Have an account?

Monday, April 27

DUNIA PEMUDA ISLAM DEKAD INI . “THE LOST GENERATION"

Assalamualaikum w.b.t..Salam perjuangan diucapkan kpd semua sahabat sahabiah sekalian, semoga kita senantiasa diberi kesenangan dan kesungguhan dalam membawa agama Allah yg pasti memberikan kita kebahagiaan di dunia dan akhirat. Ingatlah wahai teman2, sesungguhnya allah tidak akan memungkiri janjiNya.


Tidak dapat dinafikan lagi oleh sesiapa pun yang sentiasa mengambil berat terhadap permasalahan yang dihadapi oleh pemuda-pemuda Islam sekarang , samada ditanahair kita sendiri khususnya mahupun di negara-negara Islam yang lain amnya . Bahawasanya pemuda Islam kini menjadi binatang buruan bagi pemburu-pemburu yang bersenjatakan teknologi yang berkiblatkan sekular dan zionis .


Sehinggakan golongan pemuda Islam sekarang tidak dapat merasakan ketenangan dan ketenteraman jiwa , bahkan sebaliknya membawa mereka kepada tekanan dan konflik dalaman yang cukup berbahaya hasil daripada sebab dan faktor yang berbagai jenis . Hanya segelintir sahaja yang mendapat suntikan antibiotik wabak penyakit ini , iaitu golongan yang sentiasa berada didalam lembayung pemeliharaan Ilahi.

Akibat daripada ini , menyebabkan pemuda Islam sekarang yang bakal memikul amanah ummah menuju ke pintu gerbang atau dimensi alaf baru , hidup dalam kesesatan , lemah , kerunsingan , terpesong dari landasan Ilahi dengan memilih landasan yang dimurkai Allah Taala . Sehingga boleh dikatakan pada zaman sekarang zaman “The lost generation” . Hidupnya pemuda Islam dewasa kini , peratus kecenderungannya lebih mirip kepada kehidupan masyarakat barat yang tak ubah seperti “haiwan” . Benarlah apa yang disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w yang mengkhabarkan keadaan umatnya di akhir dekad ini.

كيف بكم اذا ظغى نساؤكم وفجر شبابكم وتركتم جهادكم قالوا: وان ذلك لكانن يا رسول الله؟ قال: نعم والذى نفسي بيده واشد منه سيكون: كيف بكم اذا تركتم الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر؟ قالوا: وان ذلك لكانن يا رسول الله, قال: نعم والذي نفسي بيده واشد منه سيكون : كيف بكم أمرتم بالمنكر ونهيتم عن المعروف قالوا : وان ذلك لكانن يا رسول الله,قال: نعم الذي نفسي بيده واشد منه سيكون يقول الحق عز وجل : بي حلفت لافتننهم فتنة تدع الحليم منهم حيران

Pengaruh kerosakan yang mula-mula dialami adalah bermula dari golongan pemudi dan diikuti pula oleh pemuda seterusnya menyebabkan berlakunya kelalaian dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab terhadap agama lantas melarat kepada individu Islam yang lain . Akhirnya manusia akan berdiam diri menutup mata dan mulut dalam masalah al- amru bil ma’aruf wal nahyu anil mungkar dan seterusnya mengundang kepada kemurkaan Allah Taala yang mana akan diikuti dengan turunnya bala dan fitnah . Apabila sudah berlaku keadaan yang sedemikian . Allah Taala akan membiarkan manusia dalam keadaan kebinggungan dan huru hara . Sepertimana yang pernah dikatakan oleh Dr . Mustafa Mahmud :

وقد أصبح من المالوف الان في كل بلاد العالم . رؤية الأفواج من الشباب الذين اتخذوا التبذل واسدال الشعور والهند ام المثير شعارا لهم – مثل جماعة الهيبز الذين تخطوا هذة المرحلة وانغمسوا في القذارة الجنسية والمعنوية – وأقبلوا على تعاطى المخدرات وممارسة انواع الانحراف متحدين أولياءهم و مجتمعهم ومعبرين بشذوذهم واستهتارهم عن احتقار كل المبادي والقيم الانسانية (8)


Wassalam..


CIRI-CIRI PEMUDA ISLAM

Proses pembentukan pemuda Islam yang tulen dan bertepatan dengan lunas-lunas
Islam mestilah berpaksikan “ Mimbar Muhammadiah” . Sudut kelansungannya dapat dihayati melalui pembahagian dalam fakta-fakta yang dapat kita lihat dan kaji seperti berikut :

1.Kejituan keimanan :- Keimanan yang dimaksudkan adalah pegangan yang kuat yang tidak dapat digugat oleh tekanan dalaman dan luaran ataupun rapuh dilanda arus pasca – modenisasi . Iman merupakan asas akidah yang pertama kerana apabila gugur salah satu daripada komponen iman maka runtuhlah sistem akidah .

