Have an account?

Sunday, June 28

Kemahasiswaan dan Isu-isu Akhlak

Seperti yang telah disebutkan di atas, ternyata kebelakangan ini kita menyaksikan usaha-usaha yang cukup ghairah untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap bidang. Kita juga sedar bahawa kecemerlangan tidak sahaja ditentukan oleh teknik pengurusan serta bantuan alat semata-mata, tetapi lebih dari itu ia ditentukan juga oleh faktor kemanusiaan, atau nilai-nilai insan itu sendiri.

Dalam mencapai aspirasi pembangunan misalnya, manusia adalah unsur yang paling menentukan kejayaannya. Pembangunan tidak bererti jika manusia itu sendiri runtuh. Justeru itu nilai-nilai akhlak amat perlu diberi penekanan dalam gerakan kemahasiswaan agar pembangunan yang ingin digarap seimbang dengan nilai-nilai keislaman. Tidak ada ertinya pembangunan tanpa kesehjahteraan dunia dan akhirat.

Tatacara menangani masalah-masalah masyarakat mesti difahami dengan tepat dan direalisasikan dalam berbagai lapangan hidup. Malah disertai dengan rasa tanggungjawab iaitu dengan menganggap jatuh bangunnya gerakan Islam, nasib ummah adalah di tangan golongan pencinta Islam yang sepatutnya bingkas berbuat bergerak menyusun rancangan dan sebagainya Sikap lemah, acuh tak acuh adalah sikap mukhallafun (golongan yang enggan berjuang) yang dibenci oleh ALlah.

Semangat dan usaha menentang setiap yang bemama kemungkaran pula harus berkobar atau dikobarkan. Tanpa semangat ini iman akan menjadi lesu. Tekad jihad akan menjadi lemah dan tidak mampu menampilkan daya juang ke taraf maksikma. Roh yang tidak ada keazaman berjihad adalah roh yang masih bergelumang dengan semangat jahiliah seperti yang pernah ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w.

من مات ولم يغز ولم يحدث نفسه بغزو , ومات على شعبة من النفاق

"Barangsiapa yang mati dan tidak berjihad dan tidak pernah bercita-cita untuk berjihad, mati dalam keadaan munafik".

ما ترك قوم الجهاد إلا عمهم الله بالعذاب

"Mana-mana kaum yang meninggalkan jihad nescaya ALlah akan mengenakan rnereka dengan seksaan yang merata."

Keunggulan, keagungan dan keindahan Islam sudah begitu banyak diperkatakan. Apa yang belum dikotakan dan ditampilkan dengan konkrit untuk zaman ini ialah contoh-contohnya yang nyata dan realisasinya. Setiap aktivis Islam berkewajipan membuktikan ajaran Islam itu dalam diri, keluarga dan wadah pergerakan mereka. Kita sepatutnya menjadi Ummatan Wassatan yang boleh memainkan peranan sebagai syuhada' 'linnas. Ini adalah suatu cabaran dan tanggungjawab yang besar dan berat. Mampukah gerakan mahasiswa memikul beban ini? Apakah kita berdaya atau mampu melaksanakan tugas-tugas Khaira umatun ukhrijat linnas (ummah terbaik) yang ditampilkan kepada manusia? Inilah cabaran yang menunggu jawaban praktikal daripada kita sekalian.

Perlu disedari gerakan kemahasiswaan harus menekan persoalan gerak kerja dakwah yang berkesan, dengan praktik akhlak Islam yang betul dalam konteks haraki Lantaran tanpa akhlak pembelotan, pengkhianatan dan sindrom individu tercicir dari gerakan dakwah akan berlaku. Sejarah telahpun mencatatakan fenomena ini, di mana figure yang 'gagah' dan mantap sekalipun boleh tercicir. Kita khuatir dengan adanya sindrom ini persaudaraan bertukar menjadi permusuhan, idealisme hanyalah ibarat impian di siang hari.

Memang tidak mudah untuk berpaut dengan nilai-nilai murni seperti yang ditegaskan oleh ALlah. Apatah lagi dalam suasana yang penuh dengan ransangan yang menarik manusia supaya melutut kepada tuntutan syahwatnya. Tidak mudah untuk mengamalksn sikap-sikap mulia dan akhlak-akhlak yang luhur dalam kemelut masyarakat yang menghakis segala daya tahan dan daya juang aktivis Islam. Tepat seperti yang ditegaskan oleh ALLAH:


"Kalaulah tidak kerana kurnia dan rahmat ALIah nescaya tidak ada seorang pun dari kamu yang disucikan (jiwa dan hati nuraninya) ".

