Have an account?

Monday, August 24

APAKAH KEPIMPINAN

Kepimpinan ialah sejenis seni hubungan perilaku manusia, pengaruh gaya tindakan serta hala-tuju ke arah matlamat yang tertentu dengan cara yang boleh menjamin kepatuhan, kepercayaan dan penghormatannya.

Kejayaan pemimpin (dalam fungsi ini) adalah terletak pada sejauh manakah keistimewaan dan ciri-ciri utama yang dimilikinya. Adalah dimaklumi bahawa di sana terdapat sesetengah sifat semulajadinya yang mungkin boleh membantu dan memperkembangkan bakat-bakat kepimpinannya, tetapi ianya hanya terbatas pada kadar yang tertentu sahaja. Maka untuk menyempurnakan watak kepimpinan itu, perlulah ia disertakan dengan potensi-potensi lain seperti kerohanian, jasmani, keorganisasian, akhlak dan peribadi.

Status pemimpin dalam apa jua pergerakan dan keadaan adalah status yang amat sensitif. Selagi dirinya tidak memenuhi ciri-ciri kepimpinan yang diperlukan, maka status kepimpinannya akan terus bergoyang dan tidak tenteram, walaupun ia mempunyai pengetahuan yang luas serta memiliki kemampuan berpidato. Dakwah Islamiah adalah satu organ pergerakan berbentuk persatuan. Oleh kerana itu, segala gerak-geri, perjalanan dan sentimen hanya dapat dikawal dan ditentukan arahnya oleh lojika perorganisasian, perencanaan dan pengawalan.
Wassalam..


0 Tinggalan Kata-kata:

Related Posts with Thumbnails