Firman Allah Taala dalam surah al- Hujjurat ayat 15 :

انما المؤمنون الذين امنوا با اللة ورسوله ثم لم يرتابوا وجاهدوا بأموالهم و أنفسهم فى سبيل الله أولئك هم الصادقين (1
2 Keikhlasan Yang Benar : - Ini kerana segala tugas ataupun amaliah yang berkaitan dengan perkara Rububiyyah dan Ubudiyyah berkait rapat dengan ikhlas . Segala usaha dan tindakan tidak akan tercapai ke matlamat yang dikehendaki melainkan semata-mata ikhlas terhadap Allah Taala kerana ia dalam tindakan susulan akan berhadapan dengan dua unsur yang berlawanan antara yang Haq dan yang Batil , Iman dan Kufur . Firman Allah Taala dalam surah al- Baiyinah ayat 5 :

وما أمروا الا ليعبدوا الله مخلصين له الدين حنفا و يقيموا الصلاة و يؤتوا الزكاة و ذلك دين القيمة (4)


3 Keazaman Yang Kuat : - adalah satu unsur yang mengalir dalam diri remaja yang dapat membentuk jiwa remaja menjadi kuat apabila berhadapan dengan halangan tanpa merasa takut dan gentar mahupun malu dalam menyatakan kebenaran . Firman Allah Taala dalam menjelaskan sifat pemuda Islam dalam menyampaikan siri dakwahnya tersebut dalam surah al-Ahzab ayat 39 yang berbunyi :


الذين يبلغون رسالات الله ويخشونه ولا يخشون أحدا الا اللة (5)



4. Usaha Yang Berterusan Tanpa Mengenal Erti Penat Dan Lelah Serta Putus Asa :- Dalam melaksanakan tugas Ilahi ini , memerlukan kepada pengembelengan tenaga yang cukup banyak dan besar, samada dari sudut ilmiah , tindak kerja , gerakan dakwah dan sosial (pergaulan dengan masyarakat umum ) .
Gambarannya telah Allah Taala jelaskan dalam surah at-Taubat ayat 105 :

وقل اعملوا فسيرى الله عملكم ورسوله والمؤمنون وسيردون الى عالم الغيب والشهادة فينبئكم بما كنتم تعلمون (6)



5 . Pengorbanan :- Adalah satu sifat atau pun ciri-ciri yang mesti dimiliki oleh setiap remaja Islam yang mana mereka ini tidak mengenal erti futur atau kalah melainkan hanya kemenangan ataupun syahid . Tugas Islam ini tidak akan dapat dicapai melainkan dengan adanya pengorbanan , kerahan tenaga ,harta dan masa dalam jihad fisabilillah . Dengan adanya pengorbanan inilah sejarah dan ketamadunan Islam terbina dan tersergam indah di mata dunia dan keagungangnya menjadi kegerunan musuh Allah .
Firman Allah Taala dalam surah al-Baqarah ayat 314 yang berbunyi :



أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين أمنوا معه متى نصر الله ألا إن نصر الله قريب (7)



Kelima-lima sifat ataupun ciri-ciri yang dibentangkan diatas , merupakan sifat asas bagi membentuk pemuda Islam yang tulen dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan dijalan dakwah . Tetapi disana masih terdapat sifat-sifat yang kurang pentingnya bagi pengisian kelengkapan remaja Islam . Diantaranya adalah seperti berikut :-

i.- Benar :- Ia merupakan sebahagian daripada ad-Din , malah ia juga sebahagian daripada komponen iman .Berlandaskan kepada dalil al-Quran :

يا أيها الذين أمنوا اتقوا الله وكونوا مع الصادقين

Seorang remaja yang mempunyai sifat benar dalam dirinya ia dapat dikenal pasti melalui riak wajah dan suaranya tanpa diperjelaskan kedudukannya . Ia penting dalam sektor dakwah , kerana Rasulullah saw apabila bercakap atau menyampaikan dakwahnya kepada individu yang ia tidak kenali, orang yang baginda bercakap tersebut pasti akan berkata :- Demi Allah !!! Ia bukan berwajah pendusta dan bukanlah suaranya itu seorang pembohong ( Tazkiratud Dua’t )

ii-Sabar :- Tergolong dalam tiga aspek kesabaran dalam melaksanakan suruhan Allah Taala . Sabar dalam menghindari maksiat dan larangan agama .Sabar apabila berhadapan musibah dan bencana diatas landasan dakwah iaitu tidak patah semangat . Sentiasa bersedia menanggung risiko dan menghindari daripada memohon atau pun merayu-rayu kepada manusia yang lain
melainkan tempat berserah hanya kepada Allah semata-mata.

