Have an account?

Monday, July 6

Niat dan Ilmu

Imam Burhanuddin Az-Zarnuji menjelaskan bahawa niat yang ikhlas itu adalah mesti
(tidak boleh tidak) dalam menuntut ilmu. Sebab ia adalah pokok bagi setiap amal sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW:

انما الأعمال بالنيات
(9)

Jika dilihat perbandingan di antara ilmu dan amal, maka kita akan mengatakan bahawa ilmulah yang lebih utama. Sebab tanpa ilmu bagaimana mungkin kita boleh beramal. Jadi kiranya amal membutuhkan niat yang ikhlas maka apatah lagi dengan menuntut ilmu.

Beliau juga menegaskan bahawa:

Hendaklah setiap penuntut meniatkan bahawa tujuan sebenarnya ia menuntut ilmu bukanlah untuk mengejar kepentingan dunia, sijil dan pangkat, tetapi hendaklah diniatkan kerana mencari redha Allah dan hari akhirat, menghapuskan kejahilan dalam dirinya dan menghidupkan agama serta berazam untuk mengembalikan keagungan Islam. Sebab kekalnya keagungan Islam hanyalah melalui ilmu pengetahuan.(10)

Sabda Rasulullah SAW:

من طلب العلم ليجازى به العلماء أو ليمارى به السفهاء أو يصرف به وجوه الناس اليه ادخله الله النار
(11)

0 Tinggalan Kata-kata:

Related Posts with Thumbnails