Have an account?

Sunday, March 29

PEMBINAAN GENERASI DAKWAH


Golongan pelajar adalah generasi ilmuan yang diharapkan untuk merubah kepincangan masyarakat dunia dari dahulu hingga sekarang;

Firman Allah SWT:

قال الله تعالى :" فلولا نفر من كل فرقة منهم طائفة ليتفقهوا فى الدين ولينذروا قومهم إذا رجعوا إليهم لعلهم يحذرون"

Sesungguhnya, penghalaan fikrah dan pencernaan tindakan para ilmuan banyak mempengaruhi nilai kehidupan sesebuah masyarakat.Kegawatan dan kegentingan ummah yang perlu ditangani oleh golongan ilmuan amat memerlukan kepada kesungguhan dan perencanaan yang mantap dari diri individu itu sendiri. Melihat situasi ini,para ilmuan seharusnya merasa sensitif dan peka untuk membentuk diri melalui beberapa peningkatan dan kesedaran dalaman yang positif.Sesuatu yang bermula dari titik yang positif akan membuka jalan mudah untuk natijah yang positif. Meskipun ada kalanya kita dihadapkan dengan beberapa kejutan yang sebenarnya mendidik kematangan dalam membuat sesuatu keputusan dan tindakan.

Para pelajar lazimnya terpaksa menghadapi situasi-situasi yang kadang-kadang membuatkan mereka merasa patah hati, kecewa, tension dan berbagai perasaan lain. Fenomena ini banyak mempengaruhi pelajar perempuan .Sebuah firma penyelidikan sosial di Jepun menyenaraikan jumlah kematian (bunuh diri) kerana tension dan kecewa adalah lebih banyak berlaku di kalangan pelajar perempuan denagn nisbah 1:3.

Namun perlu diingati, anda adalah seorang mahasiswi islam yang perlu menangani sebarang masalah dengan tenang. Dan seorang yang bertitle mahasiswi perlu bertindak dengan matang.Perlu diingati, seorang pelajar yang berjaya ialah seorang yang mampu membina dirinya dari satu tahap kepada satu tahap, bukanya seorang yang hanya mampu mengekalkan kejayaan yang membanggakan dalam pencapaian akedamik tetapi pincang di sudut pembinaan sakhsiah.

0 Tinggalan Kata-kata:

Related Posts with Thumbnails