رب إنى مسني الضر وانت أرحم الراحمين

iii- Penyayang :- Sifat ini tidak kurang pentingnya dalam pembentukan remaja Islam kerana dalam tugas-tugas dakwahnya ia pasti akan berhadapan dengan penentang dan pembangkang yang boleh dikatakan sebahagiannya masih kurang jelas denagn kedudukan sebenar agama Islam . Tanpa sifat rahmah dan penyayang ini seseorang bakal penda’ei berkemungkinan besar akan berhadapan dengan risiko yang besar malah akan membahayakan dirinya sendiri . Tujuan ataupun misi dakwah adalah mengembalikan dan menasihati golongan yang tergelincir dari landasan iman kepada jalan yang diredhai Allah Taala . Dalil dari Sunnah Nabawiyyah :

لا يرحم من لا يرحم الناس

iv- Tawadhu’:- Iaitu menghindari dari sifat tinggi diri,bongkak dan sombong . Setiap remaja Islam mesti memiliki sifat ini kerana dengan sifat tawadhu’ inilah yang akan membentuknya mengenali penciptanya dan dirinya dengan baik . Sebilangan besar golongan pendai’e masa kini masih kurang kurang penghayatan dalam konteks sifat tawadhu’ ini . Diantaranya dapat kita lihat dengan mudah ,iaitu tindakan segelintir pendai’e yang memperkecilkan pendai’e lain dari segi kebolehan diri , kematangan dalam menangani permasalahan dan ilmu yang dimiliki . Ini akan merugikan sesama umat islam dan mengundang kepada perpecahan dan berpuak-puak . Firman Allah Taala:

واصبر نفسك مع الذين يدعون ربهم بالغداة والعشى يريدون وجهه ولا تعد عيناك عنهم


v- Bergaul Dengan Masyarakat Umum :- Sebagai persediaan remaja Islam untuk terjun ke medan dakwah adalah diukur dari segi kemampuannyaberinteraksi dan berdepan dengan masyarakat awam dan khusus . Ia merupakan satu persediaan yang cukup penting dalam pembentukan diri remaja Islam yang berkarisma tinggi .Terjun di dalam masyarakat adalah satu wasilah penyampaian dakwah yang cukup berkesan dan mesti dilakukan oleh sesiapa sahaja yang mahu berjinak-jinak dengan tugas dakwah ini . Berpandukan kepada kaedah :-


ما لا يؤدى الواجب الا به فهو واجب

Di sana juga terdapat unsur-unsur yang tidak kurang pentingnya dari segi pembentukan remaja Islam yang mampu bertindak dalam apa jua keadaan sekalipun iaitu persediaan dari sudut fizikal dan mental yang bertujuan memantapkan lagi sistem gerakan dakwah.


Wassalam

Friday, April 24

DEFINISI PEMUDA

Dalam setiap perbahasan dan perbincangan tidak dapat lari daripada membawa satu pengertian ataupun pengenalan yang khusus terhadap satu-satu topik perbincangan . Ini bertujuan memberi satu gambaran yang tepat terhadap setiap perbincangan .

1.1 Pemuda dalam konteks pengertian yang dibawa oleh ahli psikologi adalah satu kelompok manusia yang berada dipertengahan di antara kelompok manusia yang dianggap baru lahir akal yang cetek , lemah dalam pemikiran yang hanya peka terhadap suasana dan objek yang berada di sekelilingnya sahaja dan di antara satu kelompok manusia yang tua dan berumur . Lebih tepat lagi , satu tahap yang sudah mengatasi zaman kanak-kanak , yang mana ia mempunyai ciri-ciri kemampuan dan keupayaan seorang lelaki tulen ataupun ciri-ciri kewanitaan yang lengkap . (1)

1.2 Manakala dari sudut penetapan had umur bagi pemuda . sebenarnya ia merupakan satu masalah yang rumit yang dihadapi oleh ahli psikologi . Tetapi boleh kita ambil satu definisi rambang bagi had umur pemuda iaitu ia berlaku dalam dua peringkat :

(i) Bermula daripada had umur lebih kurang 13 tahun hingga ke peringkat umur 21 tahun . Ia jelas daripada sudut kematangan seksual , lebih dikenali lagi sebagai zaman keremajaan ataupun zaman permulaan pemuda /pemudi .

