Have an account?

Sunday, March 28

Memahami Sirah Rasulullah SAW


·.. Tidak ada satu pun biografi kehidupan seseorang di dunia ini selengkap biografi Rasulullah SAW.
·.. Kita boleh menyemaknya mulai dari masa pernikahan Abdullah dan Aminah -ayah bunda beliau- sampai dengan wafatnya.
·.. Kita boleh mengenal jelas waktu kelahirannya, masa kecil dan masa mudanya. Apalagi setelah beliau diangkat sebagai Nabi dan Rasul, dengan terperinci.
·.. Biografi beliau merupakan sejarah lengkap kehidupan seorang manusia yang dimuliakan dengan risalah Allah, yang tidak terlepas dari sisi-sisi kemanusiaannya.
·.. Maka sangatlah relevan bila Allah SWT memerintahkan agar individu Muhammad SAW diteladani dan dijadikan rujukan hidup umat manusia.
·.. Firman Allah : "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." (QS. Al Ahzab : 21)
·.. Kehidupan beliau sangat kompleks, menyangkut segala aspek kehidupan, sehingga tidak ada satu sisi pun dari kehidupan manusia yang terlepas dari sisi kehidupan beliau.

Monday, March 22

~Kasih Ibu~


Kami tiba di hadapan istana usang, yang anjungnya sudah ranap menyembah bumi. Aku, Su dan Adi memutar kenangan silam yang tidak mungkin akan kami lupakan hingga akhir hayat. Lantas, kenangan itu berlegar-legar di ingatanku dan bagaikan sebuah filem, ia terlayar kembali di ruang mataku.
* * * * *
Pagi itu, aku dan adikku, Adi, akan pulang ke asrama kerana cuti persekolahan telah tamat setelah hampir dua bulan kami bercuti. Bekalan sudah siap tersedia, segala pakaian, buku-buku dan keperluan lain telah disiapkan.
Sewaktu bersarapan, ibu sempat berpesan agar kami berdua belajar bersungguh-sungguh demi membela nasib keluarga kami yang telah kehilangan tempat bergantung semenjak kematian ayah yang tercinta enam bulan lalu. Ini merupakan tahun keempat bagiku bersekolah asrama iaitu sejak aku berada di tingkatan satu manakala bagi Adi pula, ini merupakan tahun keduanya bersekolah asrama.

Friday, March 19

Siapakah Yang Akan Menyambut Seruan Kesedaran?



Firman Allah S.W.T.:
Kebenaran itu dari Tuhanmu, oleh itu janganlah kamu termasuk golongan yang ragu-ragu."-Surah al-Baqarah: ayat 47.

Asas keimanan yang kukuh mesti dibina semula untuk menolak semua serangan yang cuba menguasai hawa nafsu. Iman mestilah dilatih agar mengawasi hawa nafsu. Iman mestilah dididik untuk menuju ke arah kesedaran dan kecintaan Ilmu. Jangan biarkan hawa nafsu menguasai Iman dan menggadaikannya. Penguasaan hawa nafsu bakal membawa kepada kesesatan.

Tuesday, March 16

~(T_T)nilai kasih seorang Ibu~


Sekadar perkongsian kesyukuran~

-------------------------------------------

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron, menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu :
Tolong pergi kedai RM1.00
Tolong jaga adik RM2.00
Tolong buang sampah RM1.00
Tolong kemas bilik RM2.00
Tolong siram bunga RM2.00
Tolong sapu sampah RM2.00

Friday, March 12

"KEMENANGAN SEMANIS MADU MEMERLUKAN PENGORBANAN SEPAHIT HEMPEDU"

video

Hidup ini adalah sebuah perjuangan . Perjuangan memerlukan pengorbanan .
Dua perkataan yang terlalu sinonim malah mesti wujud demi sebuah kejayaan dan kemenangan yang ingin dicapai . Bak kata hukama’

“ Kejayaan semanis madu memerlukan pengorbanan sepahit hempedu ”

Begitulah jua yang difirmankan oleh Allah swt :
Maksudnya : Berjuanglah kamu samaada ringan atau berat dan berkorbanlah dengan harta dan jiwa kamu di jalan Allah yang sedemikian itu adalah terlebih baik (kemenangan ) bagi kamu jika sekiranya kamu mengerti . -Surah At Taubah:41 .


Sunday, March 7

Exam...Exam...dan Exam..!


Yang terbaik insyaAllah..

ALQURAN & ILMU

Apabila masa dikurangkan utk perkara

lagho, lebih banyak masa

diperuntukkan utk mengulang hafazan Quran, membaca

AL-Quran & terjemahannya serta tafsirnya, mencari hadith2

nabi sebagai sumber motivasi. & jgn sesekali kita kurangkan

masa utk AL-Quran, kerana kita nak spend lebih masa utk

belajar. HUH!, siapa dirimu utk merasakan senang belajar &

lebih bnyk masa utk buku2mu simply bererti kau akan

cemerlang? Saya turut menyedari, pattern mudah ilmu masuk

berkadar terus dgn banyaknya masa utk Al-Quran, kerana

Al-Quran full of wisdom, motivation, penerang hati pemudah

ilmu masuk ke dada.


Jadi biarlah Al-Quran, Solat, Amal Islami jadi part & parcel of

your daily life. Semoga musim exam terus subur utk melahirkan

rasa cinta & rasa pengharapan pada Allah y Esa. Andai seperti

ini tiap2 kali musim exam, biarah exam tiap2 bulan pun tak

pe….Biarlah matiku dalam menghadap exam kerana selalunya

tahap amalan bisa tinggi tika itu.

Selamat menempuhi Exam ya kawan2.. Moga kejayaan mengiringi bersama2 kita..InsyaAllah..
~Usaha3!..Berdoa!...Tawakkal!..~

Allahua'alam..
Related Posts with Thumbnails