Have an account?

Friday, November 26

Terjatuh lagii~

Assalamualaikum w.b.t.. Apa khabar kawan2 sekalian..??Moga kita sntiasa berada di dalam lindungan,peliharaan dan rahmat Allah s.w.t, InsyaAllah..

Sudah lama sy tidak mgupdate blog ini, sejak kebelakangan ini.. Suasana persekitaran bnyk mngajar saya erti dan hakikat kehidupan yg sebenar.. Smoga kita semua sntiasa merasai dan yakin bahawa kita ini adalah seorang hamba yg semakin hampir menuju kepadaNYA..

 "Ya Tuhanku, ampunilah aku dan saudaraku dan masukkanlah kami ke dalam rahmat Engkau, dan Engkau adalah Maha Penyayang di antara para penyayang."




Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia  sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud  tertentu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian  samada secara langsung dari Allah atau melalui orang  lain,  kita mula melatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan  orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam  dan mudah buruk sangka. Yang dahsyatnya ialah kalau  hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian  itu.
        

            Allah Maha Pengasih; jauh sekali Allah takdirkan ujian  hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. Marilah kita  sama-sama  cungkil  hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan.

             Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan  sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah,  mendekatkan diri dengan Allah, harapkan pertolongan  Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya.

             Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. Sebab  itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau  lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan  ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak  tenggelam dalam dosa dan noda. Kadangkala Allah dedahkan dosa yang dilakukan hingga ramai orang tahu.   Bukan untuk menghinakan kita tetapi untuk memberi  ingatan supaya kita bertaubat. Dan tidak meneruskan   perbuatan dosa itu sehingga bila-bila.

              Ujian juga bermaksud qisas (pembalasan) ke atas  dosa-dosa kita. Setiap perbuatan dosa mesti dihukum,  samada di dunia atau di akhirat (kecuali kita telah   bertaubat sungguh-sungguh sehingga Allah mengampunkan  dosa itu). Bagi orang yang Allah kasih, di dunia lagi Allah hukum, tidak di akhirat. Yakni dengan  didatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan, kemiskinan, kehilangan pengaruh dan sebagainya. Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah  ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita  tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah  merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan  menambahkan lagi dosa kita.

                Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada  hamba-hambanya, tidak mahu hukum kita di akhirat, kerana penderitaan di Neraka berpuluh-puluh kali ganda  lebih dahsyat daripada penderitaan di dunia. Sekiranya  kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur  kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih  daripada dosa.

          Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup.  Sengaja  Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada  kita.  Allah hendak melatih kita menjadi orang yang  bersabar dan redha dengan takdir-Nya.  Mungkin kita  akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan harta  melimpah ruah, maka Allah didik kita dengan  kemiskinan.

              Apabila kita diuji dengan kesakitan, Allah mahu  memberitahu kita bahawa bagitulah susah dan  menderitanya orang yang sedang sakit. Semoga kita  menjadi orang yang bertimbang rasa,  menziarahi dan  membantu mereka yang menderita sakit.  Orang yang  sedang sakit, hatinya mudah terusik.  Sesiapa saja yang   datang dan memberi nasihat, InsyaAllah mudah  diterimanya.

           Bagaimana pula kalau kita diuji dengan kematian orang  yang paling kita sayangi.  Ujian ini sangaja  didatangkan agar terasalah kita ini lemah, tiada kuasa  untuk menolak ketentuan Allah.  Akan tertanamlah rasa kehambaan di dalam hati, sekaligus membuang rasa  bangga diri.

               Begitulah, sebenarnya Allah mahu kita sentiasa   beringat-ingat. Agar dengan ujian itu, kita sebagai  hamba akan datang untuk mengadu, mengharap, merintih  belas ihsan, dan sentiasa merasakan hanya Allah tempat  meminta segala-galanya.

          Ujian juga adalah untuk menilai sejauh mana keyakinan kita kepada Allah. Semakin diuji sepatutnya semakin  bertambah iman kita, dan semakin hampir kita dengan Allah. Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yang  bermaksud: “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk  syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata  orang-orang yang bersabar.”
     