(ii) Bermula daripada had umur 21 tahun hingga ke peringkat umur 40 tahun .


Definisi yang dibawa oleh ahli psikologi sebenarnya kurang tepat dalam membawa pendekatan terhadap pengertian pemuda . Ini kerana penentuan dalam umur ataupun zaman bukanlah satu perkara yang mudah kerana pengaruh tumbesaran dan alam sekeliling merupakan satu faktor utama mewarnai perwatakan pemuda .

Di sini kita dapat lihat perbezaan yang wujud di antara pemuda yang hidup di pedalaman dengan pemuda yang hidup di bandar dan juga dari satu negeri ke satu negeri yang lain . Kesemuanya ini bergantung kepada suasana yang dilalui oleh pemuda tersebut . Terdapat juga pemuda yang umurnya 60 tahun mempunyai daya kekuatan dan kesihatan setanding dengan kekuatan orangyang lebih muda daripadanya . Buktinya dapat kita lihat kepada baginda Rasulullah saw yang mana beliau menerajui bala tentera dalam peperangan Tabuk ketika baginda berumur 60 tahun .


1.3 Dalam definisi pemuda yang tepat adalah seperti mana yang digariskan oleh Dr . Muhammad Khalfallah Ahmad didalam tutorialnya yang bertajuk “Ad-Din Wa Himayatul Syabab Minal Inhirafis Suluki Wal Fikri” dalam muktamar Mujammak Buhuth Islamiah 1391 H , beliau menyebut :


مرحلة الشباب بوجه عام هى تلك المرحلة التى تمتد من أوائل العشرة الثانية الى أواخر العشرة الثالثة من العمر والتى تشهد فى بدايتها نهاية الطفولة والانتقال الى المراهقة والبلوغ , وتتسم فى أواخرها بالنضج الجسمنى والرشد العقلى والاجتماعى والخلقى وبشعور الفرد بالمسئولية واللاستقلال فى الحياة والتطلع الى وظيفة ومركزى ملائمين , والأتجاه الى اللاستقرار وتكوين أسرة والقيام بدور فعال فى خدمة المجتمع (2)



Pandangan Islam berbeza dengan ahli psikologi kerana Islam menitik beratkan dari sudut kerohanian yang jitu dan mantap disamping kekuatan jasmani sebagai pelengkap diri seorang remaja dengan melalui beberapa proses latihan membina kemampuan dan kecergasan .

Tuesday, April 21

Sejarah Perlaksanaan Islam Di Tanah Melayu

Sejarah membuktikan bahawa Undang - Undang Islam telah diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 702 Hijrah bersamaan 1303Masihi melalui penemuan Batu Bersurat di Kampung Buluh , Sungai Tersat , KualaBerang , Hulu Trengganu ,Trengganu Darul Iman pada 4 Rejab 702 Hijrah bersamaan 22 Februari 1303 Masihi .Catatan pada batu bersurat itu menyebut bahawa penzina yang berkahwin di hukum rejam sementara penzina yang belum berkahwin di sebat sebanyak seratus kali.[1]Nas tersebut adalah seperti berikut :


" Orang berbuat bala cara laki - laki perempuan satitah Dewata Maha
Raya jika merdeka bujang palu seratus rotan. Jika merdeka beristeri
atau perempuan bersuami ditanam hinggakan pinggang dihambalang
dengan batu matikan " [2]

Qanun Melaka pada zaman Sultan Muzaffar Shah tahun 1446Masihi merupakan undang - undang Islam , meliputi hukum yang berkaitan dengan undang - undang jenayah , jual beli dan perkahwinan . Contoh nas - nas qanun tersebut adalah seperti berikut[3] :

Fasal - fasal berikut :

5.1 Hukum membunuh secara sengaja maka dibunuh balas

5.7 Hukum yang mencuri tiada harus dibunuh melainkan dipotong tangan

12.3 Hukum qazaf disebat lapan puluh kali

36 Hukum bagi si murtad iaitu diminta taubat selama tiga hari , jika enggan
dihukum bunuh

Begitu juga Qanun negeri Pahang yang dilaksanakan pada tahun 1592M hingga 1614 Masihi sebahagian besarnya adalah undang - undang Islam .[4]
Di Terengganu undang -undang jenayah Islam telah dilaksanakan khususnya semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III ( 1881-1918) . Pada masa itu terdapat mahkamah yang menjatuhkan hukuman menurut undang- undang Islam .[5]

Menurut Prof Ahmad Ibrahim perlaksanaan Islam di Trengganu jelas menurut hukum syarak sepenuhnya. . Contoh perlaksanaan qisos, jika dimaafkan keluarga maka sipembunuh dikenakan diyah atau blood money sebanyak RM 1200.00 atau lebih . Pelaksaan ini dikenakan juga kepada orang bukan Islam Perlaksanaan undang - undang Islam ini juga berlaku di negeri Perak , N. Sembilan , Kelantan dan Kedah.