Tidak dapat dibayangkan betapa suramnya gambaran nasib umat sekiranya golongan pendakwah khususnya mahasiswa Islam gagal menghayati nilai warisan ini. Kalau mereka gagal mencapai cita-cita besar yang merujuk kepada pengembalian penghayatan Islam maka ini adalah suatu yang malang. Akan tetapi yang lebih malang ialah apabila nilai-nilai suci dan murni agama ini gagal dihayati dalam peringkat diri, keluarga dan wadah sendiri. Untuk mengelakkan hal ini maka para Dai' harus mengatasi kelemahan diri masing-masing.

Abu Nasr As-Saraj menyatakan bahawa dari segi adab manusia terbahagi kepada tiga peringkat:

- Ahlu 'd-Dunia: kebanyakan realisasi adabnya ialah dalam bentuk (memperelok) gaya bahasa dan kefasihan, menghafal ilmu dan sya'ir gurindam.

-Ahlu 'd-Din: kebanyakan manifestasi adabnya ialah mengasuh diri, mendisiplinkan anggota, menjaga batasan ALlah dan meninggalkan tuntutan syahwat.

- Ahlu' I Khususiah : kebanyakan latihan disiplin diri mereka ialah menjernihkan hati, mengelokkan batin, menunaikan janji (antara hamba dan tuhannya), menjaga waktu, kurang melayani perasaan dan lintasan filciran (yang tidak bermakna), sikap dan bicaranya sopan ketika memohon, ketika mendekatkan diri kepada ALLAH.

Tanpa bersikap prejudis kita percaya gerakan mahasiswa mampu mencipta budaya kerja serta arus pergerakan yang cemerlang, kiranya mereka dapat memanfaat, menggarapi serta menanamkan roh serta nilai-nilai unggul agama sebagai teras serta arah perjuangam Semangat kecemerlangan mcmang cukup menyerlah dalam pelbagai aspek ajaran Islam. Allah sendiri menyatakan diri-Nya dengan sifat-sifat superlatif seperti Ahsanu 'I-khaliqin (Pencipta yang terbaik), Ahkamu 'I-hakimin (Hakim yang mengungguli segala hakim) dan sebagainya manusia sendiri dinyatakan sebagai makluk yang berkualiti tinggi - ahsani taqwim (ciptaan terbaik).

Wassalam..

Friday, June 26

Keselarasan Roh dan Pemikiran Dalam Gerakan Kemahasiswaan

Kecenderungan masyarakat dewasa ini kembali kepada ajaran dan nilai-nilai Islam agak ketara. Ini sejajar dengan proses kematangan pemikiran ummat setelah melalui sekian banyak Peristiwa-peristiwa yang mengandungi suka duka hidup. Sudah pasti keinginan dan keghairahan untuk kembali menghayati Islam sedemikian rupa memerlukan skima pemikiran yang mantap, jelas dan kaya dengan inspirasi, modal dan gagasan baru dalam berbagai aspek. Islam yang hendak dihayati itu tentulah Islam dalam bentuk yang setaraf dengan cabaran, wawasan dan tuntutan masa kini. Ia perlu segar dan mempunyai unsur tajdid.

Dalam menangani situasi begini, gerakan mahasiswa harus sedar bahawa kehadiran serta peranan mereka akan menjadi lebih dominan serta bersemarak, kiranya mereka dapat memastikan bahawa keghairahan untuk menghayati Islam tersebut memerlukan mereka sendiri bahkan setiap aktivis yang dididik memiliki roh dan pemikiran Islam. Roh dan pemikiran Islam terjunam kukuh serta dapat diselaraskan di semua peringkat pengikut serta penggerak organisasi.

