Tatkala Nabi SAW mengalami rintangan dan gangguan dari kaum 
lelaki Quraisy, maka di sampingnya berdiri dua orang wanita. Kedua wanitaitu berdiri di belakang da'wah Islamiah, mendukung dan bekerja keras 
berbakti kepada pemimpinnya, Muhammad SAW : Khadijah bin Khuwailiddan Fatimah binti Asad. Oleh karena itu Khadijah berhak menjadi wanita 
terbaik di dunia. Bagaimana tidak menjadi seperti itu, dia adalah 
Ummul Mu'minin, sebaik-baik isteri dan teladan yang baik bagi mereka 
yang mengikuti teladannya.
 
        Khadijah menyiapkan sebuah rumah yang nyaman bagi Nabi SAW 
sebelum beliau diangkat menjadi Nabi dan membantunya ketika merenung di Gua Hira'. Khadijah adalah wanita pertama yang beriman kepadanya 
ketika Nabi SAW berdoa (memohon) kepada Tuhannya. Khadijah adalah sebaik-baik wanita yang menolongnya dengan jiwa, harta dan keluarga. 
Peri hidupnya harum, kehidupannya penuh dengan kebajikan dan jiwanya 
sarat dengan kebaikan.
 
        Rasulullah SAW bersabda :"Khadijah beriman kepadaku ketika orang-orang ingkar, dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan dan dia menolongku dengan hartanya ketika orang-orang tidak 
memberiku apa-apa."

Tuesday, May 25

~Solat Lima Waktu~

Badai menulis "
Ketahuilah hikmah ditentukan solat ditetapkan lima waktu berserta rakaatnya. Hukama' ada berkata "Ditentukan tiap-tiap solat itu (kerana) setiap solat (diwakilkan) oleh seseorang Nabi daripada Anbiya Allah swt. pada waktunya.

Solat Subuh

Nabi yang pertama sekali solat fardhu Subuh ialah Nabi Adam as. tatkala baginda keluar daripada syurga. Melihat akan zulmah (kegelapan), Nabi Adam as. menjadi takut yang amat sangat. Di kala Subuh dan pecah (terbit) fajar, solatlah Nabi Adam as. dua rakaat.

 * Rakaat pertama bermaksud syukur Nabi Adam as. kerana dilepaskan daripada kelam (kegelapan)
 * Rakaat kedua bermaksud syukur Nabi Adam as. kerana kembali siang hari (terbit fajar)

Saturday, May 22

Aku pohonkan kepada Engkau kalimat kebenaran pada masa marah dan suka.

Bismillah Walhamdulillah Wa Salaatu Wa Salaam 'ala Rasulillah.


Imam Ghazali berkata: "Kemarahan manusia bermacam-macam. Sesetengahnya lekas marah, lekas tenang dan lekas hilang. Sesetengahnya lambat marah, lambat pula redanya. Sesetengahnya lambat akan marahnya dan lekas pula hilangnya. Yang akhir inilah yg terpuji." :D



Tapi bagaimana Rasulullah SAW apabila beliau marah?

Kemarahannya adalah 
kerana kebenaran, ertinya kerana kebenaranlah baginda 
melahirkan 
kemarahannya. Tetapi dengan cara sopan, sesuai dengan 

doanya ini 
iaitu


"Aku pohonkan kepada Engkau kalimat 
kebenaran pada masa marah dan suka." 




Friday, May 14

Mengenali hakikat kehidupan..

Assalamualaikum w.b.t...

