Have an account?

Friday, March 12

"KEMENANGAN SEMANIS MADU MEMERLUKAN PENGORBANAN SEPAHIT HEMPEDU"



Hidup ini adalah sebuah perjuangan . Perjuangan memerlukan pengorbanan .
Dua perkataan yang terlalu sinonim malah mesti wujud demi sebuah kejayaan dan kemenangan yang ingin dicapai . Bak kata hukama’

“ Kejayaan semanis madu memerlukan pengorbanan sepahit hempedu ”

Begitulah jua yang difirmankan oleh Allah swt :
Maksudnya : Berjuanglah kamu samaada ringan atau berat dan berkorbanlah dengan harta dan jiwa kamu di jalan Allah yang sedemikian itu adalah terlebih baik (kemenangan ) bagi kamu jika sekiranya kamu mengerti . -Surah At Taubah:41 .


Sejarah kemenangan dan kegemilangan Islam di sepanjang zaman turut diwarnakan oleh perjuangan dan pengorbanan yang cukup hebat dan terbilang , menyaksikan bagaimana harta , tenaga , darah dan nyawa menjadi yuran berkualiti tinggi yang dibayar oleh para pejuang. Firman Allah swt :

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang benar - benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. -Surah Al Ahzaab:23.

Mereka yang berjuang dan berkorban demi kerana Allah dan ugamanya , pasti mereka mencapai kemenangan justeru inilah yang isytiharkan oleh Allah swt :

(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjuang pada jalan Allah dengan mengrbankan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. (menang)-Surah At Taubah:20.

Muqaddimah ini melakarkan suatu yang jelas kepada kita bahawa kemenangan adalah suatu yang amat bernilai dan pastinya memerlukan kesungguhan dan pembiayaan yang mahal untuk mendapatkannya. Kesungguhan itu ialah PERJUANGAN dan pembiayaan itu ialah PENGORBANAN .

PERJUANGAN

Pertama : Islam merupakan cara hidup yang disyariatkan oleh Allah swt . kepada manusia . Ia adalah satu - satunya cara hidup yang menampilkan kesejahteraan , keadilan dan ketenangan untuk manusia sejagat dalam dua kategori penghayatan.

Kedua : Menganut , mengamal dan mendaulatkan Islam terpaksa BERJUANG menempoh mehnah dan ibtila’ (tribulas ) sebagai ujian kelayakan . Ujian - ujian ini datang dari Qadhi Rabbul Jalil dalam beberapa kedaan dan suasana .

Syaitan dan Nafsu syahwat.Kaafirin , Musyrikin , Munaafiqin , Dholimin , Faasiqin dan Jaahilin.Kesengsaraan dan penderitaan. (musibah /kematian)Kekayaan dan kemewahan. (harta)Ketakutan dan kegopohan.Anak pinak, pasangan (suami atau isteri) dan kaum keluarga.


Bergelut dan berhempas pulas untuk memenangi atau melepasi tahap dan paras ujian - ujian tersebut dinamakan PERJUANGAN .Berasaskan pendedahan dan penegasan Ilahi melalui wahyunya , jelas bahawa kita tidak mempunyai helah dan alasan untuk mengelak diri daripada BERJUANG melepasi tribulasi ( ujian ) untuk sebuah kemenangan buat Islam dan ummatnya .

Berpeluk tubuh ( tanpa perjuangan ) dengan menyaksikan konspirasi musuh - musuh Allah beraksi memusnahkan ummah hingga ke akar umbi ( melalui program penghapusan etnik dan meracuni aqidah ), membiarkan ummah menjadi mangsa fatamorgana dunia dan syahwat serta akur terhadap manipulasi golongan opurtunis untuk melemahkan ummah dari dalam , adalah merupakan jenayah yang paling kejam dilakukan oleh seorang muslim .


Perjuangan ( jihad ) adalah kebanggan dan kewibawaan kita .

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.


PENGORBANAN.

"Tiada hidayah tanpa da'wah, tiada da'wah tanpa perjuangan, tiada perjuangan tanpa pengorbanan." Kiranya perjuangan adalah suatu kebanggaan nescaya pengorbanan pula adalah suatu kemuliaan . Mana kan tidak , mereka sanggup mengorbankan harta , tenaga , masa , darah dan nyawa demi sebuah perjuangan mendaulatkan Syariat Allah dan memartabatkan ummah .
Sungguhpun pengorbanan ini mengorbankan kepentingan diri dan duniawi , namun ia bukan suatu yang rugi bagi mereka yang berkorban demi perjuangan.

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.




Wassalam





0 Tinggalan Kata-kata:

Related Posts with Thumbnails