Have an account?

Wednesday, May 20

KEFAHAMAN YANG PERLU DIKETAHUI



Assalamualaikum w.b.t.. pertama2nya marilah sama2 kita bersyukur di atas kurniaan nikmat Allah yg tdk terhitung kpd kita. Semoga kita senantiasa diberi rahmat dan pertolongan olehNYA utk membawa agama Nabi Muhammad S.A.W..


KHASAIS SYARIAT ISLAM



Rabbaniyah

Islam merupakan deen yang bersumberkan Allah tanpa ada sebarang unsur ciptaan manusia. Oleh kerana ianya bersumberkan wayhu daripada Allah, maka Islam meruppakan agama yang tidak ada cacat cela dan lengkap, kerana kecacatan pada al-Quran adalah suatu perkara yang mustahil. Firman Allah SWT :


و انك لتلقي القرءان من لدن حكيم عليم

Akan agama yang tidak ada cacat cela dan lengkap, kerana kecacatan pada al-Quran adalah suatu perkara yang mustahil.


Asy-syumul

Islam merupakan agama agama yang syumul dan meliputi semua aspek kehidupan. Tidak ada sebarang juzuk daripada kehidupan manusia di muka bumi yang yang tidak ada kaitan dengan agama Islam. Islam meliputi aspek aqidah, ibadat, kekeluargaan, kemasyarakatan, negara, ekonomi dan sebagainya. Dengan ini, kita faham bahawa dakwaan yang dilakukan oleh pemikir barat yang berfahaman sekular bahawa politik perlu dipisahkan daripada agama adalah satu pemahaman yang salah. Asy-Syahid Hasan al-Banna di telah menjelaskan hal ini dan meletakkan ianya sebagai asas pertama yang perlu difahami oleh setiap muslimin di dalam risalahnya usul ‘isyrin.

الاسلام نظام شامل يتناول مظاهر الحياة جميعا فهو دولة ووطن او حكومة و أمة …..
Maksud : Islam merupakan nizam yang syumul meliputi segenap aspek kehidupan, ianya merupakan daulah dan negara atau kerajaan dan ummah ……..

Al-‘Umum


Risalah Islam merupakan risalah yang umum untuk semua manusia sejagat. Ianya tidak terhad kepada bangsa Arab sahaja ataupun pada sesuatu bangsa sahaja, tetapi ianya merupakan agama dan deen bagi semua ummat di dunia ini. Firman Allah SWT :


وما ارسلناك الا كافة للناس بشيرا و نذيرا


Maksud : Tidaklah kami mengutuskan Engkau (wahai Muhammad) melainkan melengkapi untuk semua manusia, memberi khabar gembira dan peringatan

Melalui ciri ini, kita mendapati bahawa Islam juga mementingkan beberapa a灳步氠楡
spek lain seperti aspek keadilan, kesamaan, mementingkan maslahat manusia dan sebagainya sebagai menunjukkan bahawa Islam ini merupakan deen yang perlu dianuti oleh keseluruhan umat manusia di muka bumi ini.

Al-Jaza’ fil Islam


Islam merupakan agama yang mempunyai balasan bagi setiap amalan yang dilakukan. Ianya bukan merupakan agama yang mempunyai nasihat, larangan, suruhan dan sebagainya sahaja, tetapi tidak meninggalkan aspek balasan sama ada yang baik mahupun yang sebaliknya. Asal bagi perkara ini ialah balasan-balasan tersebut akan diberikan di hari Akhirat kelak. Ada juga balasan yang dizahirkan sejak di bumi lagi seperti balasan-balasan untuk penjenayah dan sebagainya. Ianya merupakan sebagai suatu peringatan dan juga sebagai galakan kepada muslimin. Firman Allah SWT :

فمن يعمل مثقال ذرة خيرا يراه ومن يعمل مثقال ذرة شرا يراه


Maksudnya : Sesiapa yang beramal (kebaikan) sebesar zarah sekalipun maka baginya balasan kebaikan, dan barangsiapa yang beramal (kejahatan) walaupun sebesar zarah maka baginya balasan.


Al-mithaliyah wal Waqi’yyah


Islam merupakan agama yang praktikal dan realiti. Untuk menunjukkan bahawa Islam ini praktikan, maka segala peraturan hidup telah disusun di dalam Islam. Rasulullah merupakan model utama di dalam menunjukkan bahawa Islam ini praktikal. Tunggak utama bagi menunjukkan bahawa Islam ini praktikal ialah konsep al-I’tidal dan as-Syumul di dalam ajarannya. Islam juga bersifat realiti. Ianya boleh diamalkan oleh setiap golongan masyarakat, di mana sahaja tempat di dunia ini, serta pada zaman mana sahaja dia berada, dan di dalam situasi bagaimanapun sedang dihadapi oleh seseorang itu.

Setelah kita meneliti akan ciri-ciri syariat Islam tersebut, maka kita mendapati bahawa ajaran Islam merupakan ajaran yang sangat indah. Namun, keindahan ajaran Islam seringkali diabui dan dikaburi dengan kekurangfahaman terhadap Islam serta kegagalan umat Islam untuk menterjemah ajaran Islam yang sebenarnya. Oleh kerana itu, kita mendapati ramai orang kafir masih belum boleh menerima ajaran Islam walaupun ciri-ciri Islam diterima secara fitrahnya oleh setiap insan.


Wassalam..



0 Tinggalan Kata-kata:

Related Posts with Thumbnails