Have an account?

Monday, August 24

APAKAH KEPIMPINAN

Kepimpinan ialah sejenis seni hubungan perilaku manusia, pengaruh gaya tindakan serta hala-tuju ke arah matlamat yang tertentu dengan cara yang boleh menjamin kepatuhan, kepercayaan dan penghormatannya.

Kejayaan pemimpin (dalam fungsi ini) adalah terletak pada sejauh manakah keistimewaan dan ciri-ciri utama yang dimilikinya. Adalah dimaklumi bahawa di sana terdapat sesetengah sifat semulajadinya yang mungkin boleh membantu dan memperkembangkan bakat-bakat kepimpinannya, tetapi ianya hanya terbatas pada kadar yang tertentu sahaja. Maka untuk menyempurnakan watak kepimpinan itu, perlulah ia disertakan dengan potensi-potensi lain seperti kerohanian, jasmani, keorganisasian, akhlak dan peribadi.

Status pemimpin dalam apa jua pergerakan dan keadaan adalah status yang amat sensitif. Selagi dirinya tidak memenuhi ciri-ciri kepimpinan yang diperlukan, maka status kepimpinannya akan terus bergoyang dan tidak tenteram, walaupun ia mempunyai pengetahuan yang luas serta memiliki kemampuan berpidato. Dakwah Islamiah adalah satu organ pergerakan berbentuk persatuan. Oleh kerana itu, segala gerak-geri, perjalanan dan sentimen hanya dapat dikawal dan ditentukan arahnya oleh lojika perorganisasian, perencanaan dan pengawalan.
Wassalam..


Wednesday, August 12

Ke Manakah Umat Islam Sekarang??

الجمدلله رب العالمين و الصلاة و السلام على سيدنا مجمد و على اله و اصحابه اجمعين

Islam tidak merelakan ummahnya menyerah kepada keadaan dan realiti serta terus lemah dan berdiam diri, akan tetapi ianya mengarahkan ummahnya untuk terus bangun, bergerak dan mengorbankan seluruh jiwa, harta dan masa demi untuk memastikan supaya agama Allah ini berterusan di muka bumi bahkan lebih dri itu iaitu menegakkan daulah Islamiah yang melaksanakan syariatnya serta mengembalikan khilafah Islamiah di bumi ini di atas asas yag teguh mengikut proses penyatuan pemikiran, amal dan gerakan melalui harakah Islamiah.

قال تعالى : حتى لا تكون فتنة و يكون الدين كله لله

Harakah Islamiah ataupun mana-mana jemaah sekalipun yang memenuhi medan masa kini haruslah mempunyai serta menghayati beberapa syarat untuk mencapai tujuan dan matlamat sebagaimana yang telah digariskan, di antara syarat-syarat tersebut :

1. mempunyai manhaj yang jelas
2. mempunyai pemimpin yang bijaksana
3. mempunyai anggota yang patuh


Dalam memperkatakan tentang qiadah atau pimpinan, khususnya kepimpinan dalam gerakan atau jemaah Islamiah maka unsur-unsur yang berkait rapat dengan pemimpin Islam ialah bentuk pemilihan , tanggunggjawab, sifat-sifat dan pengarahan yang perlu ada kepada seorang pemimpin mestilah jelas dan bertetapan.

Sabda Rasulullah SAW:

اذا وسد الامر الى غير اصله فانتظر الساعه

Wassalam..

Friday, August 7

KEBAIKAN DALAM PENGLIBATAN

Banyak faedah dan manfaat yang boleh diambil oleh seseorang pelajar apabila ia melibatkan diri dalam gerakan pelajar. Antara lain :

Melaksanakan tugas amar ma’aruf nahi mungkar.

Memberi sumbangan yang bererti kepada masyarakat.

Memahami selok-belok dalam berorganisasi.

Memupuk ukhuwah dan silaturrahim serta semangat kerjasama dan toleransi.

Mempelajari pelbagai cara berinteraksi yang berkesan.

Melatih dan membina ketokohan diri bagi memimpin.

Melatih diri bagi menjadi seorang yang berdisiplin dan bertanggungjawab.

Membentuk pemikiran yang proaktif, optimis serta projektif.

Menghargai masa.

Wednesday, August 5

GERAKAN PELAJAR

Pada umumnya, kebanyakan pelajar mengikuti gerak-kerja ko-kurikular khususnya dalam bepersatuan adalah kerana bagi memenuhi peraturan sekolah atau kerana didorong oleh guru-guru, rakan-rakan serta keluarga. Tidak ramai daripada pelajar memahami bahawa penglibatan mereka dalam gerak-kerja ko-kurikular yang juga merupakan aktiviti kemasyarakatan adalah dituntut oleh Islam. Apatah lagi sekiranya gerak-kerja ko-kurikular ini memberi peluang kepada pelajar muslim untuk menyuruh kepada kebajikan serta menegakkan yang ma’aruf dan mencegah kemungkaran.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyuruh kepada kebajikan, yang menegakkan yang ma’aruf dan mencegah kemungkaran. Itulah golongan orang-orang yang berjaya.”

Di sini jelas bahawa sesungguhnya mewujudkan satu organisasi atau kumpulan bagi merealisasikan tuntutan Al Quran ini adalah satu kemestian. Tanggungjawab yang kedua ialah tugas dakwah bagi menyampaikan risalah Islam kepada pelajar-pelajar dan masyarakat sekolah. Manakala tanggungjawab yang ketiga ialah mencegah kemungkaran.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang tidak mengambil tahu tentang urusan orang Islam, maka ia bukan daripada kalangan kami.”

Dalam sabda baginda s.a.w yang lain : “Apabila kamu bermusafir bertiga, maka hendaklah dilantik dikalangan kamu seorang amir atau ketua.”

Tuntutan berorganisasi atau penglibatan dalam gerakan pelajar merupakan satu tuntutan dalam Islam. Pelajar-pelajar muslim mestilah melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti di sekolah. Penglibatan ini harus diasaskan kepada Islam dan bukannya kerana disuruh atau diarah oleh sekolah. Pelajar-pelajar muslim haruslah merasa terpanggil untuk tampil kehadapan bagi melaksanakan tanggungjawab memberi khidmat kepada masyarakat.
Related Posts with Thumbnails