Ada pandangan ahli sejarah bahawa undang - undang di atas bercampur dengan undang - undang adat , tetapi menurut penulis undang - undang Islam yang terkandung di dalamnya tidak boleh dinafikan .

Keadaan di atas bertukar selepas ketangan British ke Tanah Melayu . Ia bermula apabila Raja - Raja Melayu menerima Penasihat Inggeris bermula di Negeri Perak yang menerima pakai Undang - Undang Inggeris - India ( mengikut Qanun Keseksaan India - Inggeris ) pada perjanjian 28 Jun 1884 . Perlaksanaan ini bermula di negeri Selat seterusnya Negeri -Negeri Melatyu Bersekutu , Undang - Undang ini diperluas dan diperkuatkuasakan keseluruhan Persekutuan Tanah Melayu pada 18 Disember 1498 dan keseluruhan Malaysia pada 31 Mac 1976[6]


Inilah catatan sejarah awal bagaimana berlakunya peralihan undang -undang di Tanah Melayu bermula daripada perlaksanaan Undang -Undang Islam seterusnya perlaksanaan Undang - Undang Inggeris - India .

Menjadi persolan kepada kita kenapa undang - undang Islam secara lengkap tidak dilaksanakan di negara kita hari ini , sedang kita sudah merdeka dan penjajah sudah meniggalkan tanahair semenjak 1957 dan undang - undang Islam terbukti dilaksanakan di Tanah Melayu pada masa pemerintahan raja- raja Melayu dahulu.Perkara ini diakui oleh Wilkinson, R.J di dalam kajianya menyebut bahawa ;

" Tidak boleh diragukan lagi bahawa undang -undang Islam akan menjadi undang - undag Tanah Melayu sekiranya undang - undang British tidak masuk dan menahanya " [7]


RUJUKAN

[1] Ahmad Ibrahim , Prof, Perlaksanaan Undang - Undang Di Malaysia , Dewan Bahasa Dan Pustaka : Kuala Lumpur , m.s 481 , 1995 . Lihat Abd Kadir Ahamad , Sejarah Penulisan Hukum Islam, Dewan Bahasa Dan Pustakan : Kuala Lumpur , m.s 34 , 1989
[2] ibid
[3] ibid Ahmad Ibrahim , m.s 481 - 492
[4] op. cit Abd Kadir Ahmad , m.s 35
[5] op. cit Ahmad Ibrahim , m.s 492
[6] ibid , m.s 495
[7] Lihat Wilkinson , R.J , Papers On Malay Subjeks Part I , Kuala Lumpur .

Perhatian

Setiap Muslim dan Muslimah perlu memahami secara sedar bahawa Islam sebagai peraturan hidup manusia merupakan Qadhiyyah Ilahiyyah (Permasalahan Uluhiyyah) yang bersifat samawi, tidak layak disamakan dengan peraturan-peraturan hidup ciptaan manusia. Umat Islam yang memahami hakikat ini sekali-kali tidak akan menyamakan Islam dengan mana-mana peruntukan hasil pemikiran makhluk.

Setiap Muslim dan Muslimah perlu meyakini bahawa Islam merupakan Din Allah SWT untuk manusia sejagat. Mereka perlu yakin bahawa Islam sahaja mampu menyelesaikan masalah manusia lantaran Islam ditanzilkan oleh Pencipta manusia.

Sesiapa yang memilih din yang lain maka dia menempa kerugian seperti mana yang diperingatkan Allah SWT dalam Firman-Nya:

“Dan sesiapa yang mencari selain Islam sebagai Din (peraturan hidup) maka sesekali tidak diterima dan ia di akhirat kelak dari golongan mereka yang rugi.” -

Surah Ali Imran: Ayat 85

Rahsia Kejayaan Generasi Awal


Kejayaan generasi para sahabat yang dibentuk Rasulullah SAW dalam mengejar matlamat hidup bukanlah kerana mereka memiliki pelbagai wasilah dan alat kelengkapan yang cukup. Rahsia kejayaan mereka ialah keimanan sejati, kepatuhan maksimum terhadap titah perintah Allah SWT dan cita-cita mendalam untuk mendapat keredhaan serta pahala daripada-Nya. Inilah rahsia menyebabkan mereka bersedia penuh menyahut setiap hajat dan keperluan Islam dari masa ke semasa. Juga rahsia yang mendorong mereka berkorban dan bangun melaksanakan setiap tuntutan Islam tanpa rasa berat walaupun menghadapi pelbagai kesukaran.


