Have an account?

Thursday, March 19

MENELADANI RASULULLAH

Assalamualaikum w.b.t kepada shabat dan sahabiah sekalian..lama jgk ana tdk menulis dlm blog ini kerana kekurangan idea dan masa utk mnyinggah di blog ini.. Kali in ana akn mmbicarakan berkenaan "Rasulullah ikutan terbaik"..

Meneladani Rasulullah inimerupakan perintah Allah yg tercatat dlm ayat 21,surah al-Ahzab sbgaimana firman-Nya yg bermaksud:

"Demi sesungguhnya, adalah bg diri Rasulullah s.a.w. itu contoh ikutan yg baik, iaitu bg orang yg sentiasa ingin mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia mnyebut dan mngingati nama Allah banyak2 dalam masa susah dan senang".

Kehidupan Rasulullah sangat sederhana. Pada suatu hari baginda sedang berehat di rumahnya sambil berbaring di atas tikar yg dperbuat daripada daun2 tamar. Tiba2, seorang sahabatnya yg bernama Ibn Mas'ud datang menziarahi baginda. Oleh kerana pada masa itu Rasulullah ketika itu tidak memakai baju, maka Ibn Mas'ud melihat bekas anyaman tikar itu melekat d tubuh baginda. Melihat keadaan yg demikian, Ibn Mas'ud bersedih dan menitiskan air mata. Beliau berkata di dalam hatinya: Tidak patut seorang kekasih Allah, seorang pemimpin negara dan seorang pemimpin tentera hidup dengan cara demikian.

Ibn Mas'ud berkata: "Ya Rasulullah, bolehkah saya membawakan tilam ke sini tk Tuan?" Rasulullah menjawab, "Wahai Ibn Mas'ud, apalah eti kesenangan hidup di dunia ini bagiku. Hidup di dunia ini bagiku bagaikan seorang musafir dalam perjalanan jauh, lalu dia singgah sebantar berteduh di bawah pohon kayu yg rendang utk berehat. Kemudian dia harus berangkat meninggalkan tempat ituutk meneruskan perjalanan yg sangat jauh dan tidak berpenghujung"..

Inilah peribadi Rasulullah yg harus dicontohi oleh kita semua yg mana Rasulullah sentiasa menjadikan hidupnya dlm keadaan sederhana dan tidak melampaui batas..Baginda yakin bahawa kesenangan di dunia hanyalah sementara dan kesenangan dan kebahagian yg kekal adalah di akhirat..

Wassalam..

0 Tinggalan Kata-kata:

Related Posts with Thumbnails