Have an account?

Friday, April 24

DEFINISI PEMUDA

Dalam setiap perbahasan dan perbincangan tidak dapat lari daripada membawa satu pengertian ataupun pengenalan yang khusus terhadap satu-satu topik perbincangan . Ini bertujuan memberi satu gambaran yang tepat terhadap setiap perbincangan .

1.1 Pemuda dalam konteks pengertian yang dibawa oleh ahli psikologi adalah satu kelompok manusia yang berada dipertengahan di antara kelompok manusia yang dianggap baru lahir akal yang cetek , lemah dalam pemikiran yang hanya peka terhadap suasana dan objek yang berada di sekelilingnya sahaja dan di antara satu kelompok manusia yang tua dan berumur . Lebih tepat lagi , satu tahap yang sudah mengatasi zaman kanak-kanak , yang mana ia mempunyai ciri-ciri kemampuan dan keupayaan seorang lelaki tulen ataupun ciri-ciri kewanitaan yang lengkap . (1)

1.2 Manakala dari sudut penetapan had umur bagi pemuda . sebenarnya ia merupakan satu masalah yang rumit yang dihadapi oleh ahli psikologi . Tetapi boleh kita ambil satu definisi rambang bagi had umur pemuda iaitu ia berlaku dalam dua peringkat :

(i) Bermula daripada had umur lebih kurang 13 tahun hingga ke peringkat umur 21 tahun . Ia jelas daripada sudut kematangan seksual , lebih dikenali lagi sebagai zaman keremajaan ataupun zaman permulaan pemuda /pemudi .

(ii) Bermula daripada had umur 21 tahun hingga ke peringkat umur 40 tahun .


Definisi yang dibawa oleh ahli psikologi sebenarnya kurang tepat dalam membawa pendekatan terhadap pengertian pemuda . Ini kerana penentuan dalam umur ataupun zaman bukanlah satu perkara yang mudah kerana pengaruh tumbesaran dan alam sekeliling merupakan satu faktor utama mewarnai perwatakan pemuda .

Di sini kita dapat lihat perbezaan yang wujud di antara pemuda yang hidup di pedalaman dengan pemuda yang hidup di bandar dan juga dari satu negeri ke satu negeri yang lain . Kesemuanya ini bergantung kepada suasana yang dilalui oleh pemuda tersebut . Terdapat juga pemuda yang umurnya 60 tahun mempunyai daya kekuatan dan kesihatan setanding dengan kekuatan orangyang lebih muda daripadanya . Buktinya dapat kita lihat kepada baginda Rasulullah saw yang mana beliau menerajui bala tentera dalam peperangan Tabuk ketika baginda berumur 60 tahun .


1.3 Dalam definisi pemuda yang tepat adalah seperti mana yang digariskan oleh Dr . Muhammad Khalfallah Ahmad didalam tutorialnya yang bertajuk “Ad-Din Wa Himayatul Syabab Minal Inhirafis Suluki Wal Fikri” dalam muktamar Mujammak Buhuth Islamiah 1391 H , beliau menyebut :


مرحلة الشباب بوجه عام هى تلك المرحلة التى تمتد من أوائل العشرة الثانية الى أواخر العشرة الثالثة من العمر والتى تشهد فى بدايتها نهاية الطفولة والانتقال الى المراهقة والبلوغ , وتتسم فى أواخرها بالنضج الجسمنى والرشد العقلى والاجتماعى والخلقى وبشعور الفرد بالمسئولية واللاستقلال فى الحياة والتطلع الى وظيفة ومركزى ملائمين , والأتجاه الى اللاستقرار وتكوين أسرة والقيام بدور فعال فى خدمة المجتمع (2)



Pandangan Islam berbeza dengan ahli psikologi kerana Islam menitik beratkan dari sudut kerohanian yang jitu dan mantap disamping kekuatan jasmani sebagai pelengkap diri seorang remaja dengan melalui beberapa proses latihan membina kemampuan dan kecergasan .

2 Tinggalan Kata-kata:

najihah said...

betul..ana setuju..definisi kepemudaan perlu diperincikan lebih jelas lg..bukan dihitung melalui umur ttapi kematangan..itu lebih penting..kematangan pula tersemai melalui kekuatan dari sudut JERI(jasmani,emosi,ROHANI dan intelek)sekadar pandangan naif..teruskan menulis ye..suka dgn tulisan anta..keep it up..

Ridzuan said...

syukran ukhti najah..moga ana sntiasa diberi kekuatan dan ilmu oleh Allah Taala..doakan saya sentiasa..syukran skali lg kp ukhti krana mngunjungi blog ana..

Related Posts with Thumbnails