Islam berhajatkan kerja-kerja da’wah. Maka tampillah para du’at yang jujur, berani dan sabar menyampaikan risalah Allah SWT melalui lisan dan contoh teladan meskipun menghadapi berbagai halangan dan tentangan daripada musuh. Mereka tetap meneruskan kerja-kerja da’wah tanpa takut atau mundur ke belakang.



Islam memerlukan pengorbanan harta benda. Maka tampillah mereka yang memiliki harta benda dan kekayaan, lalu menginfaq kepada Rasulullah SAW dengan penuh rela tanpa rasa bakhil atau sayang kepada harta benda itu. Hinggalah terdapat di kalangan mereka yang berkata kepada Rasulullah SAW, “Apa yang tuan ambil daripada kami adalah lebih baik daripada apa yang tuan tinggalkan.”


Islam berkehendakkan pengorbanan jiwa untuk mempertahankan kesuciannya daripada dicemari musuh. Maka berlumba-lumbalah mujahid-mujahid dan pejuang-pejuang Islam memberi khidmat suci demi menyahut panggilan Allah SWT. Sungguh banyak pengorbanan, sumbangan dan khidmat bakti mereka untuk kepentingan Islam semata-mata.
Wassalam...

Monday, April 20

Realiti Umat Islam Kini

Sering terdengar percakapan-percakapan dan perbincangan-perbincangan di kalangan pemuda-pemuda dan ahli-ahli fikir Islam dewasa ini mengenai keperluan umat Islam terhadap kekuatan harta benda, ilmu pengetahuan dan pelbagai bidang ikhtisas untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi umat Islam dan membangunkan hidup mereka agar lebih maju dan makmur.

Namun, amat sedikit didapati perbicaraan dan tindakan yang serius tentang keperluan umat Islam terhadap keimanan sebenar, perhubungan hati dengan Allah SWT, kepatuhan kepada titah perintah-Nya dan mencari keredhaan-Nya dalam semua amalan.



Tegasnya, seseorang perlulah faham dan sedar bahawa setiap amalan yang lakukan dan wasilah yang dimiliki, tanpa bersandarkan kepada dasar keimanan terhadap Allah SWT, akan sia-sialah segala amalan dan wasilah itu di sisi Allah SWT. Begitu banyak harta yang menjadi milik orang-orang Islam tetapi tidak menguntungkan Islam. Begitu juga halnya dalam bidang-bidang lain.


Marilah sama2 kita renungkan, dimanakah betul kita dan dimanakah kurangnya kita.. Moga allah sentiasa membuka jalan keluar ygbaik kepada kita. InsyaAllah..


Wassalam...

Perkembangan dalam Membawa Islam

AGENDA MAHASISWA

Pergerakan mahasiswa Alaf Baru hendaklah memperkasa agenda melahirkan mahasiswa yang menjunjung maruah manusia terpelajar, berkhidmat untuk agama, negara dan bangsa, tanpa mengharapkan ganjaran material yang segera.

Gerakan mereka wajib meneruskan mata rantai perjuangan leluhur silam, menjauhi kebatilan, memiliki keterbukaan pemikiran, mempelopori perubahan disamping berpegang teguh kepada prinsip-prinsip perjuangan.


WANITA

Agenda wanita 2000 ialah melengkapkan diri mereka dari segi rohani, jasmani dan ilmu bagi membina kekuatan jatidiri mereka demi menghadapi alaf baru yang mencabar

Berjuang untuk mengembalikan hak-hak mereka yang telah dianugerahkan oleh Islam dengan menjadikan al Quran dan As Sunnah sebagai landasan pergerakan mereka

Mempastikan pelaksanaan hukum dan undang-undang di lakukan secara yang lebih baik melalui pendaulatan sistem dan undang-undang syariah, pengiktirafan kepada hakim syarie dan kakitangan mahkamah syariah dan berkerja keras untuk mempastikan mereka menduduki martabat yang setanding dengan hakim dan kakitangan mahkamah sivil.

Gerakan Wanita Islam Alaf Baru wajar meningkatkan semangat sukarela dengan melibatkan diri secara lebih aktif dalam usaha dakwah, ekonomi, politik dan sosial.



