Have an account?

Friday, May 22

UMMAH ISLAMIYAH.

Untuk memberikan penjelasan mengenai golongan kuffar di dalam negara Islam, kita perlu memahami apakah yang dimaksudkan dengan ummah Islamiyah di dalam sesebuah negara. Sekiranya kita melihat sejarah, kita akan mendapati bahawa nabi Muhammad SAW mengiktiraf Yahudi sebagai salah satu daripada komponen ummah. Dalam perlembagaan Madinah, telah tertera beberapa ketetapan mengenai kedudukan Yahudi di dalam daulah :

ان يهودي بني عوف امة مع المؤمنين, لليهود دينهم و للمسلمين دينهم مواليهم و انفسهم حتى ظلم و أثم.

Maksud :

Sesungguhnya Yahudi Bani Auf adalah satu ummah daripada Mukminin. Mereka bebas dengan agama mereka dan orang muslimin juga bebas dengan agama mereka
a. Begitu juga orang-orang yang bersekutu dengan mereka (Yahudi Bani Auf) dan begitu juga dengan diri mereka sendiri sehinggalah mereka melakukakan kezaliman dan membuat dosa.

Sirah Nabawiyah telah membuktikan bahawa Rasulullah telah mengiktiraf bangsa Yahudi sebagai امة مع المؤمنين . mereka sanggup untuk tinggal di bawah lembayung pemerintahan Islam yang berpaksikan tunjang keadilan dan kesamaan sesama rakyat. Mereka dianggap sebagai ahluz zimmah yang boleh tunduk mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan di bawah kerajaan Islam.

Perlembagaam Madinah tersebut telah mengiktiraf taraf Yahudi sebagai seorang pemastautin (mustautin) di negara Islam, dan mereka mempunyai hak yang sama sepertimana dimiliki oleh orang Islam. Perkara ini berlangsung dengan penuh keadilan. Ianya juga merupakan penyatuan kali pertama antara pelbagai puak dan agama di bawah liwa’ Islam yang tidak pernah berlaku di dalam sejarah Arab, yang selama ini hanya bersatu di atas dasar berpuak-puak.

Doktor Abdur Raziq as-Sanhuri telah menegaskan bahawa kalimah ummah atau jamaah (societe) yang perlu difahami bukan sahaja merangkumi kaum muslimin sahaja, tetapi juga merangkumi semua kaum, agama dan puak yang boleh hidup aman di bawah panji Islam. Inilah yang telah diperkatakan kepada beliau oleh salah seoarang ahli sains sosial Perancis yang mana beliau turut mengatakan bahawa maksud ummah perlu merujuk kepada ummah yang dicipta oleh baginda SAW. Pihak muslimin dan kuffar zimmi boleh hidup bekerjasama di bawah satu lembayung kepemimpinan Rasulullah.



Al-Kasani juga telah mengatakan :

الذمي من اهل دار الاسلام

Maksudnya:

Kafir zimmi, Merupakan ahli bagi negara Islam.

Tujuan kita membincangkan maksud ummah di dalam negara Islam adalah untuk menunjukkan bahawa orang-orang kafir di dalam negara Islam mempunyai hak-hak siasah di dalam negara. Namun kita mendapati bahawa ramai di kalangan orang-orang kafir telah memandang serong dengan agama Islam dengan mengatakan sekiranya mereka berada di bawah pemerintahan Islam, mereka akan ditindas dan hak-hak mereka sebagai warganegara akan tergugat.

Wassalam..

0 Tinggalan Kata-kata:

Related Posts with Thumbnails