Have an account?

Sunday, March 1

Kemenangan Datang Ketika Amat Diperlukan


Hakikat yg perlu diterima ialah kemenangan dan pertolongan Allah tidak akan datang kecuali ia benar2 diperlukan oleh umat islam. Kemenangan akn deperolehi ketika manusia benar2 tiada kekuatan dan keupayaan utk menentang musuh kecuali dengan pertolongan Allah semata2. Allah Taala masih membuka pintu usaha kepada umat islam dlm mencari kemenangan sebelum Dia sndiri membantu dengan pertolongn yang amat besar.


Hakikat ini dapat diperhatikan ketika:


1) Penghijrahan Nabi s.a.w bersama sahabatnya Abu Bakar. Di dalam perjalanan, baginda bersama Abu Bakar terpaksa mencari perlindungan di dalam sebuah gua iaitu Thur.


Orang2 kafir Musyrikinberusaha untuk menjejaki baginda berdua sehingga di pintu gua, tempat persembunyian baginda s.a.w dan Abu Bakar. Abu Bakar berkata kepada baginda: "Wahai Rasulullah, sekiranya salah seorang daripada mereka melihat kaki mereka tentu sekali kita berdua akan berjaya ditangkap." Rasulullah berkata:"Wahai Abu Bakar, apakah kamu memikirkan kita sahaja di sini sedangkan Allah Taala adalah pihak yg ketiga?"


Al-Quran telah menceritakan kepada kita mengenai pertolongan Allah Taala kpd Rasulullah dan Abu Bakar. Dia telah mengirimkan tenteraNya utk menolong melindungi pemandangan musuh dari tempat persembunyian Rasulullah dan Abu Bakar al-Siddiq (dlm surah al-Taubah ayat 40)


2) Pertolongan Allah s.w.t dapat juga kita perhatikan di dlm peperangan Badar. Ketika itu, tentera Muslimin terlalu kecil sedangkan tentera musyrikin dianggarkan seramai 1000 orang iaitu tiga kali ganda dari tentera Muslimin.


Ketika saat2 genting dan memikirkan kedudukan tentera Islam ketika itu, Rasulullah s.a.w berdoa kepada Allah utk meminta pertolongan. Dengan permohonan ketika terdesak dan tertekan, maka Allah Taala mengirimkan tenteraNya.


Rasulullah berdoa:"Ya Allah, terimalah doaku ini. Sekiranya Kamu memusnahkan dan membiarkan tentera Islam, maka tiada siapa lagi yg akn menyembahMu di muka bumi ini selepas ini."


Rasulullah terus berdoa sehingga kain selendangnya terungkai. Abu Bakar berkata:"Demi Allah wahai Rasulullah, Allah pasti akan menolongmu dan menyerikan wajahmu."


Dengan kekuasaan Allah, ramai tentera Msyrikin terbunuh apabila terkena rejaman pasir dari Rasulullah.


3) Pertolongan Allah ini dapat dilihat lagi berdasarkan bukti yg terdekat..


Ketika peperangan diantara tentera Islam Hamas dan tentera Israel di Ghaza,Palestin. Tentera Hamas pernah dikepung oleh tentera Israel Laknatullah dan menyebabkan tentera Islam tidak dapat membuat apa2 lagi melainkan memohon dan mendapatkan pertolongan Allah.


Beberapa ketika kemudian, tentera Islam dapat melihat kehadiran tentera2 Allah yg berpakaian serba putih melawan tentera Israel menyebabkan musuh2 Allah dan musuh2 umat Islam yg berada disitu mati.


Demikianlah kita perhatikan bahawa pertolongan Allah s.w.t akan sampai ketika umat Islam semakin terdesak dan tertekan.


Semua keterangan ini disahkan oleh sejarah dan juga sejarah kerasulan.
Wassalam

0 Tinggalan Kata-kata:

Related Posts with Thumbnails