Firman Allah SWT maksudnya: "Iaitu orang-orang yang apabila di timpa musibah mereka mengucapkan: "Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nyakami kembali. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka ialah orang-orang yang mendapat petunjuk. (Al-Baqarah:156-157)

 Dan Rasulullah SAW. bersabda maksudnya: "Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa diri seseorang kecuali dengan izin Allah, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya." (HR. Bukhari) 

Tahukah kita semua bahawa apa yang ditimpakan kepada kita sama ada berbentuk kepayahan, kesusahan, kesakitan, keresahan adalah datangnya dari Allah Ta'ala. Apa jua bentuk musibah yang datang Allah akan menghapuskan sebahagian keburukan-keburukan dengan kebaikan. Antara sedar dengan tak sedar kita manusia biasa tidak lari dari melakukan kesilapan. Oleh itu Allah timpakan bala kepada hamba-Nya untuk menyedarkan hamba-Nya itu. Begitulah sifat Allah Ta'ala Yang Maha Penyayang dan Pengasih. Lumrah manusia apabila menghadapi kesusahan dikala itulah kita memerlukan pertolongan. Dikala itu kita memerlukan Tuhan..dan pada orang Islam kita ada Allah. 



Thursday, May 13

~Surat Daripada Anak Mak Yang Dah Tak Degil~




Mak…..
Terlalu bosan rasa duduk membilang hari..
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih..




Mak tau tak..
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa..
dan itu juga terakhir kali nya..
Emmmm… rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh..
nak tinggal kan anak2 mak.. nak tinggal kan dunia fana ni..




mak macam dah sedia..


Seminggu sebelum tu..
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai..
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu..
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih..
kakak pun rasa hairan..
mak tak penah buat gitu..

Thursday, May 6

~Indahnya jika mampu menjaga lisan~


Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kpd manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.
Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara yg berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan yang sia-sia.



Thursday, April 29

Jawapannya tentu ada dalam diri kita masing-masing

Pernah seorang kawan bertanya :  pernahkah kita menjaga diri kita dari dosa selama 1 jam ? “ pertanyaan tersebut disampaikan secara main-main, tetapi maknanya cukup dalam.

Kita bayangkan sejak bangun tidur pagi sampai mau tidur malam siaran telivisi dirumah sudah menayangkan gambar-gambar yang mempertontonkan aurat baik pria maupun wanita, begitu keluar rumah kita banyak melihat wanita dijalan yang sengaja tidak menutup aurat dengan sempurna alias berpakaian sangat minim, bahkan kalau kita sedang mengendarai kendaraan tidak mungkin kita berpaling.

Padahal kita tahu bahwa mempertontonkan dan melihat aurat yang bukan muhrimnya sangat dilarang oleh agama, dan Allah Subhana Wa Ta’ala telah menurunkan firmannya, antara lain :




Tuesday, April 27

Dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang

Di dalam kitab at-Tibyan fi adabi hamlatil Quran, susunan Imam an-Nawawi, beliau ada menukilkan kata-kata seorang ahli ma’rifat bernama Ibrahim Khawwash. Katanya penawar hati itu ada 5 :

1) Membaca al-Quran dengan meneliti maksudnya

2) Mengosongkan perut

3) Bangun bersolat malam

4) Bertadharruk (memohon doa) kepada Allah pada waktu sahur

5) Duduk di majlis orang-orang soleh.



Pertama : Ramai juga orang yang baca al-Quran. Tapi biasanya membaca tanpa memerhati maksud ayat yang dibaca. Sebab itulah bagi saya ramai di kalangan umat Islam yang melanggar hukum agama, iaitu kerana tidak memahami apa yang dibaca.




Saturday, April 24

Menyusuri kehidupan mencari sebutir permata “iman”

Biar kepahitan itu pergi, agar kemanisan mengisi,
Biarkan kekecewaan berlalu, agar kegembiraan mewarnai,
Biarkan kegelisahan lenyap, jangan kita hilang semangat,
Biar penderitaan itu menyapa, agar kekuatan kita jana semula,
agar aku sedar kesengsaraan ini,
tak sama bahkan hanya secebis,
dari penderitaan Rasulullah saw,
Tuhan sesekali tidak menzalimi hamba-Nya,
tetapi manusia menzalimi diri mereka sendiri,
cahaya kelam pahala dosa,
berupaya memilihnya,
walau kadang kala tersasar lantaran
pautan nafsu,

Wednesday, April 21

“Apakah yang terpanjang , yang terpendek dan tersangat perlahan."

