
Firman Allah S.W.T.:
“Kebenaran itu dari Tuhanmu, oleh itu janganlah kamu termasuk golongan yang ragu-ragu."-Surah al-Baqarah: ayat 47.
Asas keimanan yang kukuh mesti dibina semula untuk menolak semua serangan yang cuba menguasai hawa nafsu. Iman mestilah dilatih agar mengawasi hawa nafsu. Iman mestilah dididik untuk menuju ke arah kesedaran dan kecintaan Ilmu. Jangan biarkan hawa nafsu menguasai Iman dan menggadaikannya. Penguasaan hawa nafsu bakal membawa kepada kesesatan.
“Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat pertunjuk daripada Allah sedikit pun. Sesungguhnya Allah tidak memberi pertunjuk kepada orang-orang yang zalim.” - Surah al-Qashash: ayat 50.
InsyaAllah di sana sini masih ada insan yang ikhlas dan merasai keperluan untuk bertindak segera. Mereka perlu dikumpulkan dan dibimbing agar keikhlasan mereka berada di bawah telunjuk syara’. Begitu juga kembali kepada Allah S.W.T. mestilah mengikut cara yang betul dan diredhaiNya.
Da’i perlu keluar mencari jiwa-jiwa yang merasai kehilangan Rahmat Allah S.W.T. dan yang mencari serta ingin menyahut seruan Allah S.W.T. Fitrah Insaniah untuk kembali kepada fungsi tauhid sebenar sememangnya ada. Ada yang sanggup melalui proses, ada yang sedang melalui proses dan ada yang telah melalui proses. Ada juga yang lambat melaui proses.
Dasarnya adalah firman Allah S.W.T. yang bermaksud'
"Wahai Nabi cukuplah Allah bagimu dan yang mengikuti kamu terdiri dari orang-orang yang beriman.”
Juga ditegaskan bahawa da’i perlu mencari dan mengumpulkan hati-hati yang merasai kehilangan Rahmat Allah S.W.T. Hati-hati yang merasai kehilangan neraca syara’ dalam praktik hidup umat sekarang. Hati-hati yang ingin kembali kepada hakikat hidup yang memperhambakan diri hanya kepada Allah S.W.T. dalam setiap bidang.
Hati-hati ini perlu diasuh agar menyedari kehilangan Islam sebagai ad-Din. Umat Islam bukanlah kehilangan ekonomi Islam, politik Islam atau pembangunan Islam sahaja. Umat juga bukan kehilangan masjid dan rumah-rumah ibadat. Umat sebenarnya kehilangan pokok, bukan ranting-ranting. Umat kehilangan rumah, bukan bahagian-bahagian rumah. Juga, umat bukan kehilangan kuantiti tetapi kehilangan kualiti yang ingin mengambil Islam sebagai ad-Din.
Hati-hati ini perlu diasuh agar memahami bahawa penyakit sedang menyerang umat dan merosakkan ‘aqidah umat. Tauhid pada hati-hati umat semakin futur atau tidak berfungsi dengan betul.
Hati-hati ini perlu diasuh agar menyedari bahawa segala tindakan berpunca dari permasalahan aqidah yang mesti dirongkai terlebih dahulu. Juga, memahami makna dan fungsi Iman sebenar agar tindakan yang lahir selaras dengan tuntutan Iman. Iman kepada Allah S.W.T. adalah pemancar. Dari pemancar ini lahirlah kerja-kerja Islam.
Da’i atau murabbi perlu memahami bahawa ‘mukmin’ adalah natijah yang lahir daripada tarbiyyah yang menekankan keimanan kepada Allah S.W.T.
Hati ini perlu berpaksi hanyasanya kepada Allah Taala..Kesedaran jiwa, hati dan nurani itu penting dalam membawa perubahan yang besar. Membaca itu penting dalam merungkai dan membawa hati ke arah kehidupan yang sebenar..InsyaAllah..
Wassalam..




1 Tinggalan Kata-kata:
成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,a片
Post a Comment