Keselarasan ini harus merangkumi kesedaran tentang:

1. Islam ialah suatu Manhajul Hayah (sistem hidup) yang sepatutnya menjadi dasar negara dan budaya ummah

2. Kesempurnaan Islam (syumuliyatu 'I-Islam) dan ajarannya perlu berfungsi dalam masyarakat

3. Keperluan bergerak dalam satu rangka pemikiran yang selaras, searah dan dalam satu wadah pergerakan dengan fiqh prioritas syara' yang mu'tabar

4. Kemestian menolak aspek-aspek salbiah (negatif), ittikaliah (tawakal yang tidak bertempat), pessimistik dan faham sekularisme dalam amalan dan pemikiran

5. Kemestian mengasaskan ilmu atas dasar yang integrated (sepadu), sempuma dan selaras dengan nilai-nilai rabbaniah

6. Kemestian menuju ke arah kepimpinan yang mempunyai ilmu yang mutakamil (sepadu) dan memililci ciri-ciri warathatun-Nubuwah (pewaris ciri-ciri kenabian) untuk mengurangkan berlakunya kemungkinan-kemungkinan negatif

7. Keperluan menghargai wadah-wadah Islam yang lain serta sumbangan masing-masing dalam membawa ummah ke arah peningkatan hidup secara Islam

8. Peningkatan kesedaran sosio-politik untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam segenap peringkat dan bidang, sama ada peringkat pasca komunisme, mahupun peringkat New World Order

9. Penggarapan apa yang boleh dicapai dalam batas kemampuan dan kesempatan masa kini.

10. Kepentingan meningkatkan akhlak dalam konteks pergerakan dan juga berinteraksi dengan individu serta masyarakat.


Wassalam..

"KESEDARAN MEMIMPIN KEMAJUAN"

Monday, June 22

AYUH, BANGKITLAH WAHAI SEKALIAN PEMUDA ISLAM!!!


Pemuda merupakan generasi yang perlu diambil perhatian oleh seluruh individu yang cintakan Islam. Sejarah membuktikan kehadiran pemuda dalam masyarakat menjadi faktor penyumbang kepada kemajuan dan kebangkitan sesebuah masyarakat ataupun negara. Paling penting, kekuatan agama Islam terdahulu amat bergantung kepada tenaga golongan muda yang sanggup mengorbankan jiwa mereka untuk menjadi benteng bagi mempertahankan agama daripada segala macam anasir yang cuba untuk merobek kesucian agama Allah.


Masyarakat hari ini menghadapi suatu fenomena keruntuhan akhlak dalam kalangan anak-anak muda. Sedarlah -wahai manusia-manusia yang mengakui sayangkan agama Allah Taala- musuh menyedari bahawa golongan pemuda adalah aset penting dalam pembangunan ummah. Mereka tidak akan berpeluk tubuh melihat pemuda Islam bangkit mempertahankan agamanya. Ketika umat Islam terus bersikap untuk berada dalam ‘selimut’ kemewahan dunia, ketika itulah juga musuh menyusun strategi merosakkan anak-anak muda Islam.


Lihatlah dan bukalah mata anda seluas-luasnya! Jadilah manusia yang prihatin terhadap keadaan sekeliling! Bagaimana nasib yang dihadapi oleh generasi pelapis masyarakat ini? Mereka dibina atas dasar keimanan ataupun sentiasa dimomokkan dengan teori palsu ciptaan Barat kononnya untuk mencapai kemajuan yang singkat? Jangan mudah untuk dipengaruhi oleh nilai dunia yang terlalu kecil dibandingkan dengan kejayaan ukhrawi yang sedang menunggu kita - wahai saudara-saudaraku-.


Wahai sahabat-sahabatku sekalian pemuda,


Sedarilah! Anda sedang dijauhkan daripada mengenal Allah Taala dan RasulNya. Prinsip keimanan cuba dilondehkan daripada terus menjadi pakaian anda. Musuh dari dahulu lagi telah menyiapkan pakaian ‘syaitani’ untuk melalaikan anda dari mengenali tanggungjawab yang perlu dipikul. Ketahuilah! Tanggungjawab anda adalah mempertahankan agama Allah Taala. Diri anda adalah benteng kepada sekalian umat Islam. Jatuhnya anda seolah-olah memberi isyarat kepada jatuhnya umat ini.


Jadilah pemuda yang cintakan Islam. Kemuliaan dan keagungan Islam itu bukan disebabkan kita yang menjadi pejuang-pejuang dan mujahid-mujahid agung bagi mempertahankannya. Akan tetapi, anda menjadi mulia disebabkan anda bersedia untuk menjadi salah seorang daripada pembantu-pembantu agama Allah. Fahamilah bahawa Islam itu selama-lamanya mulia. Islam itu akan selama-lamanya tinggi dan tidak akan ada yang lebih tinggi dariNya. Sekiranya anda tidak mahu menjadi salah seorang dari mujahid agung, ingatlah, di sana ada jutaan lagi tentera Allah yang akan mempertahankan kesucian agama ini.