   Barangkali kita pernah mendengar pepatah ini “Apakah yang terpanjang , yang terpendek dan tersangat perlahan." Kita semua tidak mengendahkannya , tetapi selepas itu kita semua menyesalinya ? Tiada apapun yang dapat dilakukan tanpanya . Ia menelan segala  yang membina segala yang besar? Itulah masa !

 Masa adalah yang terpanjang kerana masa adalah ukuran keabadian. Masa adalah yang tersingkat kerana tiada seorang pun di antara kita yang mempunyai masa yang cukup untuk menyiapkan atau menyempurnakan tugas kehidupan. Tiada apapun yang dapat dilakukan tanpanya, kerana masa adalah satu-satunya tugas kehidupan kita. Masa adalah unsur asas bagi pembentukan kehidupan ! Masa menelan semua yang tidak berfaedah daripada generasi dalam bentuk kelalaian dan mengekalkan semua yang hebat dan berharga.

Thursday, April 15

Cemerlang Dengan Membaca dan Meneliti Quran

 “Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu iaitu 
   al-Kitab (Quran) dan dirikanlah solat.” (Al-Ankabut, 45) 

  SUMBER ILMU TERPENTING bagi umat Islam adalah Quran. Kecemerlangan tidak dapat dipisahkan daripada Quran kerana Quran adalah petunjuk. Tanpa petunjuk, manusia akan sesat dan terbabas. Tuhan menjelaskan dalam surah  al-Israk ayat 9 yang bermaksud, “Sesungguhnya Quran ini 
  memberi petunjuk kepada jalan yang lebih lurus (aqwam) dan memberi khabar gembira kepada orang-orang mukmin  yang mengerjakan amal salih bahawa bagi mereka ada pahala yang besar.”

  Tuhan menyifatkan Quran sebagai petunjuk yang aqwam. 
   Berhubung dengan ini, di dalam al-Jamik li ahkam 
   al-Quran, Imam Qartubi berkata, “Kalimat aqwam bermaksud 
   jalan yang paling benar, paling adil dan paling tepat.” 
  Justeru, mereka yang menjadikan Quran sebagai sumber 
   rujukan, kesejahteraan dan ketenangan akan menaungi 
   mereka.

Monday, April 12

Dii mana Allah dalam hati kita

                        Sesekali kita perlu merenung jauh ungkapan “ Dii mana 
                        Allah dalam hati kita,” agar kita dibayangi kasih saying 
                        Allah dengan apa yang kita lakukan, dalam kehidupan 
                        harian yang banyak menjurus kepada habuan duniawi lebih 
                        daripada mengingati Allah.

                        Kita perlu meletakkan dalam minda beberapa persoalan 
                        untuk dijawab, di mana ia boleh membantu meningkatkan 
                        iman,hubungan serta keupayaan untuk majudalam 
                        pelaksanaan ibadat yang sangat-sangat dituntut oleh 
                        Islam.
                        Persoalan seperti-adakah kita telah mengagungkan Allah 
                        dalam perkara yang patut diagungkan? Bagaimana pula 
                        keagungan terhadap Allah menyerap masuk dalam sanubari 
                        kita?

Thursday, April 8

Sabar amat pahit dirasai tetapi hasilnya manis sekali

Sabar merupakan satu ungkapan yang mudah disebut tetapi sukar
dilaksanakan. Namun demikian sabar boleh dilatih dan diajar pada jiwa yang agresif, keluh kesah dan pemarah dengan mengingati Allah dan berzikir selalu.

Firman Allah:
‘Sesungguhnya dengan mengingati Allah itu dapat menenangkan hati.’
(Surah Al-Ra'dhu: 28)

Dari hati yang tenang akan menjadikan seseorang itu sabar. Firman Allah:
‘Maka sabar olehmu bahawa kesabaran merupakan suatu yang indah.’
(Surah Al-Maarij: 5)

Pada ayat yang lain Allah berfirman:
‘Dan sekiranya kamu bersifat sabar itulah kebaikan bagi orang-orang yang
bersabar.’
(Surah Al-Nahl: 126)


Saturday, April 3

~Kami mencintai Ilmu~




 Dua patah prkataan yang amat memberi memberi makna mndalam kepada kita..
BUKU boleh menjadi pendorong motivasi dengan syarat ia dibaca kerana Allah dan penuh penghayatan.Ilmuwan Islam perlu jadi ejen pembaharuan corak pemikiran ummah selari nilai al-Quran, hadis. BUKU adalah khazanah ilmu. Sebuah buku boleh membuat pembacanya menangis, menguatkan azam yang hampir padam, mencerahkan pemikiran
dan menghanyutkan perasaan ke satu muara yang bernama kepuasan ilmu.

