Have an account?

Friday, March 27

1 Satu hal yang tidak dapat dinafikan oleh setiap yang berfikiran waras bahawa dunia hari ini berkecamuk dengan pelbagai permasalahan dalam semua bidang kehidupan.


2 Kesemua masalah yang dihadapi adalah berpunca dari keangkuhan manusia terhadap hokum Allah yang diturunkan untuk kemaslahatan manusia seluruhnya.


3 Demi menyelesaikan permasalahan tersebut, kembalilah kepada ajaran Allah yang maha suci. Sebagaimana pesanan Rasulullah mafhumnya:

Yang bermaksud : Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, sekiranya kamu berpegang kepada kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu kitab dan sunnah Rasulullah.

4 Seteterusnya di sini cuba diperjelaskan beberapa masalah yang paling ketara hari ini dan beberapa jalan penyelasaian yang sempat dikumpul demi kebaikan bersama. Sementara permasalahan yang diutarakan di sini ada yang berbentuk umum dan adayang berbentuk khusus bagi umat Islam.

1. MASALAH MORAL

1 Ia bermula dengan asas pendidikan yang tidak menuju ke arah akidah tauhid yang kukuh . Asas pendidikan ini samada di pusat pendidikan awalan atau dasar pendidikan negara.


2 Akibat undang-undang rapuh ciptaan manusia tidak dapat mengawal manusia dan bila mereka merasa bahawa mereka boleh lepas dari tindakan undang-undang.


3 Menularnya budaya barat yang tidak bermaruah ke negara-negara umat islam.


4 Kehuruharaan yang berlaku di sesebuah negara hasil dari pemberontakan atau kezaliman pemerintahan.


5 Beberapa bentuk penyelesaian adalah perlu sebagaimana di bawah:

i.Organisasi anasir-anasir yang baik.
ii. Menjelaskan konsep kebaikan dan kejahatan.
iii.Ketaqwaan kepada Allah.
iv.Kepatuhan kepada panduan dan peraturan.


2. PEMIKIRAN KEBENDAAN.

1 Pemikiran yang hanya berharga dan menilai aspek benda sahaja dalam kehidupan manusia sebagaimana fahaman komunis. Mereka menggangap sesuatu yang wujud itu ialah sesuatu yang berupa benda yang dapat dirasa, diuji dan diperhatikan segala ciri-cirinya.


2 Cetusan dari fahaman inilah lahirnya pendapat yang mengingkari tentang wujudnya Allah. Kerana ia tidak dapat ditanggap melalui pancaindera.


3 Berdasarkan teori ini lahirnya satu teori yang menggangap faktor ekonomi sebagai satu-satunya faktor asasi dalam kehidupan manusia.


4 Falsafha ini jugalah yang menjadi pegangan utama umat Islam hari ini, walaupun bukan dalam bentuk sebagaimana pegangan dan amalan golongan komunis itu.


5 Allah s.w.t berfirman:

Yang bermaksud:- Dan kalau kami menghendaki, sesunggahnya kami tinggikan (darjat)nya dengan ayat-ayat itu,tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya yang rendah,maka perumpamaanya seperti anjing. Jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia menghulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami.Maka ceritakanlah( kepada mereka) kisah –kisah itu agar mereka berfikir.

0 Tinggalan Kata-kata:

Related Posts with Thumbnails