Have an account?

Friday, March 27

PERANAN PEMUDA PEMUDI ISLAM

Assalamualaikum..

Maklum mengetahui bahawa ajaran2 Islam yg diterapkan oleh Rasulullah kpd umat Islam semakin lama semakin hilang ditelan zaman.. Hal ini kerana, diri kita dan masyarakat zaman ini kurang mendampingi ulama' dan mempelajari dan menghayati ajaran Islam yg sebenar dan hakiki.. Masyarakat kita telah terpengaruh dgn idoelogi2 seperti Liberal,Sekular,Komunisme dan Nasionalisme yg jelas bertentangan dgn Syaria' Islam dan membawa manusia jauh dari suluhan rahmat dan petunjuk Allah..

Masyarakat pemuda/di Islam kini menghadapi cabaran2 serta dugaan2 yg amat besar dalam mengembalikan Islam sebagai cara hidup kepada seluruh masyarakat..Kita perlu mengetahui bahawa musuh2 Islam sentiasa merangcang dan melaksanakan fikiran2 serta idea2 jahat mereka utk membawa masyarakat Islam jauh dari ajaran al-Quran dan as-Sunnah.. Budaya2 mereka telah dibawa masuk ke dalam jiwa masyarakat Malaysia walaupun negara kita telah lama dimerdekakan lantaran zaman globalisasi yg amat pesat. Masyarakat negara kita zaman sekarang mudah terpengaruh dan leka dgn ajaran2 musuh2 Islam dan membawa mereka ke lembah kemaksiatan..Nauzubillah..

MENGHADAPI MEHNAH DAN SPEKULASI MUSUH2 ISLAM


Bagi menyelesai segala cabaran dan konspirasi musuh tersebut, golongan yang dinamakan pemuda/di ini mestilah mengambil langkah tertentu bagi melakukan isti'dad (persediaan) dalam menghadapi mehnah tersebut. Kita percaya apa yang digarapkan oleh Imam Hassan Al-Banna kepada pemuda/di di dalam kitabnya (majmu' rasail) merupakan

panduan penting kepada kejayaan dalam menghadapi setiap mehnah dan fitnah sekitar kita. Secara ringkasnya ialah:

Membina peribadi muslim.

Peribadi yang sentiasa diasuh dengan setiap ajaran Islam mampu menghadapi setiap cubaan dan dugaan hidup. Kerana ia sentiasa terarah kepada syurga Allah sebab itulah Allah berfirman:
قد أفلح من زكاها

Maksudnya: Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya -yang sedia bersih- bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)

يا أيها الذين آمنوا عليكم أنفسكم لا يضركم من ضل إذا اهتديتم إلى الله مرجعكم جميعا فينبئكم بما كنتم تعملون (105)

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudharat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunju琨慡⁴
k (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kamu semuanya, kemudian Ia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang telah kamu lakukan. (Al-Maidah: 105)

Membentuk keluarga muslim.

Keluarga Islam merupakan aset yang kedua setelah peribadi yang baik. Keluarga muslim terlalu sukar untuk dibina sekiranya peribadi yang ada di dalam keluarga tersebut cacat dengan ajaran Allah. Allah Taala berfirman:

يا أيها الذين آمنوا قوا أنفسكم وأهلكم نارا وقودها الناس والحجارة عليها ملائكة غلاظ شداد لا يعصون الله ما أمرهم ويفعلون ما يؤمرون (6)

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itudijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan (At-Tahrim: 6)

Memilih teman yang baik.

Maksudnya teman yang sentiasa menegur kepada kebaikan dan sentiasa membimbing ke arah jalan yang lurus mengikut yang dikehendaki oleh Allah. Teman inilah juga se
ebagai pembantu dalam perjuangan Islam menghadapi setiap karenah hidup. Allah berfirman:

يا أيها الذين آمنوا اتقوا الله وكونوا مع الصادقين (119)

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang yang benar. (At-Taubah: 119)

Bersama dengan gerakan Islam.

Gerakan tersebut mestilah memenuhi ciri-ciri gerakan yang syumul mengikut kaedah Islam. Antara ciri-ciri gerakan Islam yang telah disebut oleh Allah dalam firmannya:

يا أيها الذين آمنوا من يرتد منكم عن دينه فسوف يأتي الله بقوم يحبهم ويحبونه أذلة على المؤمنين أعزة على الكافرين يجاهدون في سبيل الله ولا يخافون لومة لائم ذلك فضل الله يؤتيه من يشاء والله واسع عليم (54) إنما وليكم الله ورسوله والذين آمنوا الذين يقيمون الصلاة ويؤتون الزكاة وهم راكعون (55) ومن يتول الله ورسوله والذين آمنوا فإن حزب الله هم الغالبون (56)

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi meliputi pengetahuanNya. Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia). Kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang. (Al-Maidah: 54-56)

0 Tinggalan Kata-kata:

Related Posts with Thumbnails