Renungilah Firman Allah Taala dalam ayat di bawah;


“ Sekiranya kamu tidak mahu menolongnya (Muhammad Sollallahu’alaihiwasallam), maka sesungguhnya Allah Taala telah menolongnya. Ketika orang kafir mengeluarkannya dari mereka sedang dia adalah salah seorang dari keduanya ketika mereka berada dalam gua. Ketika itu dia berkata kepada sahabatnya; “ Jangan kamu bersedih, sesungguhnya Allah Taala bersama kita”.. Lalu Allah Taala menurunkan ketenangan ke atasnya dan mengukuhkannya dengan tentera yang tidak dapat dilihat. Allah Menjadikan kalimah kufur itu berada di bawah. Dan Kalimah Allah Taala itu sentiasa berada di tempat yang tertinggi. Dan Allah Taala itu Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana”
(at-Taubah: 40)


Hidup dan mati untuk Islam dan kerana Islam!!! Allahuakbar!!!

Saturday, June 20

TUNTUTAN TARBIAH DALAM KERJA

Setiap gerak kerja di dalam jemaah atau organisasi mestilah diarah dan dijuruskan kepada pembentukan peribadi dan tarbiah anggots.Ianya hanya dapat dilaksanakan dengan jayanya apabila kepimpinan gerakan memahami dengan baik tentang permasalahan tarbiah. Adalah diharapkan mereka sendiri adalah keluaran daripada madrasah dakwah dan tarbiah ini.

Kepentingan tarbiah

Kita menyakini bahawa untuk membangunkan semula 'ummah Islamiyyah' tidak hanya sekadar dengan ucapan-ucapan, khutbah, tulisan-tulisan, muktamar-muktamar dan sebagainya, tetapi lebih daripada itu ialah mencetak jiwa dan fikrah Islamiyyah yang tulin,mendidik generasi ini dengan akhlak, penderitaan dan pengorbanan. Kerana itulah, meletakkan sistem tarbiah yang mengikat mukmin dengan tuntutan dan kewajipan ini adalah suatu yang begitu wajar dan amat perlu.

Noktah penting mengenai tarbiah.

Tarbiah yang merupakan intipati bagi setiap kerja organisasi atau persatuan hendaklah merangkumi di dalam beberapa noktah penting sebagai manhaj kepada tarbiah Islamiyyah itu sendiri.

Noktah-noktah tersebut ialah:

1 ) Menghidupkan hati dan jiwa.
Kita amat berhajat dan memerlukan para pekerja dan anggota yang memiliki hati dan jiwa yang hidup serta mempunyai iman yang mantap. Oleh itu, merupakan suatu kewajipan menyedia dan mengetengahkan tarbiah ruhiyyah kepada anggota.

2 ) Pembentukan akhlak.
Menghala dan menjuruskan tarbiah ke arah pembentukan akhlak yang mulia adalah tugas yang tidak boleh dipandang ringan. Ia adalah tugas berat yang mesti ditanggung dengan penuh keazaman dan kesungguhan. Akhlak mulia yang dimaksudkan adalah yang terpancar daripada ibadah dan ketaatan kepada Allah yang merupakan hasil daripada aqidah yang sohihah.

3 ) Marhalah tarbiah.
Setiap peribadi yang berkembang tanpa proses atau marhalah tarbiyah ataupun dengan kata lain meningkat tanpa terlebih dahulu dibina dari bawah. Sesungguhnya akan menjadi beban dan tanggungan yang berat kepada jamaah. Bahkan ia akan mengakibatkan kemudharatan kepada jamaah dan organisasi perjuangan.

4 ) Dasar yang positif.
Manhaj tarbiah mestilah dibina di atas dasar yang bersikap positif dan tidak merugikan. Dasar yang bersifat positif lebih membantu ke arah ketenangan dan merupakan sumber kekuatan dan kecergasan dalam bekerja.

5 Menjauhi Pandangan Negatif
Kerja yang berterusan,menlazimi kerja yang bersifat jihad dan pengorbanan yang tinggi berupaya mengelak timbulnya pandangan negatif terhadap kerja-kerja organisasi dan merupakan erti yang sungguh bermakna serta memadai sebagai sumber hidaya manusia kepada amal Islami yang kita perjuangkan.


