Have an account?

Friday, March 20

KEMBALI KEPADA UNDANG-UNDANG ALLAH


Semakin jauh kita mengkaji p'undangan Islam dan kitab2 yg disusun olh ahli p'undangan Islam, semakin kuat kep'cayaan kita terhadap kemantapan Syari'at Islam dalam mengatur urusan kehidupan masyarakat, juga terhadap kebaikan pemikiran Islam. Kebijaksanaan ahli2 perundangan Islam dan keagungan perundangan Islam, kerana hukum2nya bukan sahaja dilandaskan daripada dalil naqli dari Al-Quran dan As-Sunnah, malah ia menembusi begitu jauh di dalam jiwa dan akal manusia utk mendapatkan dalil yg menguat dan menyokongkannya sehingga ke masa kini, iaitu dalil yg menyokongnya dari aspek pelaksanaan yg praktikal dan menyumbangkan kekuatan kepadanya utk kembali b'fungsi semula dalam mengatur dan mengendalikan hubungan2 sosial, dagang dan hubungan2 dua hala yg berlangsung setiap hari di antara individu2, juga dlm mengendalikan hubungan2 antarabangsa.




Tujuan memilih dan mengambil undang2 Islam ialah utk menegakkan sebuah masyarakat Islam yg kukuh, terhormat, bersih, aman dan tenteram, di mana tiada ruang utk ditawarkan kehinaan atau menyerah kalah kepada musuh, masyarakat yg tdk memberi tempat kepada perlakuan jenayah dan kegiatan2 yg tdk menentu, masyarakat yg tdk memberi pertimbangan kpd kelakuan2 normal dan menyeleweng, perbuatan2 yg kurap, mungkar atau maksiat. Ia bertindak ke arah itu sedapat mungkin mengikut prinsip2 Islam terutamanya memberi perlindungan kpd perbuatan jenayah yg tertutup atau dilakukan secara tidak terbuka dan prinsip menolak atau menepikan hukum2 hudud- bukan hukum2 Ta'zir- apabila terdapat keraguan.




Diantara faktor yg benar2 menarik kita kepada undang2 Islam ialah umat Muslimin di zaman kita telah mencuba segala barangan import dalam bentuk undang2 dan peraturan2, idea2 dan budaya2 serta berbagai ilmu pengetahuan yg bersifat Materialis yg sempit atau kebendaan semata2. Pada akhirnya golongan yg insaf dan sedar kembali ke pangkuan Islam setelah sistem import itu gagal memajukan individu dan masyarakat dan setelah terbuka tembelangnya yg selama ini ditutup dgn cat tamadun yg palsu, yg mana dari tamadun palsu inilah kita telah mengambil suatu yg rendah dan tidak bermutu dan meningalkan intan atau sesuatu yg berguna lalu kita tegakkan kehidupan umat Muslimin mengikut sistem2 dan budaya2 import itu yg telah mengakibatkan kerosakan kpd hati nurani dan fikiran2 mereka disamping menanamkan keraguan nilai,sifat2 yg mulia dan akhlak yg murni. Kepada suatu umat yg lemah yg bergantung kpd org lain, suatu umat yg tidak ketahui identitinya atau suatu umat yg tidak mempunyai keperibadian yg tersendiri sama ada keperibadian Islam atau keperibadian Arab, sama ada keperibadian Timur atau Arab.




Dengan dorongan yg kuat dari pemikir yg sedar atau tidak sedar, masyarakat Islam telah menjurus ke arah Islam sbg jalan keluar atau jalan selamat, tetapi malangnya orang2 Islam hanya menumpu kpd kegiatan mereka di dalam bidang ibadat sahaja menyebabkan sistem hidup mereka berada di suatu sudut dan kegiatan ibadat mereka berada di suatu sudut yg lain. Mereka berada dalam keadaan dua hala yg terumbang-ambing dan bertentangan satu sama lain.
Mereka berada dlm keadaan bingung dan bosan, mereka berada dlm keadaan serba salah yg baru walaupun kurang-buruknya dari berpisah terus dari Islam.




Tiada jalan lain yg dapat menyelamatkan umat Islam dari keadaan dua hala yg terumbang-ambing itu selain dari pelaksanaan Syari'at Allah secara total dalam semua bidang muamalah, jenayah, hudud dan lainnya, serta mengubahkan ndang2 ciptaan manusia. Sehubungan dgn ini, sinar harapan telah kelihatan, di mana langkah2 yg positif sedang menjurus kearah menegakkan kembali undang2 Syari'at di negeri2 Arab dan negeri2 Islam utk membersihkan masyarakat dari keruntuhan akhlak dan penyelewengan. Menegakkan keperibadian sendiri dan mengendalikan segala urusan kehidupan masyarakat mengikut pemikiran Islam baik dlm bidang politik dan sosial ekonomi mahupun dalam bidang ketenteraan, juga utk menghancurkan segala belenggu kehinaan, membasmi segala bentuk pencerobohan dan pencabulan, memerangi segala jenis eksploitasi di samping menghidupkan kepercayaan kpd diri sendiri dan menyatupadukan umat muslimin di bawah panji2 al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. dan mengambil manfaat dari kajian2 perundangan Syari'at yg tidak terkeluar dari dua sumber tersebut.


Kini orang2 Islam telah sedar bahawa satu2nya jalan utk mencapai kemuliaan, menolak pencerobohan musuh utk membebaskan bumi Islam dan hak2nya yg telah dirampas itu ialah bersatu-padu di bawah panji2 jihad utk menegakkan agama Allah sama seperti perpaduandan pengembelingan kekuatan yg telah dilakukan musuh terhadap kita. Mereka telah memerangi kita di bawah lambung ideologi kebangsaan dan perkauman mereka yg keji.

1 Tinggalan Kata-kata:

aminmenulis said...

Salam, oo. ade blog tak bagitau.. tak lawat pun blog ana. hehe.. pastu letak ana kat sm imtiaz dungun. letak la kat blog list skali.

Related Posts with Thumbnails