Have an account?

Thursday, February 25

“Menanti penuh kerinduan"


Salam dan selawat buatmu duhai kekasih Allah
12 Rabiulawal - Maulidurrasul

***************


Mama, kenapa baba tak pergi kerja?

Hari ini cuti sayang.

Kenapa cuti mama? Hari ini hari Jumaat kan?

Ya, hari ni hari Jumaat. Tetapi hari ini cuti sambutan Maulidurrasul.

Maulidur... maulidusul...?? apa tu mama?

Maulidurrasul sayang. Maulidurrasul tu hari kelahiran nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW. Iman ingat lagi mama pernah cerita kisah Nabi Muhammad?

Nabi Muhammad al-Amin, ya mama?

Ya.

Ooo.. Nabi Muhammad al-Amin yang lahir pada tahun gajah ye mama? Nabi Muhammad lahir tanpa baba dan mama dia kan. Dia anak yatim yang mulia kan mama?

Ya, sayang. Nabi lahir pada 12 rabiulawal tahun gajah. Hari ini adalah 12 rabiulawal mengikut kalender hijrah. Hari ini kita patut banyakkan selawat kepada nabi kita. Banyakkan mengingati baginda dan ajaran-ajaran yang baginda ajarkan kepada kita. Apa yang nabi ajar kita, sayang?

Hmmmmm.... Nabi ajar kita sayang mama dan baba kan? Nabi ajar makan dengan tangan kanan dan baca bismillah. Nabi ajar hormatkan orang yang lebih tua macam atuk dan uwan. Nabi ajar baca doa sebelum tidur. Lagi.... banyak lah mama... Haa! Satu lagi, nabi ajar jadi anak yang soleh dan taat pada Allah, Rasul dan ibu bapa.

Pandai anak mama..! Iman ingat macamana nak selawat kepada nabi?

Tak ingatlah mama...


Hmm.. rugi tau kalau tak ingat. Kalau kita banyak selawat kepada nabi, nabi sayang kita. Allah pun sayang kita. Nanti nabi tolong kita masuk syurga. Iman nak masuk syurga kan?

Nak mama! Iman nak masuk syurga! Mama, ajarlah Iman selawat. Nanti Iman nak selawat banyak-banyak sampai nabi sayang Iman dan Iman masuk syurga ye mama.

Ok, baiklah sayang. Habiskan sarapan tu, nanti mama ajar Iman selawat. Lepas tu Iman pergi ajar baba pulak yer...

Baba tak tahu selawat ke mama?

Tahu. Kalau Iman ajar baba, baba pun akan selawat juga dan nabi pun sayang baba. Kan?

Ye lah, mama. Nanti nabi sayang mama, baba dan Iman. Nanti kita masuk syurga sama-sama kan mama?

Ya, sayang.


*****************

(^_^)bawalah,didiklah dan bimbinglah hati kita,adik2,anak2 kecil supaya mengenali,mencintai dan merindui Rasulullah S.A.W..

0 Tinggalan Kata-kata:

Related Posts with Thumbnails