    Firman Allah dalam Surah Az Zumar;10 yang maksudnya: “Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.”

  Allah takdirkan ujian demi ujian untuk memberi peluang  kepada kita mendapatkan pahala sabar. Barangsiapa yang  sabar dan redha tanpa mengeluh, merungut atau marah-marah pada Allah, insyaAllah ganjarannya di syurga. Oleh itu, apa salahnya Allah uji kita kerana hendak menyelamatkan kita di akhirat kelak!
     
     Berbeza pula halnya dengan ujian yang ditimpakan ke  atas para Rasul, para nabi, wali-wali dan  kekasih-kekasih Allah. Ujian ke atas mereka bermaksud  untuk meninggikan darjat dan kedudukan mereka di sisi Allah. Sebab itu ujian yang mereka hadapi berat-berat  belaka. Tatkala Rasulullah berdakwah ke Taif, masyarakat Taif bukan sahaja tidak menerima dakwah   baginda, malah mencaci, menghina dan melempari baginda   dengan batu dan najis. Para malaikat menawarkan diri  untuk menghapuskan orang-orang yang berlaku durjana kepada baginda. Tetapi dengan tenang, baginda menjawab:  “Biarkan mereka, jangan diapa-apakan mereka  kerana mereka tidak tahu, mereka masih jahil.”
          
   Demikianlah, orang-orang yang tinggi taqwa dan  keimanannya; tidak mengeluh apabila diuji. Berbeza  dengan golongan orang awam seperti kita ni, apabila  diuji kita mudah jahat sangka dengan Allah dan   berdendam dengan orang yang mendatangkan ujian kepada kita. Walhal bukan orang itu yang hendak menyusahkan   kita, tetapi hakikatnya Allah. Allah yang hendak uji   kita, menggunakan orang itu sebagai perantaraan. Jadi,  tanyalah Allah kenapa kita diuji….

           Marilah kita lihat bandingannya. Katalah suatu ketika  guru besar mengarahkan ketua murid merotan seorang murid yang melanggar disiplin sekolah. Apa reaksi  murid yang dirotan itu?  Kalau dia seorang yang insaf  dan tahu diri, ia segera terfikir akan kesalahan yang dilakukannya, mungkin dia berazam untuk tidak mengulanginya lagi.  Itulah murid yang cerdik, dia sedar hikmah di sebalik dia dirotan. Tetapi bagi murid  yang tidak mahu berfikir, sudahlah tidak mahu mengaku  kesalahannya, dia berdendam pula kepada ketua murid atau guru besar yang merotannya.

        Mengapa harus berdendam? Ketua murid hanya menjalankan tugas. Guru besar pula menjalankan keadilan; yang bersalah tidak dihukum, tidak ada jaminan yang dia tidak mengulangi kesalahannya. Kalau begitu, murid yang bersalah itu layaklah dirotan.

            Begitulah halnya dengan Allah yang Maha Pengasih.  Berbagai-bagai cara Allah gunakan untuk mendidik kita. Diberikan-Nya ujian demi ujian sebagai peringatan kepada kita. Tetapi sedikit sekali yang mencari hikmah dan mengambil iktibar daripada ujian yang ditimpakan.  Malahan ujian membuatkan kita bertambah jauh dari  Allah; mengeluh dan menyesali takdir Allah. Marilah kita menyedari akan kesilapan kita selama ini.

           Terimalah sagala ujian yang besar mahupun yang kecil sebagai satu didikan terus dari Allah.  Dan ingatlah, andaikata kita diuji, kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang  Allah kurniakan kepada kita! Jadi mengapa mesti merungut ketika diuji?

"Tanyalah IMAN kita dan sentiasa ikutinya, janganlah bertanya kepada NAFSU dan jangan sesekali memberi peluang untuk bermanja2 dengannya"

Wassalam..
                                       
                                                                

1 Tinggalan Kata-kata:

Anonymous said...

sgt suka post ini.....

Related Posts with Thumbnails