Have an account?

Monday, April 27

CIRI-CIRI PEMUDA ISLAM

Proses pembentukan pemuda Islam yang tulen dan bertepatan dengan lunas-lunas
Islam mestilah berpaksikan “ Mimbar Muhammadiah” . Sudut kelansungannya dapat dihayati melalui pembahagian dalam fakta-fakta yang dapat kita lihat dan kaji seperti berikut :

1.Kejituan keimanan :- Keimanan yang dimaksudkan adalah pegangan yang kuat yang tidak dapat digugat oleh tekanan dalaman dan luaran ataupun rapuh dilanda arus pasca – modenisasi . Iman merupakan asas akidah yang pertama kerana apabila gugur salah satu daripada komponen iman maka runtuhlah sistem akidah .

Firman Allah Taala dalam surah al- Hujjurat ayat 15 :

انما المؤمنون الذين امنوا با اللة ورسوله ثم لم يرتابوا وجاهدوا بأموالهم و أنفسهم فى سبيل الله أولئك هم الصادقين (1
2 Keikhlasan Yang Benar : - Ini kerana segala tugas ataupun amaliah yang berkaitan dengan perkara Rububiyyah dan Ubudiyyah berkait rapat dengan ikhlas . Segala usaha dan tindakan tidak akan tercapai ke matlamat yang dikehendaki melainkan semata-mata ikhlas terhadap Allah Taala kerana ia dalam tindakan susulan akan berhadapan dengan dua unsur yang berlawanan antara yang Haq dan yang Batil , Iman dan Kufur . Firman Allah Taala dalam surah al- Baiyinah ayat 5 :

وما أمروا الا ليعبدوا الله مخلصين له الدين حنفا و يقيموا الصلاة و يؤتوا الزكاة و ذلك دين القيمة (4)


3 Keazaman Yang Kuat : - adalah satu unsur yang mengalir dalam diri remaja yang dapat membentuk jiwa remaja menjadi kuat apabila berhadapan dengan halangan tanpa merasa takut dan gentar mahupun malu dalam menyatakan kebenaran . Firman Allah Taala dalam menjelaskan sifat pemuda Islam dalam menyampaikan siri dakwahnya tersebut dalam surah al-Ahzab ayat 39 yang berbunyi :


الذين يبلغون رسالات الله ويخشونه ولا يخشون أحدا الا اللة (5)



4. Usaha Yang Berterusan Tanpa Mengenal Erti Penat Dan Lelah Serta Putus Asa :- Dalam melaksanakan tugas Ilahi ini , memerlukan kepada pengembelengan tenaga yang cukup banyak dan besar, samada dari sudut ilmiah , tindak kerja , gerakan dakwah dan sosial (pergaulan dengan masyarakat umum ) .
Gambarannya telah Allah Taala jelaskan dalam surah at-Taubat ayat 105 :

وقل اعملوا فسيرى الله عملكم ورسوله والمؤمنون وسيردون الى عالم الغيب والشهادة فينبئكم بما كنتم تعلمون (6)



5 . Pengorbanan :- Adalah satu sifat atau pun ciri-ciri yang mesti dimiliki oleh setiap remaja Islam yang mana mereka ini tidak mengenal erti futur atau kalah melainkan hanya kemenangan ataupun syahid . Tugas Islam ini tidak akan dapat dicapai melainkan dengan adanya pengorbanan , kerahan tenaga ,harta dan masa dalam jihad fisabilillah . Dengan adanya pengorbanan inilah sejarah dan ketamadunan Islam terbina dan tersergam indah di mata dunia dan keagungangnya menjadi kegerunan musuh Allah .
Firman Allah Taala dalam surah al-Baqarah ayat 314 yang berbunyi :



أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين أمنوا معه متى نصر الله ألا إن نصر الله قريب (7)



Kelima-lima sifat ataupun ciri-ciri yang dibentangkan diatas , merupakan sifat asas bagi membentuk pemuda Islam yang tulen dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan dijalan dakwah . Tetapi disana masih terdapat sifat-sifat yang kurang pentingnya bagi pengisian kelengkapan remaja Islam . Diantaranya adalah seperti berikut :-

i.- Benar :- Ia merupakan sebahagian daripada ad-Din , malah ia juga sebahagian daripada komponen iman .Berlandaskan kepada dalil al-Quran :