Wassalam..
"SALAM PERJUANGAN, SALAM PENGORBANAN"

Tuesday, June 16

KONSEP NASIHAT-MENASIHATI SUATU KEWAJIPAN

Kita adalah manusia yang memiliki kekurangan dan kelemahan dan menjadi suatu kewajipan terhadap setiap peribadi anggota jamaah atau organisasi menunjuk dan memperbaiki kesalahan di antara satu sama lain melalui konsep ini. Ia adalah satu konsep yang bertepatan dengan pengarahan Al-Quran dan As-Sunnah.

Setiap yang menasihati hendaklah memperbetulkan niat untuk memperbetulkan kesalahan dan menjauhi perkara-perkara negatif kaerana Allah dan setiap yang menerima nasihat hendaklah pula menerima nasihat dan teguran itu dengan sikap berlapang dada dan mengambil manfaat daripada nasihat demi kebaikan diri dan dakwah.

Sabda Rasulullah S.A.W.:

الدين النصيحة قلنا لمن يا رسول الله قال الله ولكتابه ولرسوله ولأئمة المسلمين وعامتهم
(رواه مسلم)

Maksudnya: “Agama itu adalah nasihat. Kami bertanya bagi siapa wahai Rasulullah. Kata Rasulullah,: “bagi Allah, kitabnya, RasulNya dan para pemimpin kaum Muslimin dan orang-orang awam.

Dalam skop kerja dan jemaah, cara menegur dan menasihati mestilah diambil kira dan menepati adab-adab Islam agar ia bermanfaat untuk kemaslahatan kerja dan dakwah.


Wassalam..

Monday, June 15

NILAI AMANAH DALAM KERJA

Para pekerja dan pendai'e lebih dituntut untuk menghiasi diri dengan sifat ini,agar mereka sentiasa berada sebagai orang kepercayaan ummah dan masyarakatnya.

Amanah dalam kerja terbahagi kepada tiga bahagian:

(a) Amanah terhadap harta: amanah terhadap harta pula dapat pula dibahagikan kepada 3 perkara utama:

(i) Menunaikan hak kepada yang berhak terhadap harta tersebut.

Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya. (Surah An-Nisa'-58-)

Sesungguhnya setiap kecuaian yang berlaku terhadap pencuaian hak kepada yang layak adalah merupakan satu jenayah dan kezaliman.

(ii) Memelihara harta umum: memelihara harta umum adalah neraca yang cukup halus menunjukkan sejauh mana amanah seseorang yang ditugaskan sebagai mas'ul, bertanggungjawab terhadap harta tersebut. Setiap pencurian, penyelewengan, khianat terhadap harta umum dinamakan oleh Islam sebagai ghalul.

Firman Allah dalam Surah al- Imran ayat 161 yang bermaksud:
“Tidak mungkin seseorang nabi berkhianat dalam urusan harta rampasan perang. Barangsiapa yang berkhianat dalam harta rampasan perang itu, maka pada hari kiamat akan membawa apa yang dikhianatkannya itu.”

(iii) Tidak membazir harta umum: membazirkan harta umum hukumnya haram. Islam telah mengharamkan pembaziran dalam segala bentuk harta khusus ,apatah lagi pemberian itu berlaku dalam bentuk harta umum.

Firman Allah yang bermaksud:
“ Janganlah kamu membazir ,sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang membazir.” (Surah Al-An'am -141-)

(b ) Amanah terhadap ucapan.

Para pendakwah mestilah beriltizam dengan amanah dan benar dengan khabar yang disampaikan atau soalan yang ditujukan kepadanya. Apabila pendakwah mashyur dengan tidak berlaku benar di dalam ucapannya, maka hilanglah kepercayaan ummah terhadapnya, bahkan jatuhlah nilai dirinya seperti jatuhnya harga barang di pasaran.

Firman Allah yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan juga janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepada kamu.
(Surah Al-Anfal-27-)

(c ) Amanah terhadap tabligh:

Bersifat menyembunyikan ilmu dan memutarbelitkan sesuatu kenyataan yang wajib dijelaskan adalah dikira sebagai khianat dan layaklah mendapat laknat dan kemurkaan Allah.

Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang yan menyembunyikan apa yang telah kami turunkan beberapa keterangan-keterangan yang jelas dan petunjuk,setelah kami menerangkannya kepada manusia di dalam Al-Kitab, mereka dilaknat oleh Allah dan dilaknat pula oleh semua makhluk yang dapat melaknat.(Surah Al-Baqarah-109-)

Wassalam

Sunday, June 14

MERENDAH DIRI SIFAT TERPUJI

Sifat merendah diri sesama manusia merupakan sifat yang menghimpunkan manusia mengelilingi para dai'e. Ia adalah merupakan sifat terpuji warisan Rasulullah.

Sifat merendah diri yang dimiliki oleh setiap pekerja di dalam medan amal akan menghidupkan lagi suasana tolong menolong dan ukhuwwah.

Para pendakwah yang membekali diri mereka dengan ilmu, menghiasi diri dengan sifat berlembah lembut dan berakhlak dengan sifat merendah diri, tidak syak lagi merupakan orang layak dan mampu memainkan peranan dalam kerja-kerja perubahan di dalam masyarakat. Firman Allah yang bermaksud:

“Dan hamba-hamba yang baik dari Tuhan Yang Maha Penyayang itu ialah orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang mengandungi keselamatan.”

(Surah Al-Furqan-63-)

Wassalam..

Saturday, June 13

PERMASALAHAN IKHTILAT SUATU KEMUNGKARAN

1 . Permasalahan ikhtilat yang menjadi prinsip dan landasan kita berkerja adalah berlandaskan firman Allah yang bermaksud :

"Katakan kepada orang lelaki yang beriman, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan hendaklah mereka menjaga kemaluan mereka.Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan." (Surah An-Nur-30-)

Firman Allah yang bermaksud :

"Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan hendaklah mereka menjaga kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang biasa nampak daripadanya sahaja." (Surah An-Nur-31-)

2 . Prihatin kita yang serius terhadap permasalahan ikhtilat bukanlah di atas dasar semangat melulu dan cemburu buta, tetapi jauh lebih suci daripada itu ialah bertolak di atas bangga dengan akhlak Islam dan kemegahan organisasi yang sama-sama menjadi stage perjuangan.

3 . Permasalahan tanggungjawab atau jawatan yang disandang bukanlah syarat mutlak atau sebab yang boleh bertolak ansur di dalam hal-hal yang terang-terangan bercanggah dengan syariat Seruan ke arah kembali menghayati dan beramal dengan kemurnian akhlak Islam adalah suatu yang sama-sama sekali tidak patut ditolak dan disangkal oleh muslim sebenar.

4 . Menutup pintu-pintu yang boleh membawa kepada ikhtilat adalah merupakan suatu yang wajib. Ini adalah kerana kecenderungan naluriah antara lelaki dan perempuan adalah kecenderungan yang begitu mendalam sekali. Membangkitkan kecenderungan itu, hanya akan menambahkan geloranya. Oleh itu, jalan yang paling aman dan selamat ialah dengan mengikut jalan yang telah diletak dan dipilih oleh Islam.

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan apabila kamu meminta sesuatu keperluan kepada mereka (isteri-isteri nabi) maka mintalah dari belakang tabir.Cara yang demikian lebih suci bagi hatimu dan hati mereka." (Surah Al-Ahzab-53-)

5 . Permasalahan ihktilat di dalam kerja hendaklah di pandag serius oleh pendukung dan petugas di dalam medan Islami terutama pihak pimpinan agar tidak terus berlaku menjadi amalan biasa di kalangan anggota.


Wassalam..

Thursday, June 11

KEDUDUKAN AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR


"Amar makruf Nahi mungkar" merupakan tugas bagi setiap pendukung dan pejuang kebenaran. Suatu keistimewaan yang dimiliki oleh pendukung kebenaran ialah mereka sentiasa tetap menunaikan tugas amar makruf nahi mungkar walau bagaimana keadaan mereka berada, samada didalam waktu kuat atau lemah, tugas ini tetap menjadi tugas dan prinsip yang sentiasa dipertahan dan diperjuangkan


Firman Allah yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan , sebahagian mereka adalah menjadi penolong sebahagian yang lain. Mereka menyuruh yang makruf dan mencegah dari yang mungkar .” (Surah At-Taubah -71-)

Menunaikan tugas amar makruf nahi mungkar, bererti ia akan berhadapan dengan ujian dan tribulasi. Bahkan segala bentuk ujian itu sudah menjadi sunnah Allah di dalam penunaian tugas dan kewajipan ini.

