Have an account?

Wednesday, January 6

TITISAN AIR MATA KETIKA MUSIBAH DATANG MELANDA

Assalamualaikum..klik sini...

Kita hanya manusia biasa tidak lepas dari bermain dengan perasaan. Ketika riang kita akan ketawa namun bila kesedihan melanda kita akan menangis. Tangisan ditimpa musibah akibat kematian seseorang yang disayangi adalah disebabkan oleh perasaan belas kasihan dari hati seorang hamba. Namun Rasulullah SAW melarang kita menangisi akan kematian/pemergian seseorang itu. Dalam hadith lain Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya mayat itu terseksa di sebabkan oleh tangisan keluarganya ke atasnya." (HR. Bukhari & Muslim)

Namun ada tangisan yang dibenarkan iaitu tangisan menginsafi akan kematian itu sendiri. Ianya membuatkan kita ingat akan mati itu. Akan tetapi setelah orang itu meninggal dunia maka ia adalah menjadi urusan Allah SWT. kita tidak boleh mempertikaikannya. Dunia ini sebagai pinjaman, yang hidup akan mati. Ya! kita akan merasakan kematian...ianya akan datang tanpa diundang. Namun ia tetap akan datang dan dikala itu tiada guna lagi penyesalan.

Sebagai manusia biasa juga kita tidak lepas dari sifat belas kasihan dan saling menyayangi diantara satu sama lain. Pasti air mata akan mengalir ketika didatangi musibah seperti ini "KEMATIAN"..

Kesimpulannya, tangisan yang hanya mengalirkan air mata kerana kesedihan dan belas kasih, hukumnya sunat untuk menginsafi diri sendiri yang dilarang keras oleh baginda ialah tangisan yang disertai dengan jeritan sepertimana yang dilakukan oleh orang-orang Arab Jahiliyah. Firman Allah dalam Al-Quran maksudnya: "Setiap yang bernyawa pasti akan mengalami kematian." (Al-Imran:185) Perasaan terkejut pada waktu ditimpa musibah memang tidak dapat dielakkan, kerana yang demikian adalah kebiasaan manusia. Namun Agama kita memandang berat akan persoalan ini. Yang dilarang oleh agama ialah menangisi pemergian itu dengan jeritan sambil mengoyak-ngoyakkan baju. Pada muslimah baginda mewasiatkan semoga tidak meniru akan gaya wanita dizaman jahiliyah sepertimana sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: "Tangisan yang memekik-mekik atas mayat adalah perbuatan orang-orang jayiliyah, bagi orang yang berbuat demikian dan ia mati sebelum bertaubat maka pada hari kiamat nanti akan diberi minuman dari cairan besi panas, diberi pakaian dari besi dan dia dimasukkan ke dalam neraka." (HR. IBN Majah) Mengapakah dihumban kedalam neraka kerana ianya mencabar kekuasaan Allah. Tidak meredhai dengan ketentuannya. Tangisan tidak sedikitpun memberi kemanfaatan kepada simati. Akan tetapi yang bermanfaat baginya dalah amal. Rasulullah bersabda maksudnya: "Apabila mati anak Adam maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu: a. Sedekah jariahnya b. Ilmu yang bermanfaat c. Anak yang soleh yang akan mendoakannya." (HR. Muslim) Jelaslah sangat bahawa dengan tangisan tidak sedikitpun memberi manfaat kepada orang yang telah meninggal dunia.

Sekian wassalam ...

"Kuatkanlah Hati Hamba2Mu Ya Allah"

1 Tinggalan Kata-kata:

Anonymous said...

entry yg baik.. saya juga menangis ketika atuk saya mninggal dunia beberapa minggu yang lalu.. bukan kerana x redha atas permergiannya.. ttapi inilah kali kedua orang yang tersayang pergi mninggalkan dunia ini disaat saya masih diperantauan. sukarnya menghadapi saat itu. namun saya sedar semula, apa gunanya tangisan..sbuah doa itu lebih bermakna.. dan saya sedar ajal itu sesuatu yg pasti. sama ada disisi org yg kita sayangi mahupun ketika jauh dari mereka.. no one can hide from it..

Related Posts with Thumbnails