يا أيها الذين أمنوا اتقوا الله وكونوا مع الصادقين

Seorang remaja yang mempunyai sifat benar dalam dirinya ia dapat dikenal pasti melalui riak wajah dan suaranya tanpa diperjelaskan kedudukannya . Ia penting dalam sektor dakwah , kerana Rasulullah saw apabila bercakap atau menyampaikan dakwahnya kepada individu yang ia tidak kenali, orang yang baginda bercakap tersebut pasti akan berkata :- Demi Allah !!! Ia bukan berwajah pendusta dan bukanlah suaranya itu seorang pembohong ( Tazkiratud Dua’t )

ii-Sabar :- Tergolong dalam tiga aspek kesabaran dalam melaksanakan suruhan Allah Taala . Sabar dalam menghindari maksiat dan larangan agama .Sabar apabila berhadapan musibah dan bencana diatas landasan dakwah iaitu tidak patah semangat . Sentiasa bersedia menanggung risiko dan menghindari daripada memohon atau pun merayu-rayu kepada manusia yang lain
melainkan tempat berserah hanya kepada Allah semata-mata.

رب إنى مسني الضر وانت أرحم الراحمين

iii- Penyayang :- Sifat ini tidak kurang pentingnya dalam pembentukan remaja Islam kerana dalam tugas-tugas dakwahnya ia pasti akan berhadapan dengan penentang dan pembangkang yang boleh dikatakan sebahagiannya masih kurang jelas denagn kedudukan sebenar agama Islam . Tanpa sifat rahmah dan penyayang ini seseorang bakal penda’ei berkemungkinan besar akan berhadapan dengan risiko yang besar malah akan membahayakan dirinya sendiri . Tujuan ataupun misi dakwah adalah mengembalikan dan menasihati golongan yang tergelincir dari landasan iman kepada jalan yang diredhai Allah Taala . Dalil dari Sunnah Nabawiyyah :

لا يرحم من لا يرحم الناس

iv- Tawadhu’:- Iaitu menghindari dari sifat tinggi diri,bongkak dan sombong . Setiap remaja Islam mesti memiliki sifat ini kerana dengan sifat tawadhu’ inilah yang akan membentuknya mengenali penciptanya dan dirinya dengan baik . Sebilangan besar golongan pendai’e masa kini masih kurang kurang penghayatan dalam konteks sifat tawadhu’ ini . Diantaranya dapat kita lihat dengan mudah ,iaitu tindakan segelintir pendai’e yang memperkecilkan pendai’e lain dari segi kebolehan diri , kematangan dalam menangani permasalahan dan ilmu yang dimiliki . Ini akan merugikan sesama umat islam dan mengundang kepada perpecahan dan berpuak-puak . Firman Allah Taala:

واصبر نفسك مع الذين يدعون ربهم بالغداة والعشى يريدون وجهه ولا تعد عيناك عنهم


v- Bergaul Dengan Masyarakat Umum :- Sebagai persediaan remaja Islam untuk terjun ke medan dakwah adalah diukur dari segi kemampuannyaberinteraksi dan berdepan dengan masyarakat awam dan khusus . Ia merupakan satu persediaan yang cukup penting dalam pembentukan diri remaja Islam yang berkarisma tinggi .Terjun di dalam masyarakat adalah satu wasilah penyampaian dakwah yang cukup berkesan dan mesti dilakukan oleh sesiapa sahaja yang mahu berjinak-jinak dengan tugas dakwah ini . Berpandukan kepada kaedah :-


ما لا يؤدى الواجب الا به فهو واجب

Di sana juga terdapat unsur-unsur yang tidak kurang pentingnya dari segi pembentukan remaja Islam yang mampu bertindak dalam apa jua keadaan sekalipun iaitu persediaan dari sudut fizikal dan mental yang bertujuan memantapkan lagi sistem gerakan dakwah.


Wassalam

0 Tinggalan Kata-kata:

Related Posts with Thumbnails