Firman Allah yang bermaksud:

"Hai anakku dirikanlah sembahyang dan suruhlah manusia mengarjakan yang baik dan cegahlah mereka daripada perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu."(Surah Luqman-17-)

Didalam menunaikan dakwah ini, ia megandungi keberkatan. Sesungguhnya Allah telah menyediakan kelebihan dan kedudukan yang tinggi bagi pejuang dan pendukung tugas yang mulia dan suci ini. Memadailah dibentangkan beberapa kelebihan dan keutamaan itu.

(a) Mereka adalah sebaik-baik umat secara mutlak.

Firman Allah yang bermaksud:

"Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan oleh Allah kepada manusia , kamu menyuruh dengan perkara makruf dan mencegah daripada melakukan perkara-perkara mungkar dan kamu beriman dengan Allah."(Surah Al-Imran-110-)

(b) Mereka adalah golongan yang memperolehi kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Firman Allah yang bermaksud:

"Hendaklah ada diantara kamu satu golongan yang menyeru ke arah kebaikan, menyeru melakukan perkara yang makruf dan mencegah daripada melakukan perkara yang mungkar. Dan merekalah orang-orang yang berjaya."(Surah Al-Imran-104)

(c) Kurniaan ganjaran pahala yang berterusan dan berpanjangan.

Sabda Rasulullah S.A.W:

من دعا الى هدى الله له من الأجر مثل اجور من اتبعه لا ينقص من اجورهم شيأ

(رواه مسلم)

Maksudnya: “Barangsiapa yang menyeru ke arah petunjuk adalah baginya pahala seperti pahala orang yang mengikut petunjuk itu.Tidak kurang ganjaran pahala mereka itu sedikit pun.”

(d) Merekalah kebanggaan dan sumber segala kebaikan.

Sabda Rasulullah S.A.W.

:فو الله لأن يهدى الله بك رجلا خيرا لك مما طلعت الشمس وغربت

(رواه بخارى)

Maksudnya: “Demi Allah yang memberi petunjuk kepada seorang lelaki dengan sebab engkau, adalah lebih baik daripada naik dan jatuhnya matahari.”


Wassalam..

Wednesday, June 3

BEKERJA DALAM JEMAAH SATU TUNTUTAN

Assalamualaikum... Salam ukhuwah kpd sahabat seperjuangan semua. Moga kita sentiasa berada di dalam jalan yg lurus dan diredai.. InsyaAllah.. Ana ketandusan idea utk mengisi blog ini.. YaAllah, kurniakanlah kpdku kerajinan dan pengetahuan yg luas..Amin.. Baru2 ini,sahabat ana ada meminta utk mengupas berkenaan masal bohsia. Tetapi,pengetahuan ana yg trbatas tdk mmberi ruang utk brcakap mngenai isu itu..

InsyaAllah pada kali ini, ana akan mengupas serba sedikit mengenai peri pentingnya menyebarkan dakwah Islam dalam berkumpulan dan pada jalan yg benar.

Kewajipan berjemaah dalam menggerakkan kerja-kerja dakwah dan amal Islam tidak dapat dinafikan lagi kepentingannya.

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan hendaklah ada dari kalangan kamu suatu ummat yang menyeru kepada kebaikan dan menyeru kepada makruf dan mencegah daripada mungkar " [surah :Al -Imran -104 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

يد الله مع الجماعة فمن شذ شذ في النار ابما يأكل الذئب من الغنم (الفا صية
(البخارى و مسلم)

Maksudnya:"Kekuasaan Allah bersama jemaah , sesiapa yang bersendirian dia bersendirian di neraka. Hanyasanya yang dibaham daripada kambing-kambing ialah yang bersendirian dari kumpulannya.”

Namun disana, perlu kita mempelajari dan memahami jalan dakwah manakah yg diredai Allah. Sekiranya kite menjalankan dakwah di dalam jalan yg salah, maka sgala yg kita usahakan menjadi sia2. Oleh itu, pelajari dan fahamilah tntg taadud jamaah dan dan dasar jemaah yg baik supaya usaha kita untuk membentuk dan mentarbiah diri dan masyarakat lain mendapat pertolongan dan keredaan Allah..

Wassalam..
Related Posts with Thumbnails