Wassalam

Saturday, April 18

Ya Allah, Lindungi dan Limpahkanlah HidayahMu Kepada Kami


Assalamualaikum w.b.t sahabat dan sahabiah seperjuangan sekalian.. Marilah sama2 kita memanjatkan setinggi2 Syukur kehadrat Ilahi kerana dgn limpah kurnia Rahmat dan Kasih sayangnya, kita masih mampu berada dan menempuhi mehnah ujian dunia yg penuh cabaran dan fitnah ini. Sesungguhnya dunia ini menjadi suatu cabaran dan ujian bg org beriman, dan hiburan bg org yg lalai. Nauzubillah...

Ana mohon maaf kepada sekalian sahabat kerana lama tdk mengupdate blog ana ini. Ana bermusafir seketika utk melihat suasana masyarakat Melayu dan lebih2 lagi masyarakat agama Islam.. Dengan ilmu yg sedikit ini, ayuh sama2 kita berkongsi apa yg kita dapat demi kpentingan diri sendiri dan rakan2 semua..

Apa yg sy dapat perhatikan dan kumpul pada perjalanan ringkas sy itu, masyarakat pemuda pemudi zaman ini kurang bersyukur dengan apa yg Allah kurniakan kpd kita. Fenomena dan masalah merubah status jantina semakin menjadi2 pada zaman ini. Apa yg dpt saya lihat adalah, bilangan org lelaki yg mengubah dirinya menjadi wanita semakin meningkat. Golongan ini juga dipanggil MAK NYAH. Ana kurang mengerti mengapa dan macam mana mereka boleh memberani dan membiasakan diri mereka menjadi seorng perempuan sedangkan ciri2 asli fizikal mereka masih jelas kelihatan..

Mereka juga berusaha mengubah ciptaan Allah yg telah Allah tetapkan kpada kita sejak azali lagi. Mereka juga mencuba bercakap seperti sorang perempuan dan berkelakuan seperti kaum Hawa yg sebenar. Nauzubillah..

Kepada siapakah yg ingin kita persalahkan sekarang ini? Golongan MAK NYAH? IBUBAPA? atau diri kita sendiri? Setiap lapisan dan pangkat masyarakat, tidak kira kerajaan mahupun tidak, kita semua bertanggungjawab dalam membimbing dan mentarbiah diri dan rakan2 kita kearah kecintaan hakiki kpd Allah..

Ayuh sahabat seperjuangan sekalian, seluruh manusia diatas muka bumi ini adalah umat Nabi Muhammad S.A.W... Umat nabi tebahagi kepada dua iaitu:

1. Ummatul Ijabah- manusia yg telah mendapat tunjuk ajar dan menjadikan AL-QURAN dan AS-SUNNAH sebagai pegangannya.

2. Ummatul Da'wah- manusia yg perlu dida'wah supaya mereka berpegang teguh dgn ajaran AL-QURAN dan AS-SUNNAH..

Jadi, tanggungjawab kita sekarang ini bukan sahaja kpd sahabat2 seIslam kita sahaja, malah berusahalah utk menjadi contoh dan menarik masyarakat bukan Islam utk mengenali agama Islam yg sejahtera ini.

Moga Allah melindungi,merahmati dan sentiasa menunjukkan kita jalan yg lurus. InsyaAllah..
Amin..

Wassalam.

Monday, April 6

BERUSAHALAH UNTUK MEMBAWA DIRI DAN RAKAN2 KEPADA KEREDAAN ALLAH


"Aslih NAFSAK wad'u GHAIRAK"

Perbetulkanlah diri kita dan berdakwahlah kepada orang lain..

Assalamualaikum...marilah sama2 kita merendahkan diri dan memuji dgn kekuasaan Allah.. moga2 kita termasuk org2 yg bertaqwa.. InsyaAllah..

Allahukhbar.. dalam membentuk masyarakat dan saudara Islam memerlukan kepada pemuhasabahan diri ini supaya menjadi contoh dan ikutan yg baik.. Diri ini perlu pertama sekali diperbetulkan dan meningkatkan prestasi diri kearah yg baik dan lebih baik.. Seperti hadis RAsulullah yg mafhumnya:

' Barang siapa yg hidupnya pada hari ini sama sahaja seperti hari semalam, mereka merupakan orang2 yg terlalu rugi. Barang siapa yg hidupnya pada hari ini lebih teruk dari hari semalam, mereka hidup dalam keadaan laknat. '


Dalam membawa Islam kepada saudara2 kita, jiwa dan rohani ini perlu dimuatkan dan dihiasi dgn ilmu2 yg sempurna supaya agenda penyampaian dakwah dapat dilaksanakan dgn sempurna.. Ayuh rakan2, berusahalah utk meningkatkan ketaqwaan diri kepada Allah dan RasulNYA moga hidup kita diredai Allah..InsyaAllah


Peringkat Pembentukan Sikap.


a) Peringkat Percubaan.

