Have an account?

Sunday, March 29

Pengertian Ulama' Dan Penuntut Ilmu

Penuntut ilmu dalm erti kata yang di kehendaki di sini ialah penuntut ilmu agama. Tegasnya mereka yang berkecimpung secara langsung dalam proses pembelajaran ilmu yang berpaksikan Islam. Secara tidak langsung mereka ini telah menapakkan kaki di panggkal jalan untuk menjadi seorang ulama'. Dalam erti kata yang lain, setiap penuntut ilmu agama telah melayakkan dirinya untuk menjadi calon ulama' yang pasti akan dirujuk oleh masyarakat.

Secara asasnya, ulama' ialah golongan yang menguasai dan memahami secara terperinci ilmu-ilmu teras Islam serta memahami Islam sepertimana yang difahami oleh generasi para sahabat.
Prinsip asas ini dipenuhi melalui 2 tahap iaitu:

i. Memahami ilmu tersebut secara lafaz dan makna dan mesti ditashihkan di hadapn ulama'(proses talaqqi).
Sabda Rasulullah :

انما العلم بالتعلم

ii Mampu mengeluarkan maklumat itu bila di perlukan.

Ini adalah kerana, Rasulullah tidak meninggalkan harta pusaka untuk ummatnya, tetapi mewariskan ilmu dari sumbernya yang asasi iaitu Al Quran dan As Sunnah. Maka yang layak memunggahnya kembali ialah ulama', kerana mereka adalah pewaris para nabi :

العلماء ورثة الانبياء

"ulama' adalah pewaris para nabi"

Suatu lagi pra-syarat asasi yang melayakkan seorang penuntut ilmu agama di iktiraf oleh Allah sebagai ulama' ialah mereka beramal dengan ilmu yang dimiliki hasil dari rasa gerun dan tunduk kepada Allah yang dilahirkan dari niat yang benar kerana Allah dalam menuntut Ilmu.

Tidakkah Allah berfirman:

اتما يخشى الله من عباده العلماء - فاطر : 28

" sesungguhnya, mereka yang takut kepada Allah , di kalangan hambaNya hanyalah ulama' ".

Dikenali ualma' itu, dengan akhlak dan perangainya yang menggambarkan betapa kenalnya ia akan Allah dan selain itu, mengenali tipu daya dunia dan musuh Islam itu sendiri.

Sebagai ciri-ciri tambahan untuk melayakkan lagi peribadi sebagai ulama' sebenar agar benar-benar dapat memenuhi maksud sebagai pewaris para nabi, mestilah ia mampu menterjemahkan Islam mengikut realiti dan perkembangan semasa dalam erti kata :

i. Mengenali musuh dalam bentuknya yang moden.
ii. Tidak bersedia untuk diperalatkan oleh musuh
iii. Melaksanakan 'amal jama'ie sebagai langkah menghadapi musuh yang bergerak secara kolektif.


Secara tidak langsungnya, mereka merupakan da'ie yang menjalankan tugas amar
maaruf nahi mungkar yang sensitif dan peka terhadap nasib ummah. Mereka tidak hanyut dengan suasana, bahkan menjadi batu karang yang tegar menghadapi gelombang ganas sebagai tempat umat berpaut.

Dengan pengertan ulama' tersebut, dapatlah kita memahami taarif ulama' yang hakiki, supaya dapat di bezakan daripada mereka yang kadang-kadang di anggap ulama' tetapi hakikatnya tidak begitu, seperti ulama' ussu', intelektual (pemikir) dan penceramah biasa.

Juga, jelas bahawa penuntut ilmu agama memiliki potensi untuk menjadi calon ulama' berdasarkan peluang-peluang yang terbentang di hadapannya. Namun, penentuan, pengiktirafan serta pemilihan hakiki sebagai ulama' adalah di sisi Allah ju. Ianya memerlukan keikhlasan, kesungguhan dan bantuan dari Allah.

0 Tinggalan Kata-kata:

Related Posts with Thumbnails