Thursday, April 1

~Diriku tidak pernah sedar~

Assalamualaikum..
hidup memerlukan pengorbanan
Saya sentiasa alpa, lupa, ego dan sombong dengan pengaruh syaitan. Merasakan diri sudah berjaya mengatasi pengaruh syaitan dan nafsu. Sedangkan orang mukmin itu mesti merasakan rasa berdosa sepanjang masa dan takut akan masa hadapan yang belum pasti. Tiada siapa dapat berikan jaminan. Kerana Rasulullah saw telah lama pergi meninggalkan kita.
Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan .Nyaring berkumandang menyaring segala suara yang menyapa telinga ibu.Lonjak hatinya memuncak gembira penawar sakit dan lesu. Lalu bermulalah sebuah kehidupan yang mewarnai bumi berpenakan hati, berdakwatkan air mata.
Air mata adakalanya penyubur hati,penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan yang menyempit perasaan , menyesak kehidupan. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor diperlimpahan. Namun setitis air mata kerana takutkan ALLAH persis permata indahnya gemerlapan. Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak dukacitanya di dunia.

Sunday, March 28

Memahami Sirah Rasulullah SAW


·.. Tidak ada satu pun biografi kehidupan seseorang di dunia ini selengkap biografi Rasulullah SAW.
·.. Kita boleh menyemaknya mulai dari masa pernikahan Abdullah dan Aminah -ayah bunda beliau- sampai dengan wafatnya.
·.. Kita boleh mengenal jelas waktu kelahirannya, masa kecil dan masa mudanya. Apalagi setelah beliau diangkat sebagai Nabi dan Rasul, dengan terperinci.
·.. Biografi beliau merupakan sejarah lengkap kehidupan seorang manusia yang dimuliakan dengan risalah Allah, yang tidak terlepas dari sisi-sisi kemanusiaannya.
·.. Maka sangatlah relevan bila Allah SWT memerintahkan agar individu Muhammad SAW diteladani dan dijadikan rujukan hidup umat manusia.
·.. Firman Allah : "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." (QS. Al Ahzab : 21)
·.. Kehidupan beliau sangat kompleks, menyangkut segala aspek kehidupan, sehingga tidak ada satu sisi pun dari kehidupan manusia yang terlepas dari sisi kehidupan beliau.

Monday, March 22

~Kasih Ibu~


Kami tiba di hadapan istana usang, yang anjungnya sudah ranap menyembah bumi. Aku, Su dan Adi memutar kenangan silam yang tidak mungkin akan kami lupakan hingga akhir hayat. Lantas, kenangan itu berlegar-legar di ingatanku dan bagaikan sebuah filem, ia terlayar kembali di ruang mataku.
* * * * *
Pagi itu, aku dan adikku, Adi, akan pulang ke asrama kerana cuti persekolahan telah tamat setelah hampir dua bulan kami bercuti. Bekalan sudah siap tersedia, segala pakaian, buku-buku dan keperluan lain telah disiapkan.
Sewaktu bersarapan, ibu sempat berpesan agar kami berdua belajar bersungguh-sungguh demi membela nasib keluarga kami yang telah kehilangan tempat bergantung semenjak kematian ayah yang tercinta enam bulan lalu. Ini merupakan tahun keempat bagiku bersekolah asrama iaitu sejak aku berada di tingkatan satu manakala bagi Adi pula, ini merupakan tahun keduanya bersekolah asrama.
Related Posts with Thumbnails