Have an account?

Wednesday, August 5

GERAKAN PELAJAR

Pada umumnya, kebanyakan pelajar mengikuti gerak-kerja ko-kurikular khususnya dalam bepersatuan adalah kerana bagi memenuhi peraturan sekolah atau kerana didorong oleh guru-guru, rakan-rakan serta keluarga. Tidak ramai daripada pelajar memahami bahawa penglibatan mereka dalam gerak-kerja ko-kurikular yang juga merupakan aktiviti kemasyarakatan adalah dituntut oleh Islam. Apatah lagi sekiranya gerak-kerja ko-kurikular ini memberi peluang kepada pelajar muslim untuk menyuruh kepada kebajikan serta menegakkan yang ma’aruf dan mencegah kemungkaran.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyuruh kepada kebajikan, yang menegakkan yang ma’aruf dan mencegah kemungkaran. Itulah golongan orang-orang yang berjaya.”

Di sini jelas bahawa sesungguhnya mewujudkan satu organisasi atau kumpulan bagi merealisasikan tuntutan Al Quran ini adalah satu kemestian. Tanggungjawab yang kedua ialah tugas dakwah bagi menyampaikan risalah Islam kepada pelajar-pelajar dan masyarakat sekolah. Manakala tanggungjawab yang ketiga ialah mencegah kemungkaran.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang tidak mengambil tahu tentang urusan orang Islam, maka ia bukan daripada kalangan kami.”

Dalam sabda baginda s.a.w yang lain : “Apabila kamu bermusafir bertiga, maka hendaklah dilantik dikalangan kamu seorang amir atau ketua.”

Tuntutan berorganisasi atau penglibatan dalam gerakan pelajar merupakan satu tuntutan dalam Islam. Pelajar-pelajar muslim mestilah melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti di sekolah. Penglibatan ini harus diasaskan kepada Islam dan bukannya kerana disuruh atau diarah oleh sekolah. Pelajar-pelajar muslim haruslah merasa terpanggil untuk tampil kehadapan bagi melaksanakan tanggungjawab memberi khidmat kepada masyarakat.

0 Tinggalan Kata-kata:

Related Posts with Thumbnails