Have an account?

Tuesday, April 21

Sejarah Perlaksanaan Islam Di Tanah Melayu

Sejarah membuktikan bahawa Undang - Undang Islam telah diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 702 Hijrah bersamaan 1303Masihi melalui penemuan Batu Bersurat di Kampung Buluh , Sungai Tersat , KualaBerang , Hulu Trengganu ,Trengganu Darul Iman pada 4 Rejab 702 Hijrah bersamaan 22 Februari 1303 Masihi .Catatan pada batu bersurat itu menyebut bahawa penzina yang berkahwin di hukum rejam sementara penzina yang belum berkahwin di sebat sebanyak seratus kali.[1]Nas tersebut adalah seperti berikut :


" Orang berbuat bala cara laki - laki perempuan satitah Dewata Maha
Raya jika merdeka bujang palu seratus rotan. Jika merdeka beristeri
atau perempuan bersuami ditanam hinggakan pinggang dihambalang
dengan batu matikan " [2]

Qanun Melaka pada zaman Sultan Muzaffar Shah tahun 1446Masihi merupakan undang - undang Islam , meliputi hukum yang berkaitan dengan undang - undang jenayah , jual beli dan perkahwinan . Contoh nas - nas qanun tersebut adalah seperti berikut[3] :

Fasal - fasal berikut :

5.1 Hukum membunuh secara sengaja maka dibunuh balas

5.7 Hukum yang mencuri tiada harus dibunuh melainkan dipotong tangan

12.3 Hukum qazaf disebat lapan puluh kali

36 Hukum bagi si murtad iaitu diminta taubat selama tiga hari , jika enggan
dihukum bunuh

Begitu juga Qanun negeri Pahang yang dilaksanakan pada tahun 1592M hingga 1614 Masihi sebahagian besarnya adalah undang - undang Islam .[4]
Di Terengganu undang -undang jenayah Islam telah dilaksanakan khususnya semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III ( 1881-1918) . Pada masa itu terdapat mahkamah yang menjatuhkan hukuman menurut undang- undang Islam .[5]

Menurut Prof Ahmad Ibrahim perlaksanaan Islam di Trengganu jelas menurut hukum syarak sepenuhnya. . Contoh perlaksanaan qisos, jika dimaafkan keluarga maka sipembunuh dikenakan diyah atau blood money sebanyak RM 1200.00 atau lebih . Pelaksaan ini dikenakan juga kepada orang bukan Islam Perlaksanaan undang - undang Islam ini juga berlaku di negeri Perak , N. Sembilan , Kelantan dan Kedah.

Ada pandangan ahli sejarah bahawa undang - undang di atas bercampur dengan undang - undang adat , tetapi menurut penulis undang - undang Islam yang terkandung di dalamnya tidak boleh dinafikan .

Keadaan di atas bertukar selepas ketangan British ke Tanah Melayu . Ia bermula apabila Raja - Raja Melayu menerima Penasihat Inggeris bermula di Negeri Perak yang menerima pakai Undang - Undang Inggeris - India ( mengikut Qanun Keseksaan India - Inggeris ) pada perjanjian 28 Jun 1884 . Perlaksanaan ini bermula di negeri Selat seterusnya Negeri -Negeri Melatyu Bersekutu , Undang - Undang ini diperluas dan diperkuatkuasakan keseluruhan Persekutuan Tanah Melayu pada 18 Disember 1498 dan keseluruhan Malaysia pada 31 Mac 1976[6]


Inilah catatan sejarah awal bagaimana berlakunya peralihan undang -undang di Tanah Melayu bermula daripada perlaksanaan Undang -Undang Islam seterusnya perlaksanaan Undang - Undang Inggeris - India .

Menjadi persolan kepada kita kenapa undang - undang Islam secara lengkap tidak dilaksanakan di negara kita hari ini , sedang kita sudah merdeka dan penjajah sudah meniggalkan tanahair semenjak 1957 dan undang - undang Islam terbukti dilaksanakan di Tanah Melayu pada masa pemerintahan raja- raja Melayu dahulu.Perkara ini diakui oleh Wilkinson, R.J di dalam kajianya menyebut bahawa ;

" Tidak boleh diragukan lagi bahawa undang -undang Islam akan menjadi undang - undag Tanah Melayu sekiranya undang - undang British tidak masuk dan menahanya " [7]


RUJUKAN

[1] Ahmad Ibrahim , Prof, Perlaksanaan Undang - Undang Di Malaysia , Dewan Bahasa Dan Pustaka : Kuala Lumpur , m.s 481 , 1995 . Lihat Abd Kadir Ahamad , Sejarah Penulisan Hukum Islam, Dewan Bahasa Dan Pustakan : Kuala Lumpur , m.s 34 , 1989
[2] ibid
[3] ibid Ahmad Ibrahim , m.s 481 - 492
[4] op. cit Abd Kadir Ahmad , m.s 35
[5] op. cit Ahmad Ibrahim , m.s 492
[6] ibid , m.s 495
[7] Lihat Wilkinson , R.J , Papers On Malay Subjeks Part I , Kuala Lumpur .

3 Tinggalan Kata-kata:

arazma said...

assalamualaikum,
mmg hukum Allah dh cukup syumul, cukup lengkap..

rasa mcm baca assignment plak, cukup ngan senarai rujukannya....

Ridzuan said...

hehe..yup..mmg benar islam itu syumul..
rujukan tu mane tau takut2,
ade yg nak cek2..hi2..
papepun..thanks sbb baca..
syukran..

najihah said...

ini pun menarik perhatian ana juga sebenarnya..hukum islam ini tiada cacat celanya.jgnlah kerana perbezaan agama dan bangsa menjadi penghalang utk kita menjadikan undang2 islam sebgai undang rasmi di m'sia..
paling menarik saat suatu ketika dahulu heboh dicanangkan ttg pengebumian org bukan islam yg masuk islam(muallaf) tanpa pengetahuan keluarga dibawa ke mahkamah syariah.
dalam kes Moorthy cthnya..apabila dibawa ke mahkamah syariah semua mengatakan tidak adil kerana pastinya mahkamah syariah akan memenangkan agama islam itu sendiri..

maha suci Allah.Allah itu adil..selang tidak lama kemudian,satu lagi kes membabitkan seorang wanita yang memeluk islam ttapi tidak pernah mengamalkan ajaran islam.persoalannnya sama ada wanita itu dekebumikan menurut ritual islam atau buddhist..akhirnya..berkat pertolongan Allah..mahkamah syariah memutuskan wanita itu murtad dgn kata lain keluar dari islam..maka beliau dekebumikan menurut upacara buddha..
di sini..semua berpuas hati dgn mahkamah syariah
dan Alhamdulillah statusnya tidak lg diragui..

cerita ini sgt menarik hati ana..sekadar berkongsi..apapun hukum islam sentiasa terbaik..tepuk dada tanya iman,adakah layak negara ini digelar negara Islam sekaligus menjadi pengerusi OIC PULA..hhehe..

Related Posts with Thumbnails