Have an account?

Friday, May 8

MENINGKATKAN KEROHANIAN

Assalamualaikum w.b.t... Salam kehidupan iman dan Islam diucapkan kpd semua rakan2 yg dihormati sekalian. Maaf krn lama tdk mgupdate blog dsebabkan ana bnyk meluangkan masa menziarahi keluarga. InsyaAllah ana akn sentiasa berkongsi seberapa ilmu yg sedikit ini demi kpentingan kita bersama. Terima kasih kpd semua krn sentiasa memberi sokongan kpd hamba Allah yg daif ini..

Oleh kerana Islam memberikan penekanan yang lebih terhadap nilai moral negara Islam tidak boleh menjadi pemerhati yang pasif kepada suasana etika dalam masyarakat. Adalah menjadi tanggungjawab negara Islam untuk menjaga kesihatan rohani rakyatnya. Oleh itu, keperluan untuk mengambil langkah praktikal oleh negara untuk menjadikan tatasusila moral Islam suatu realiti kehidupan telah ditekankan oleh para fikir politik dan alim ulama’ Islam.

Ini tidaklah semestinya bermaksud bahawa negara Islam itu ialah sebuah negara polis yang memaksa orang ramai ke saluran perlakuan yang tertentu dengan menggunakan kuasa paksaan. Ada satu macam indoktrinasi terkandung dalam semua sistem, termasuk sistem kapitalis dan tidak terkecuali dalam Islam. Bagaimanapun, sistem Islam bersesuaian dengan semangat ayat Al-Quran yang maksudnya :

“Tidak ada paksaan dalam agama” (2:256)

menolak tindakan ekstrim rejimentasi pemikiran dan tindakan, kerana ia memberikan nilai yang tinggi kepada kebebasan individu. Atas alasan inilah Islam menekankan kepada pendidikan dan pencapaian keadaan yang bersesuaian dengan amalan norma moral menjadi asas kepada pengukuhan iman dalam cara hidup Islam pada keseluruhannya. Pencapaian nilai kerohanian Islam bagi seseorang individu dan juga masyarakat menuntut agar negara Islam itu haruslah berjuang dalam tiga haluan yang utama :


Pertama : Ia mesti memupuk keadaan yang boleh menggalakkan penciptaan rumahtangga yang dapat menanamkan semangat untuk menghormati dan menganuti ajaran moral Islam dalam generasi yang sedang naik. Islam telah menyediakan perancangan induk bagi memupuk kasih sayang, saling bantu-membantu dan kerjasama di kalangan ahli keluarga (nuklear dan juga yang lebih luas) , dan bagi menimbulkan suasana yang sesuai bagi mendidik anak dengan betul.

Kedua : Negara Islam mestilah membentuk sistem pendidikannya melalui ajaran Islam supaya institusi pendidikan dapat mengeluarkan orang muda, lelaki dan wanita yang diselubungi dengan ideal Islam.

Ketiga : Negara haruslah menguatkuasakan norma dan nilai Islam yang boleh diubahsuaikan hukuman yang telah ditetapkan bagi mereka yang melanggarnya supaya undang-undang itu dapat menjadi pencegah kepada bakal pesalah.

Wassalam


0 Tinggalan Kata-kata:

Related Posts with Thumbnails