Have an account?

Saturday, June 13

PERMASALAHAN IKHTILAT SUATU KEMUNGKARAN

1 . Permasalahan ikhtilat yang menjadi prinsip dan landasan kita berkerja adalah berlandaskan firman Allah yang bermaksud :

"Katakan kepada orang lelaki yang beriman, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan hendaklah mereka menjaga kemaluan mereka.Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan." (Surah An-Nur-30-)

Firman Allah yang bermaksud :

"Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan hendaklah mereka menjaga kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang biasa nampak daripadanya sahaja." (Surah An-Nur-31-)

2 . Prihatin kita yang serius terhadap permasalahan ikhtilat bukanlah di atas dasar semangat melulu dan cemburu buta, tetapi jauh lebih suci daripada itu ialah bertolak di atas bangga dengan akhlak Islam dan kemegahan organisasi yang sama-sama menjadi stage perjuangan.

3 . Permasalahan tanggungjawab atau jawatan yang disandang bukanlah syarat mutlak atau sebab yang boleh bertolak ansur di dalam hal-hal yang terang-terangan bercanggah dengan syariat Seruan ke arah kembali menghayati dan beramal dengan kemurnian akhlak Islam adalah suatu yang sama-sama sekali tidak patut ditolak dan disangkal oleh muslim sebenar.

4 . Menutup pintu-pintu yang boleh membawa kepada ikhtilat adalah merupakan suatu yang wajib. Ini adalah kerana kecenderungan naluriah antara lelaki dan perempuan adalah kecenderungan yang begitu mendalam sekali. Membangkitkan kecenderungan itu, hanya akan menambahkan geloranya. Oleh itu, jalan yang paling aman dan selamat ialah dengan mengikut jalan yang telah diletak dan dipilih oleh Islam.

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan apabila kamu meminta sesuatu keperluan kepada mereka (isteri-isteri nabi) maka mintalah dari belakang tabir.Cara yang demikian lebih suci bagi hatimu dan hati mereka." (Surah Al-Ahzab-53-)

5 . Permasalahan ihktilat di dalam kerja hendaklah di pandag serius oleh pendukung dan petugas di dalam medan Islami terutama pihak pimpinan agar tidak terus berlaku menjadi amalan biasa di kalangan anggota.


Wassalam..

1 Tinggalan Kata-kata:

'Aishah Jauhara said...

Syukron dengan artikel ni sedikit sebanyak telah memberi peringatan buat diri ana.. Teruskan perjuangan dalam menyebarkan dakwah fillah..

Related Posts with Thumbnails