Dalam peringkat ini individu tertentu giat berhubung dengan berbagai ragam situasi sosial yang dihadapinya dalam lapangan hidup. Ia mengamati serta meneliti segenap interaksi peribadi yang dibentuk dengan orang lain serta jalinan hubungan sosial dengan figure atau benda di sekitarnya. Dalam peringkat ini ia menyorot kembali setiap peristiwa dari segi baik buruknya. Dengan demikian ia semakin arif dan berpengalaman sehingga terbentuk dalam dirinya asas atau tapak sentimen tertentu. Peringkat ini dinamakan peringkat pencapaian cognitive.


b) Peringkat Preferable (Preferable Stages)

Peringkat ini berkait dengan pengamatan seseorang terhadap persekitarannya yang kadang-kadang begitu terang atau jelas dan kadang-kadang agak mendatar dan dangkal. Ia berkait dengan penilaian yang mungkin objektif dan mungkin juga negatif untuk melakarkan apa yang diyakini atau dianggapnya begitu dan lantas diberi penilaian yang lebih berbanding dengan subjek yang lain. Oleh itu responnya lebih positif. Demikianlah juga sebaliknya. Pada peringkat ini individu giat membuat penilaian yang berkesinambungan terhadap pengalaman masa lampau yang menjadi asas rujukan nilai. Peringkat ini dinamakan peringkat penilaian.


c) Peringkat Mantap atau Stable Stages

Pada peringkat ini individu mencapai sesuatu keadaan yang mantap dari segi sikap kerana mantapnya pemikiran atau penilaiannya terhadap sasaran sikap serta bentuk tingkah laku yang umum yang akan mencorakkan keperibadiannya. Dalam peringkat ini ia menyatakan sikapnya terhadap sesuatu dalam bentuknya yang final, sama ada positif atau negatif.

Wassalam..

Thursday, April 2

PENGAJARAN UMUM BUAT UMMAT INI.

Sirah perjalanan hidup Rasulullah sewajarnya malah wajib dijadikan ikutan ummat islam seluruhnya . Jejak-jejak risalah harus dikaji dan direnungi dengan penuh keinsafan dan kesedaran untuk kembali meneruskan perjuangan suci menegakkan addin ini. Sejarah hijrah Rasulullah yang disorot dalam bentuk umum ini hanyalah sebagai pencetus rasa dan motivasi ke arah boleh mengenali peribadi Rasulullah dan golongan yang bersama baginda di abad pertama Islam. Apatah lagi sebagai golongan yang memikul beban yang mendalami agama, kita perlu hadir dalam sirah perjuangan rasul biarpun hanya bayangan seterusnya menjadikan ianya kenyataan buat kali kedua.

Dunia Islam sedang bergolak tanpa di ketahi bila sudahnya sedang kita memandang segalanya tanpa sebarang rasa dan usaha . Sejarah hijrah hanya kita ukirkan di lembaran kertas dan bicara. Maka hari ini sewajarnyalah kita melontar segala rutin warisan itu jaun dari hidup ini .Marilah… kita membina generasi islam yang baru seperti yang telah di ajar oleh Rasulullah dan titik mula pembinaan generasi itu tentunya bermula dari kita.

Bersamalah kita membakar semangat dan pengorbanan di dalam diri dengan mengambil Al-Quran sebagai panduan , Sunnah sebagai ikutan. Jadikanlah diri kita cermin kepatuhan Al-Quran dan Sunnah yang berjalan di muka bumi ini .Seharusnya kita berhijrah dari sebarang kepincangan kepada kebaikan dan daripada kebaikan kepada yang lebih baik dan seterusnya yang terbaik. Segala sifat negatif kita gantikan dengan sifat positif, yang suka berprasangka diubah menjadi sebaliknya yang malas diubah menjadi rajin, yang tidak ikhlas diubah kepada keikhlasan yang suci dan lain-lain.Ingatlah bahawa berpegang dengan aqidah dan akhlak islamlah, persaudaraan islam dapat dicapai sebagaimana yang disaksikan di dalam sejarah.

Namun kesakitan dan goncangan perasaan perlu dirasai sebelum merasai kemanisan selepas alam hijrah. Inilah dugaan yang mesti sedia ditempuhi oleh muslim demi menguji iman , menghapus dosa dan menaikkan tarafnya di sisi Allah . Berpantang hijrah tanpa menderita kepedihan dan ingatlah semua bentuk dan rentetan ujian tu memang di rancang oleh Allah kerana beban kemenangan yang menanti terlalu besar dan hanya dapat dipikul oleh mereka yang telah melalui hijrah .
Related Posts with Thumbnails