Have an account?

Saturday, March 21

HUDUD

Dengan nama Allah yg maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..


Assalamualaikum w.b.t...Bersyukur kehadrat Allah Taala kerana diberi peluang utk hidup dalam keadaan agama yg syumul yg telah diperjuangkan oleh Rasulullah selama ini iaitu Islam..

( Hudud adalah kata majmuk ) dari " Al-Hadd " yg bererti " kawalan " atau " cegahan ". Dari akar kata yg sama penjaga atau pengawal pintu dipanggil haddad kerana ia mengawal dan mencegah seseorang itu dari memasukinya. Hukuman2 dinamakan hukum hudud kerana ia berfungsi mencegah org ramai dari melakukan jenayah2 yg dikenakan hukum hudud. Istilah hududullah bereerti perlakuan2 yg diharam dan dicegah Allah. Firman Allah Taala:


Maksudnya:


"Itulah perlakuan2 yg diharamkan Allah. Oleh kerana itu, janganlah kamu dekatinya."

( al-Baqarah : 187 )


Istilah Hududullah juga bereerti " hukuman2 yg telah ditentukan Allah " yg tidak seharusnya dilewati seseorang. Hukum2 ini dinamakan Hudud kerana ia mencegah seseorang dari melewatinya. Dalilnya firman Allah Taala:

Maksudnya:

" Itulah hukum2 yg telah ditentukan. Oleh kerana itu, janganlah kamu mencabulinya."

( al-Baqarah : 229 )


Hudud mengikut pengertian Syara' yg dipakai oleh mazhab Hanafi ialah hukuman2 yg ditentu dan diwajibkan Allah sebagai hak Allah Taala. Hukum2 Ta'zir ditentukan Allah ( malah diserah kpd budibicara pemerintah ). Hukum Qisas ( balasan bunuh ) juga dinamakan hudud walaupun ia merupakan suatu hukuman yg telah ditentukan Allah kerana hukum Qisas merupakan hak manusia bukannya hak Allah, kerana itu hukum Qisas boleh dimaafkan dan dicari perdamaian, tetapi semua hukuman itu dinamakan Hudud belaka kerana ia mencegah perlakuan jenayah yg seperti itu.
Maksud hukum Hudud itu disifatkan sebagai hak Allah kerana hukum Hudud diperundangkan dgn tujuan utk melindungi maruah, keturunan, harta benda, aal dan nyawa dari gangguan dan pencerobohan, tetapi sesetengah2 hukum hudud seperti hukuman kerana perzinaan dan minum arak merupakan hak Allah Taala semata2 dgn erti ia adalah hak masyarakat. Dan sesetengah hukum Hudud yg lain seperti hukum Hudu kerana Qazaf ( membuat tuduhan berzina terhadap org lain ) merupakan hak Allah dan hak manusia, iaitu satu hukum di mana hak peribadi berkongsi dengan hak umum.
Hukum Hudud mengikut istilah kebanyakan ulama' yg bukan dari aliran Hanafi ialah hukuman yg ditentukan oleh Syara' sama ada berupa hak Allah atau hak manusia.

0 Tinggalan Kata-kata:

Related Posts with Thumbnails