Have an account?

Tuesday, February 24

Daging untuk Ular Buta

Assalamualaikum..mari sama2 kita mndengar sebuah cerita berkenaan sifat tolong-menolong diantara makhluk Allah yg dipanggil haiwan..moga2 kita semua dapat mngambil iktibar dan berusaha untuk menolong orang laen dalam apa jua sekalipun..Selamat Mendengar..


Pada suatu hari, seorang cendekiawan terkenal yg bernama Malik bin Dinar menyediakan makanan di dapur rumahnya. Entah bagaimana, seekor kucing datang dan mencuri sepotong daging di atas meja. Malik mengekori kucing itu senyap2.
"Ke mana dia hendak bawa daging itu?" bisik hati Malik
Kucing itu terus berlari membawa daging itu di mulutnya.
Malik tetep mengekorinya. Dia melihat kucing itu pergi ke suatu tempat.
Di situ trdapat lubang di celah2 batu.
Kucing itu segera menghampiri lubang itu dan mengeluarkan daging dari mulutnya.
Tiba2 Malik melihat seekor ular keluar dari lubang itu lalu mengambil daging dan memakannya.
Kucing itu hanya memerhatikan sahaja. Malik mengamati ular itu dan mendapati ular itu buta.
Rupa2nya kucing itu membawa daging utk ular buta yg lapar di dlm lubang.
Cerita ini banyak memberi pengajaran kepada kita bahawa makhluk Allah yg tidak berakal juga mempunyai perasaan belas kasihan sesama meraka..Apatah lagi kita hamba Allah yg berakal.. Adakah kita tdk dapat mampu memberi dan melimpahkan kasih dan belas kasihan kepada saudara kita yg kurang bernasib baik.. Ayuhlah teman yg bertaqwa, bantulah rakan2 kita yg berada di dalam kesusahan..Contohilah peribadi pimpinan kita Rasulullah S.A.W.. Baginda tetap akan menolong orang pada setiap hari kerana ganjaran yg dijanjikan Allah amatlah besar..
wassalam..

0 Tinggalan Kata-kata:

Related Posts with Thumbnails